Syuhada' di Uhud: Amru bin al-Thabit



Di kalangan mereka yang luka, tentera Islam telah menemui Amru bin al-Thabit yag masih boleh bernafas lagi.

Beliau ini suatu ketika dahulu diajak memeluk Islam tetapi beliau menolak ajaran Islam yang sampai kepadanya.

Tentera Islam berkata kepadanya sebaik sahaja mereka menemui beliau di medan Uhud, "Si degil. Apa ini yang bawa dia ke mari? Dahulu kita pernah dakwahkannya, tetapi beliau menolak."

Mereka kemudiannya bertanya, "Apa yang mendorong kau ke mari? Apakah untuk menuntut bela untuk kaum kau atau menyukai Islam?"

Maka, jawab Amru bin al-Thabit,

"Malah untuk menyukai Islam. Aku beriman dengan Allah da RasulNya. Kemudian, aku berperang di pihak Rasulullah hinggalah aku menerima apa yang kamu semua saksikan ini."

Setelah selesai berbicara, Amru bin al-Thabit menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tentera Muslim menceritakan hal ini kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw menjawab,

"Beliau adalah penghuni syurga."

Abu Hurairah mengisahkan bahawa Amru bin al-Thabit ini tidak pernah menunaikan solat walau satu rakaat. Ini adalah kerana takdir Allah yang mengurniakan hidayah kepada beliau pada saat di medan perang lantas dikurniakan terus baginya syahid.

Tuhan itu tidak pernah berkira dengan manusia.
Hanya manusia yang terus-terusan berkira dengan Tuhan.
Bahkan aku juga begitu. 
Karat di jiwa sukar ditanggal
Hingga kini. 
Moga Dia kuatkan aku agar jalan pengakhiranku juga indah, 
seindah Amru. 

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.