Just Another Simple Conversation on Life



Adik: Aku ingat aku nak jadi auditor.

Kakak: Auditor? Auditor kewangan?

Adik: *angguk*

Kakak: Kakak sekarang tengah fikir macam mana nak guna degree psychology mintak kerja dekat publishing house. Macam, peliklah, nanti pergi mintak kerja, "Saya degree psychology, nak mintak kerja jadi editor."

Adik: Em.. Betul.

Kakak: Tapi haritu Nadh ada cakap, mungkin kakak boleh ambik extra course nanti. Ambik literature ka.. Tapi kena bayar sendiri la, MARA takkan bayar.

Adik: Memangla. Tapi kakak tak boleh jadi editor sebab kakak tak open-minded.

Kakak: Serius la?

Adik: Orang cakap jujur ni. Orang kalau nak jadi akauntan kena honest, adik honest la ni.

Kakak: Habeh tu? Adik nak suruh kakak jadi apa? Suri rumah?

Adik: *gelak* Rugila. Kakak ada talent.

Kakak: Habeh tu nak suruh kakak jadi apa?

Adik: Psychologist la!

Kakak: Clinical psychologist? Prescribe ubat kat orang?

Adik: Jadi pakar motivasi macam Dr. Muhaya ka...

Kakak: Kakak tak mau la jadi orang macam tu.

Adik: *gelak* Kan?? Macam depa faham sangat apa jadi dalam hidup kita.

Kakak: Dulu kakak nak jadi macam tu tapi entahlah, sekarang macam dah tak suka dah motivator. Tak pa la... Kakak masuk military la. Kerja dengan FBI ka, CIA ka..

Adik: Tak boleh! Nanti kakak kena culik.

Kakak: *rolling my eyes*

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.