Archive for July 2014

Kepercayaan Kita dan Keamanan Dunia



Maka hari ini, kami sekeluarga duduk bersama, berbuka.

Seperti biasa, masing-masing update cerita masing-masing. Dan sampailah kami kepada satu topik.

Beberapa hari yang lepas, sepupu aku baru sahaja kemalangan. Apabila aku tanyakan pada Mama, kata Mama, sepupu aku mengaku salahnya sendiri. Dia naik motor, baru balik kerja. Mungkin sebab penat puasa atau sebab teruja nak balik rumah kot, dia tak nampak ada seorang mak cik beri signal. Maka, secara tak sengajanya mak cik tersebut terlanggar sepupu aku.

Khabarnya, teruk juga. Tahap teruk dia adalah sampai mak dia sendiri menangis-nangis tengok dia.

Tapi, apa yang mengagumkan aku adalah mak cik itu sendiri. Mak cik itu tak sedikit pun marah pada sepupu aku itu walaupun side mirrornya patah dan keretanya kemik. Malah, mak cik tersebut dengan rela hatinya membantu sepupu aku. Bila dah lihat sepupu aku dah bermandi darah di tepi jalan, cepat dia telefon ambulans.

Bukan itu je, mak cik tu jugak langsung tak marah. Sepupu aku banyak kali mintak maaf dan dia sendiri banyak kali cakap, "Tak pa. Memang dah lama nak tukar cat kereta ni." 

Beberapa hari lepas kejadian, mak cik tu telefon bertanyakan khabar sepupu aku tu. Dia sendiri yang meminta maaf sebab tak sempat nak melawat sepupu aku masa sepupu aku di hospital. Katanya, dia akan datang melawat raya nanti. Mak saudara aku pun menyatakanlah rasa bersalahnya di atas kesilapan sepupu aku itu, dan mak cik tu pun balas,

"Tak apa. Ada hikmah semua ni. Mungkin kita boleh berkenal-kenalan lepas ni."

Terus aku dengan adik tergelak. Kami syak mak cik tu dah berkenan kat sepupu kami, mungkin bakal dijodohkan dengan anaknya. Ya la! Sepupu aku ni lelaki ya. Dan kalau mak cik tu berkenan pun, aku tak rasa sangsi pun. He is good-looking.

Tapi, besides his look and all, he got something else too.



He got Allah within his heart. 

Kata Mama, mak cik tu asyik memuji sepupu aku dan mak cik tu sendiri ceritakan kepada mak saudara aku apa yang terjadi sebaik sahaja dia terlanggar sepupu aku. Sepupu aku ni, sebaik sahaja dia dilanggar oleh mak cik tadi, terus dia selukkan tangan ke dalam poket dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Mula-mula, mak cik tersebut menyangka sepupu aku mahu menelefon ahli keluarga terdekat. Tapi, tidak.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membaca Al-Quran.

"Mesti dia dah takut sangat," kata Adik.



Aku tersenyum. He changed. 

Aku tahu. 

Dan selepas selesai bercerita pasal sepupu aku, Adik membandingkan kes sepupu aku tadi dengan kes CDM 25, kisah seorang wanita mengamuk di tengah jalan hanya kerana ada pak cik Cina yang tua terlanggar kereta dia.

Kata Baba,

"Siapa sangka ada lagi orang baik yang macam mak cik yang tolong saudara kita tu bila di sekeliling kita penuh dengan orang jahat."

"Tapi, mungkin sebab sepupu kami tu memang baik orangnya. Orang baik, Allah bagi jumpa orang baik juga," aku menambah. 

"Your cousin has changed," Baba berkata sambil tersenyum, kekaguman.



Mungkin kerana perbuatan refleksnya lekas mengambil Quran lalu dibaca, maka hati mak cik tadi cair. Allah mudahkan dia, kerana dia yakin, tiada yang dapat memudahkan dia melainkan Allah sahaja.

Pergantungan kita pada Tuhan, akan buat manusia percaya pada Tuhan juga.
Apabila manusia percaya pada Tuhan, apakah akan ada lagi manusia yang jahat?
Tidak.
Kalau semua manusia yakin Allah itu lah satu-satunya punca kekuasaan di muka bumi ini, maka aku yakin, tak akan lagi ada orang jahat di muka bumi ini.

Persoalannya sekarang,
Sejauh mana kau, aku, kita semua, manusia yang kononnya menggelarkan diri sebagai pendakwah ini bergantung harap pada Allah?

Dan kalau kita sendiri tidak percaya, bagaimana nak mengharap dunia ini aman?






3 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.