Why Do You Need Good Grades?



Terjadilah sebuah kisah di mana hari ini merupakan hari bermulanya exam final aku. Dan bermulalah sesi pass-pass ucapan 'selamat berjaya' dan 'bittaufiq wannajah'.

Dan, dalam sibuk-sibuk menghantar ucapan tu, ada seorang sahabat aku sebut pasal 'luruskan niat'. 

Bendalah apa tu?

Orang selalu bercerita pasal niat belajar, 'belajar mesti kerana Allah', 'boleh dekatkan diri kepada Allah masa belajar ni', 'belajar ni boleh jadi medan dakwah' dan entah apa-apa lagi. Tapi, bila difikirkan balik, still, semua benda ni tak menjawab langsung persoalan 'kenapa kita kena dapat good grades?' 

So, harini, aku nak tanya, "kenapa kita kena dapat good grades?"

Dan setelah bertahun-tahun aku study tanpa makna, baru harini, aku dapat ilham.

Masa aku form 3 dulu, masa tu nak ambik PMR, aku tak ingat pun aku study teruk sampainakmati macam sekarang ni. Yang aku tahu dulu, pukul 12 mesti dah tidur. Time exam, aku jawab. Memang aku study tapi tak teruk macam sekarang ni ha.. Pukul 4 pagi baru tidur. Hm...

And masa PMR tu jugakla aku boleh skor.

Naik ja form 4, hidup aku jadi tunggang langgang sikit. Merana gila nak belajar semua 11 subjek SPM tu. Tidur pun entah apa-apa ja. Beribu kali pun aku baca, tetap aku tak ingat apa yang aku baca. Add Maths tu aku tak tau la berapa juta latihan aku dah buat, tetap tak boleh excel macam kawan-kawan aku yang lain.

And masa SPM ni, aku skor 8A. Tak sikit tapi tak banyak sangat bagi aku (sebab dulu aku budak top scorer).

Sampaila aku masuk INTEC ni, macam tu la jugak hidup aku. Tunggang langgang. Pukul 7 pagi baru tidur. Tu pun tetap tak lepas 3.5 .

Dan baru hari ini, aku sedar kat mana silap aku.

Niat.



Masa aku PMR dulu, aku ada satu niat yang memang hari-hari aku sebut kat diri aku,

"aku kena dapat straight As sebab dengan straight As tu la baru orang akan respect aku sebagai budak pakai tudung labuh."

Kebetulan pulak, aku baru ja start pakai tudung labuh waktu tu.

Aku tak tau la orang lain, tapi bagi aku, aku selalu nampak orang lain judge budak-budak pakai tudung labuh as 'kolot' and 'tak boleh score'. Kenapa? Sumpah tak tau.

So, bila aku dah start pakai tudung labuh, aku tak nak orang underestimate aku. Aku nak buktikan pada kaum keluarga aku sendiri (yang waktu tu masih terkejut dengan aku yang tiba-tiba nak pakai tudung labuh) yang tudung labuh tu bukan penghalang. Aku nak tunjuk pada cikgu tuisyen aku, kawan-kawan aku yang aku adalah budak pandai yang pakai tudung labuh. 

Sebab, aku nak sangat mereka semua percaya yang Allah takkan sia-siakan aku.

I'm in the right path and I'm going to get this. 

Tapi, lepas aku dah dapat 9A masa PMR, aku dah hilang niat tu. Well, aku pun manusia. You can judge me if you want. I don't mind.

Bila aku masuk form 4, aku sendiri tak tau ke mana aku campakkan niat aku yang suci murni tadi. Mungkin sebab aku dah berjaya buktikan diri aku pada orang lain so aku campak niat aku tadi ke tempat lain. Atau mungkin, sebenarnya, aku dah tak ada niat lagi dah dalam menuntut ilmu.

Mungkin sebab tu menuntut ilmu terasa susah untuk aku. Sebab aku dah hilang asbab kenapa aku nak menuntut ilmu. Mungkin sebab tu la hidup aku jadi tunggang langgang. Semua yang aku baca pun tak masuk.

Harini, thank God, Dia bagi aku peluang untuk imbas balik masa lalu aku dan macam mana aku menghadapi hidup aku dulu. Mana ada stress-stress belajar. Bahagia ja hidup aku belajar. Tak rasa susah pun.



In conclusion, aku just nak cakap yang sebenarnya, kita as duat kena dapat grade yang bagus. Why? Sebab dengan tu la, baru kita dapat tonjolkan diri kita dari kalangan kawan-kawan kita yang lain.

Dengan grade bagus, kawan-kawan yang free hair akan pandang kita.
Lecturers akan bangga dengan kita.
Dan yang lebih penting, mereka akan kembali memiliki kepercayaan kepada Allah.
Mereka takkan lagi pandang Islam dan aturan hadiah Allah ini sebagai sesuatu yang 'tak open' dan 'menyusahkan'.
Sebaliknya, mereka akan pandang agama Allah ini adalah sebagai alat bantuan yang akan memberi keamanan dalam kehidupan.

Walaupun kita pergi usrah setiap hari, daurah setiap minggu, bila kita dapat score dalam exam, sumpah kawan-kawan takkan pandang usrah dan daurah tu sebagai 'wasting time' lagi.

InshaAllah, dengan niat untuk membangkitkan kembali agama Allah ni, aku rasa Allah pun akan buka lebih banyak pintu-pintu rezeki yang kelak akan bantu kita dalam exam.

Bila kita niat untuk buat kerana Dia,
korang rasa Dia akan halang ke?

This time, you decide.


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Why Do You Need Good Grades?

Anonymous said...

awesome 😂

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.