Allah Izinkan Aku.

Assalamualaikum.




Perggh!! Minggu ni ja dah dua kali aku update blog. Ni semua sebab final.

You see guys, I am just a normal human that change over times. There was once I used 'ana', 'saya', 'orang ni', 'MJ' and entah apa-apa lagi la. And now I'm using 'aku'. Just want to remind you guys yang rasa pelik dengan penulisan aku ni, you see, you just need to deal with it. I am just too flexible or else boleh je korang nak cakap yang aku ni tak ada pendirian. Cakaplah apa je, I don't mind. I changed. Lots of times. 

Tapi, aku bukanlah nak cerita pasal tu pun, nak cerita benda lain sebenarnya.

Pasal tips exam yang orang selalu terlupa. Dan aku pun baru teringat harini.



Sejak seminggu yang lepas, aku sibuk persiapkan diri aku untuk final exam. Ada satu je subject yang hari-hari aku study. Sociology. Tapi, aku ada satu masalah which is aku suka melengah-lengahkan sesuatu benda. Even dah satu minggu pun aku mengadap buku Sociology, tetap tak habis-habis jugak satu buku tu. Padahal orang lain baca 5 chapter dalam masa 3 jam je. Aku pulak dah la yang jenis lambat sikit so aku ambik masa lama sangat nak hadam satu ayat.

Sampaila hari ni, hari di mana aku perlu jawab paper Sociology yang silibusnya tak berjaya aku habiskan. Well.. Aku tidur pukul 3 pagi kot baca buku Sociology tu tapi macam aku cakaplah, tak habis-habis jugak.

Maka, tibalah 'moment of tawakal' bila mana lecturer panggil masuk dewan. Aku redha je la. Dapat B pun dah cukup bagus. Dapat je paper, tulis nama semua, aku terus bukak part essay. Kitorang diberi pilihan untuk pilihan satu soalan untuk dijawab daripada 4 soalan yang diberikan.

Soalan 1, sumpah tak tau apa yang dia nak.
Soalan 2, ada belajar ke benda ni?
Soalan 3, er... bendalah apa ni?
Soalan 4, *dahsedihtahapgabandahni* weyh! part ni aku baca semalam!

Then, dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa aku sangat-sangat bersyukur dapat soalan ke-4 tu.



Dalam keadaan aku tengah penat sangat, mata mintak ditutup, jiwa minta mengalah, aku gagahkan diri baca satu part semalam. Aku digest part tu betul-betul and pap!!! Harini, the exact part yang aku baca dan hafal betul-betul tu yang masuk. Rasa nak menitis air mata la jugak sebab terharu dengan Dia. Aku buang masa 10 minit la jugak sebab terharu sangat. Rasa excited, adrenaline semua mengalir tak tentu arah sampai aku kena control the excitement before aku angkat pen and mula menjawab.

 Dan habis je jawab, aku bersandar kat kerusi. Aku check sepintas lalu and dah. Aku tutup kertas and mulakan sesi muhasabah diri. Tak. Aku sebenarnya tak cadangkan korang buat macam ni. Kalau korang ada masa nak check paper tu, check la betul-betul. Kes aku kali ni sebab otak dan seluruh badan aku dah penat sangat dah jawab satu paper tu. Tu yang aku malas nak check lagi dah tu.

So, sementara nak tunggu masa 10 minit sebelum semua orang berhenti, aku pun fikirlah. Macam mana kalau suddenly, Allah tak gerakkan hati aku pun untuk baca part yang telah tersebut di atas? Aku tak baca satu buku tapi aku still boleh jawab most of the questions, sebab coincidentally aku terbaca part-part tu. Macam mana dengan orang lain yang baca habis satu buku? Mesti diorang boleh jawab, tapi kalau diorang pun buat macam aku, adakah diorang boleh jawab? Adakah akan terjadi keadaan macam aku ni? 'Ter'baca secara tak sengaja dan itulah yang Tuhan takdirkan masuk dalam exam.



Kemudian, datanglah ilham dari Allah bagitau aku satu benda yang aku lupa,

"Sesuatu benda takkan pernah terjadi tanpa izin Allah."

So, basically, Allah izinkan aku untuk baca part-part tertentu yang Dia dah pilih untuk masuk dalam exam tu. Means, Allah gerakkan hati aku, Allah tak nak aku dapat teruk untuk Sociology.

See.. Harini aku rasa blessed sangat.

Setiap masa dan saat yang kita ada, Allah dah rancang apa kan jadi untuk kita. Dan alhamdulillah, Allah buka ruang untuk aku jawab paper Sociology dengan baik harini.

Nampak tak?

Aku nak cakap kat sini yang keajaiban memang boleh berlaku! Dengan izin Tuhan. Cuma sebagai manusia, kadang-kadang kita terlupa. Kita terlupa yang Allah sangat berkuasa dan sangat mengasihi hamba-hambaNya. Kita selalu lupa yang Allah tak pernah tinggalkan kita.



Di saat bila kita rasa dunia ni dah gelap sangat dah, Allah bukak jalan supaya kita nampak cahaya di hujung jalan. Tapi, kitalah yang decide, samada kita percaya atau tidak, nampak atau tidak.

Sebelum korang bukak buku, cuba ingat balik, korang ada mintak pada Allah tak supaya Dia permudahkan? Kalau tak, maknanya pergantungan kita pada Dia masih belum cukup kuat.

Bila dapat jawab exam, cuba fikir balik, macam mana aku boleh jawab part ni? Adakah sebab usaha kita semata-mata?

Tak.

Sebab Allah izinkan.

So, tips yang aku nak bagi harini adalah 'kebergantungan' pada Allah. Setiap kali sebelum bukak buku, doa banyak-banyak, minta Allah gerakkan jiwa, permudahkan segala benda. Kita tak tahu part mana yang nak masuk exam kan.. Dengan meminta 'belas' dari Dia, mungkin Dia akan bertambah-tambah cinta dan kesian tengok kita, lepas tu, Dia pun tolonglah kita.

You see, God is too nice that He won't leave you no matter how bad you are. 

And yes, He never leave me too. Although He knows all the truth about me. 


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Allah Izinkan Aku.

Aisyah Az said...

Alhamdulillah.. kerana dipermudahkan oleh Allah.

sejujurnya ecah suka baca blog sis MJ . at first,ecah search and cari sample essay and i found urs. seyes ecah ambil essay akak sebagai rujukan spm. walaupun saya xdapat A, tapi idea dripada essay akak membantu saya dapat grad yg elok.

mungkin akak tak sedar,butecah meminati penulisan akak yg cukup sopan dan bermakna.. teruskan posting entry and i'm ur no1 fan.hehehe.

Salam ukhwah,
ecah az

Mimi Jazman said...

Aisyah Az ...
jazakillah sbb sudi baca.. ^^

nvr thought im going to meet people like you who actually reads my writings. even me myself pun x baca.

thnx.. n semoga bermanfaat.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.