When You Thought You are Weak...

*mood berpuitis*




Beberapa hari lepas, aku diserang rasa lemah satu badan. Selsema, pening kepala dan rasa sakit di hidung bergabung. Badan terasa sedikit panas. Sedangkan, keesokannya, aku ada ujian penting. Dengan motivasi yang kurang, aku tak rasa keadaan ketika itu membantu. 

Puas menangis dan memujuk diri berkali-kali supaya kuatkan diri kerana di sini, aku tak punya Mama atau Baba untuk memberi perhatian padaku. Aku tak boleh biarkan tubuhku larut dalam keletihan sakit yang aku alami. Aku tahu betapa perlunya aku untuk belajar. Aku sudah gagal ujian yang lepas, takkan aku mahu sia-siakan peluang kali ini. 

Terasa kepala semakin terbeban bila aku gagal membuat keputusan. Sebelah otakku memberitahu yang aku takkan mampu belajar untuk ujian esok dan aku perlu dapatkan cuti sakit walau apa pun yang berlaku. Sebelah lagi memberitahu supaya aku belajar dan jangan cuba sesekali mendapatkan cuti sakit. Kerana sekiranya aku ingin mengambil cuti sakit, aku perlu hubungi Baba di tempat kerja dan minta Baba bawakan aku ke klinik kerana aku takkan mampu berjalan sendiri ke klinik dengan keadaan tubuh yang lemah!



Berdentum dalam kepala apabila aku cuba membuat keputusan. Aku hubungi Mama, tidak berbalas. Aku hubungi Naqibahku, turut tak berbalas. Dan tanpa ada rasional lagi di kepala, aku rasakan dunia seolah-olah tidak lagi peduli dengan aku. Tiada kawan serumah untuk memberi sokongan, tiada ahli keluarga untuk menyakinkan dan tiada 'sahabat' juga untuk meminta pertolongan. 

Mungkin ada, cuma aku sendiri yang tak mahu. Sekali lagi, aku terasa dunia amat menzalimi aku sedangkan aku hanyalah dimanipulasikan oleh lemahnya tubuh. Saat aku berputus asa, memikirkan dunia tidak lagi mempeduli, entah dari mana Dia hantarkan aku pemujuk diri. Aku dengan sendirinya bergerak memberitahu diriku. 

"Dude, this ain't what you want. You ain't here to be weak."

"Maybe I just need some rest."



Dengan hati yang ditenangkan dengan pujukan sendiri, aku melepaskan lelah di tubuh ke atas katil. Aku pejamkan mata. Dan, dengan kelemahan pada tubuh, mataku dengan mudahnya terlelap. 

Aku sedar pada jam hampir pukul 6. Mataku lantas terbuka, otakku ligat berfikir, hati lekas berkata, "Mandi dulu, solat, study." Maka, begitulah aku bergerak. 

Aku mandi kemudian solat dan barulah aku sediakan diri aku untuk belajar. Aku menghubungi Huwaida, memberitahu dia yang aku mahu batalkan makan malam kami malam ini. Tak rasa badanku ini mampu turun ke bawah. Lagi pula, masih ada sebungkus lagi bubur Campbell yang Mama bekalkan untuk sarapanku. Aku bercadang untuk masak bubur itu sahaja habuan makan malam. 



Tetapi, Huwaida terlupa membaca mesejku. Mujurlah dia naik ke rumahku sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Dari situ barulah dia tahu yang aku ada hantar pesanan ke telefon bimbitnya. Dia ketawa dan sebaik sahaja dia menyelesaikan urusannya di rumahku, dia turun untuk membeli makanan. 

Memikirkan keadaan mungkin jadi lebih teruk, aku hubungi kawan-kawan terdekat untuk minta pertolongan mereka supaya belikan aku panadol. Aku hanya mahu bertahan hinggalah selepas ujian keesokan harinya. Aku berjaya mendapat pertolongan Syifa' yang baru sahaja selesai makan malam bersama ibu saudaranya. Dia dengan baik hatinya memberi pertolongan. Dipesannya bermacam-macam padaku semasa dia hantarkan aku tablet-tablet panadol tersebut. 

Aku bukanlah jenis yang degil makan ubat. Aku sebenarnya tak suka tubuhku rasa sakit, ia menganggu tugas harianku. Dan tambahan pula, keesokan harinya, aku ada ujian. Lagilah aku tak gemar diriku untuk sakit di saat-saat genting sebegitu. 



Aku sedar tubuhku perlukan tenaga. Perutku juga terasa lapar. Lantas aku hubungi Huwaida, memesan agar dia bungkuskan koey teow goreng untuk aku. Mujur, di zaman ini, masih ada sahabat yang ingin menghulurkan bantuan dan tidak kisah disusahkan. 

Entah kenapa, sejak menjejak kaki ke kolej aku jadi berprasangka pada kebanyakan manusia. Aku tak rasa mereka dengan mudahnya membantu aku. Dan sungguh, aku merasanya sendiri. Mereka tidak pernah rasa susah menyusahkan orang lain tapi tentunya, golongan ini tak pernah rasa senang menyelesaikan kesusahan orang lain. 

Dan, malam itu, aku gigihkan tubuh untuk belajar. Mama yang tadinya tidak memberi sebarang respon akhirnya membalas pesananku. Katanya, dia ada urusan di luar bersama Adik, menghalang dia dari membalas pesananku secepat mungkin. Rupa-rupanya, Mama dan Adik juga selsema dan demam sepertimana aku. Mama nasihatkan aku supaya makan ubat dan belajar mana yang mampu sahaja. 



Sejurus selepas itu, Kak Farah membalas pesananku. Katanya, dia terlupa untuk memeriksa telefon bimbitnya. Dia tanyakan keadaanku dan mencadangkan beberapa jalan penyelesaian. Aku turuti pesanan Kak Farah kerana aku yakin dengan kelayakannya sebagai seorang doktor. 

Kemudian, Adik memberitahu Baba tentang aku. Baba tawarkan diri untuk belikan ubat. 

"I'm not here to be weak."

Maka, aku tolak tawaran itu. Cukuplah dengan panadol sahaja. 



Ada sekali, beberapa orang kawan memberitahu yang aku tak sepatutnya mengambil ubat. Aku patut biarkan sahaja selsemaku berlalu. Aku diam. Dalam hati, puas aku membalas. 

"You are not there to see me crying."

"You are not there when my head was about to explode due to my sickness."

"Easy for you to say when you got nothing to be worried about, smartbrain."

Tetapi, sejujurnya, aku sedar, bukan salah mereka kerana tak tahu betapa sakitnya aku. Tapi, mungkin, salah aku sendiri kerana tidak membiarkan mereka untuk melihat betapa sakitnya aku. Atau mungkin, memang mereka takkan ambil tahu sekalipun aku tunjukkan.



Maka, aku sudah lama fahami hakikat ini. Manusia, kita berbeza. Maka diam sahaja kalau kau tak tahu betapa sakit ku rasa. 

Apapun, aku belajar benda baru. Bila ada kawan kita yang sakit, kita patut tunjukkan yang kita peduli. 

"Just be there for them."



Itulah dia pengajaran dari Allah untukku. 
Dalam sakit yang diberi
Dia tunjukkan padaku manusia-manusia yang bakal setia di sisi. 
Ada manusia yang akan dengan secepatnya memberi bantuan, 
maka mereka ini setia.
Ada manusia yang akan terlewat memberi bantuan,
mereka ini juga setia, 
tetapi kerana mereka adalah manusia, 
maka mereka juga punya urusan manusia untuk diselesaikan. 
Ada pula manusia yang takkan memberi bantuan, 
mereka ini,
hanyalah kawan sosial
digunakan untuk menambah pengalaman semata-mata. 


 


Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to When You Thought You are Weak...

fyumie said...

i like the last quote. syafakillah, love :')


may you're always be happy & healthy in His mercy&blessings ^^

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.