Penghuni Neraka di Uhud: Qazman



Tentera Islam telah mendapati bahawa di antara yang tercedera di Uhud adalah Qazman.

Qazma telahpun bertempur dengan sepenuh jiwanya. Beliau merupakan seorang wira. Kepahlawanannya telah membenarkan beliau membunuh tujuh hingga lapan orang Musyrikin semasa peperangan berlaku. Namun, setelah peperangan berakhir, beliau tidak langsung berupaya untuk bergerak.

Lalu, tentera Muslim pun mengusungnya ke kampung Banu Zafar. Kaum Muslimin berusaha sedaya upaya untuk menghiburkan beliau dengan menyampaikan berita-berita yang menyenangkan.

Namun beliau menegaskan dengan katanya,

"Demi Allah, sesungguhnya aku ini berperang demi untuk mempertahankan keturunan bangsaku. Kalau tidak kerana itu, nescaya aku tidak akan menyertai peperangan ini."

Setelah mendapati keadaan dirinya terlalu penat dan terlalu sakit, Qazman membunuh dirinya sendiri kerana tidak tertahan sakit pada jasadnya.

Rasulullah saw bersabda,

"Beliau ini dari kalangan penghuni Neraka."

Sungguh
Maka terlihatlah hakikat kebenaran yang dibawa oleh niat. 
Maka ketahuilah hakikat kebenaran bahawa Allah itu Maha Mengetahui. 
Tidak terselindung lagi apa di dalam hatiku ini. 
Kerana sesungguhnya Dia itu Maha Mengetahui. 
Maka bakallah aku ini rugi sekiranya dalam jiwa ini hadirnya niat lain selain Dia. 
-MimiJazman-

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.