Di Mana Tuhan Dalam Dakwah dan Tarbiyah?



Bila kita bergerak dalam dakwah, orang akan menyangka bahawa kita ni memang dekat dengan Allah. Orang akan sangka yang kita takkan pernah buat dosa. Kerana apa?

Kerana kitalah manusia yang tak pernah ketinggalan usrah mahupun daurah. Tapi, sebenarnya...?

Aku yakin, hanya Tuhan yang tahu.

 Minggu lepas, aku kuatkan diri aku menghadiri daurah di Serdang. Otak menuntut aku supaya jangan pergi tapi jiwaku jelas mengatakan aku harus pergi. Kerana kebiasaannya, aku akan terasa berat sebelum pergi usrah atau daurah, tapi apabila sudah berada di sana, aku berharap sekali masa akan terhenti dan aku terus kekal di sana, bersama-sama manusia yang turut ingin memulihkan dunia dari segala penyakit.

Dan pagi itu, aku kuatkan diri juga, menjemput sahabatku dari kolej kediaman dan bergerak ke Serdang menggunakan KTM.

 Sesi yang lain terasa biasa bagiku. Tidak begitu menakutkan atau lebih mudah lagi, aku dapat merasakan aku menyerap segala maklumat sebagai teori. Seolah-olah aku ini seorang observer yang mahukan hypothesis yang valid semata-mata.

Sampailah ke satu sesi yang menceritakan perihal tarbiyyah diri sendiri. Si pemberi menyatakan bahawa sebagai daie, setiap kami haruslah menjaga mutabaah amal masing-masing. Maka ada seorang senior mengangkat tangan bertanya,

"Bagaimana kalau mutabaah amal penuh tapi tidak mentarbiyyah jiwa?" 

 Aku terkesima. Terdiam mendengar persoalan itu.

Amal yang tidak mentarbiyyah : Melakukan segala-galanya yang terletak di bawah nama Islam namun jiwa tidak terasa kuat dengan adanya pertolongan Tuhan.

 Lebih kurang seperti, aku buat 'dakwah' tapi bukan untuk Allah. Ia lebih kepada aku rasa aku bertanggungjawab semata-mata. Seperti mana aku rasa terhadap study. Study hanya tanggungjawab semata-mata yang perlu aku laksanakan. Tapi, aku tidak gembira melakukannya.

Aku sepatutnya rasa gembira melakukan apa sahaja kerana aku yakin Tuhan ada bersamaku. Tapi tidak. Aku tidak merasa kebahagiaan itu.

 Dan aku begitu yakin sekali apa jawapannya kepada permasalahanku ini. "Kerana tiada Tuhan dalam jiwaku." Aku begitu sibuk berbicara tentang gerak kerja sampaikan aku terlupa hakikatnya, kerja yang aku lakukan ini adalah khas untuk Allah dan bukannya semata-mata untuk manusia. Bukan untuk sahabat-sahabat yang aku cintai dan bukan sahaja kerana keamanan yang tak mampu aku tinggalkan ketika berada dalam usrah mahupun daurah.

 Sekarang, sebelum aku proceed, aku rasa, perkara pertama yang aku harus cari di dalam medan ini adalah Dia, Tuhan yang Satu. Manusia yang menemui Tuhannya takkan pernah rasa depressed kan?

 Moga aku temui Dia.


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.