Syuhada' Di Uhud: Saad bin Al-Rabie



Rasulullah saw telah mengutuskan Zaid bin Thabit bagi mendapatkan Saad bin al-Rabie selepas tamatnya peperangan Uhud.

Rasulullah saw menyuruh Zaid bin Thabit menyampaikan salam Baginda kepada Saad bin al-Rabie serta tanyakan keadaan Saad bin al-Rabie.

Zaid bin Thabit ke medan Uhud. Beliau mencari Saad bin al-Rabie di antara mayat-mayat yang bergelimpangan.

Kemudian, beliau melihat Saad bin al-Rabie di antara mayat-mayat itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Saad bin al-Rabie ketika itu sedang menghadapi saat-saat terakhir di dalam hidupnya.

Zaid bin Thabit yang diutuskan untuk mencari beliau telah mendapati bahawa di tubuh Saad bin al-Rabie terdapat tujuh puluh tikaman, samada tetakan pedang, tikaman-tikaman tombak atau anak panah.

Zaid bin Thabit lantas menyampaikan salam Rasulullah saw kepada Saad bin al-Rabie. Kemudian, seperti yang diperintahkan oleh Baginda, Zaid bin Thabit bertanyakan keadaan Saad bin al-Rabie.

Maka jawab Saad bin al-Rabie,

"Sekarang ku mencium haruman dari syurga dan katakan kepada kaumku, Ansar bahawa tidak mengapa bagi mereka sekiranya ancaman sampai kepada Rasulullah saw sedang kamu masih hidup."

Selepas menyampaikan pesanannya kepada sahabat-sahabatnya di pihak Ansar, Saad bin al-Rabie menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Sesungguhnya aku tidak berasa ada layaknya aku menceritakan hikmah dari kisah di atas. 
Kerana aku juga hamba yang penuh silap. 
Aku tahu kamu pasti memahaminya. 
Kisah ini, kisah salah seorang dari para sahabat yang hebat. 
Kisah inikisah salah seorang dari para syuhada' yang unggul. 
-MimiJazman-

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.