Mistakes, I Learnt from Them

Assalamualaikum. 

Semalam, agak lewat saya kembali ke rumah saya di Akasia. Bermula dengan pertemuan bersama seorang sahabat lama saya, menjadikan saya terleka berbual.

Saya, walaubagaimanapun, sebenarnya, agak senang dan lega dapat berbual dengan sahabat lama saya itu. Kebetulan pula, saya telah habis mengulangkaji pelajaran untuk kuiz keesokan harinya (which is today).
Banyak yang saya dengar dari beliau.



Bermula dari kisah sahabat kami yang baru sahaja pergi bertemuNya, sehinggalah ke cerita-cerita tentang masa silam saya yang seolah-olah masih kekal kukuh di sana.

Sungguh. Saya ingatkan dah habis tentang tu!

Sahabat saya mula bercerita. Bagaimana sesetengah pihak tak pernah melupakan kesalahan saya dulu.
#merepek

Everyone does mistakes.
Kehidupan saya, sejujurnya, full of mistakes!

Dari kehidupan saya di Islah, di SHAMS hinggalah habis SPM, akan ada sahaja drama-drama di mana saya melakukan kesalahan dan kesilapan besar dalam hidup.

But I am proud to admit that! Kerana tak ramai yang diberi peluang untuk membuat kesalahan dan belajar daripadanya seperti saya.

Setiap kesalahan yang dilakukan, adalah satu pengajaran yang membentuk saya hari ini. Dan lega saya katakan, pengalaman pahit itulah yang mengajar saya lebih lagi.



Kini, hari ni, saya mulakan perjalanan saya sebagai orang baru. Orang baru dalam medan masyarakat sebenar, orang baru dalam mencari tarbiyyah.

Tak sangka, masih ada lagi otak-otak cliché dan tipikal di luar sana yang seronok mengungkit kisah silam saya dan dijadikan bahan perbualan. #heh

Dare you guys to talk about me when you have the slightest idea of who I am!

Mengapa kisah lama diungkit sedangkan saya dah terlalu berbeza dengan diri saya yang dulu.

Kata orang, dulu saya sangat kasar. Bahasa yang saya gunakan sangat tak dapat diterima. Saya dengar smeua teguran tu tapi entah kenapa, saya tak boleh nak terima.

Tapi, sebaik sahaja saya keluar dari sana, saya terima teguran itu dan sejak itulah, saya didik diri saya agar perkataan-perkataan kasar dari mulut saya itu dicampak jauh.

Now, ask my friends, do I used ‘aku-hang’ frequently? No! Instead, saya sendiri dah lama tak guna the word of ‘aku’ and ‘hang’. Bila saya bercakap dengan kawan-kawan dari sekolah lama saya sekalipun, saya gunakan gelaran ‘ana-anti’ sepertimana yang saya gunakan dulu di sekolah.



Kata orang, dulu saya begini begitu.

Ya.. Memanglah begitu dulu.

Tapi, sekarang, saya dah  belajar. Banyak belajar dari benda yang saya sebut sebagai kesalahan.
Malahan saya rasa, pandangan serong sesetengah pihak terhadap saya adalah sejenis diskriminasi yang bermula daripada kesempitan pemikiran.

Maafkan saya andai kata ayat saya kali ini terdengar sedikit emosional dan agak marah. Memang pun! Saya tak faham kenapa mereka ini masih nak sangat menyebut cerita-cerita lama saya sedangkan saya sendiri, dah berbeza dari masa silam saya.


Saya harap sangat mereka-mereka yang masih bercerita dan masih menganggap saya ini sebagai orang yang sama itu membaca tulisan saya di sini. Biar mereka tahu saya tak rela pun terus diberi tanggapan yang sama.



Pesanan-pesanan yang diberi kepada saya kadangkala terdengar ridiculous. Pandangan-pandangan yang diberikan kepada saya juga terasa pedih. 

Mereka tidak tahu apa yang terjadi pada saya sebaik sahaja saya keluar dari 'sana'. Mereka tak follow-up cerita-cerita saya selepas saya tinggalkan tempat tu. Mereka tak tahu. 

Jadi, mereka sepatutnya sedar, mereka tiada hak untuk bercerita perkara-perkara yang kurang baik tentang saya! 

Kerana di dalam hati saya, hanya Dia yang tahu, sesungguhnya, Dialah yang Maha Mengetahui apa yang berada dalam hati setiap hamba. 

He listens to my prayers and change me from who I was. He give me the chance to prove that everyone deserves a better life. 


Buat mereka-mereka yang tidak pernah buat sebarang kesalahan dan hidup dalam penuh kesempurnaan, saya ucapkan tahniah! Tak ramai orang seperti anda. Dan, kekalkanlah kesempurnaan hidup anda sekalian. Moga-moga Allah memberikan yang terbaik untuk kalian. 

Buat mereka-mereka yang sentiasa membuat kesalahan. Pastikan anda tahu dan faham mengapa anda melakukan kesalahan-kesalahan itu. You can always blame everyone else. Tak ramai orang seperti anda. Moga-moga Allah memberikan kalian kefahaman yang lebih mendalam. Don't afraid to change to be a better person from what you had done in the past. 

Buat mereka-mereka yang masih di tahap yang sama, yang tidak mengalami sebarang kesempurnaan atau melakukan sebarang kesalahan sepanjang hidup, saya cadangkan, anda pergi, dan cari sesuatu untuk dibuat dengan hidup anda. Belajarlah untuk mengenali hidup dan jangan asyik menunding jari pada saya. 

:P 

May Allah bless us all.

:) 

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Mistakes, I Learnt from Them

Nor Husna said...

Salam. Ni husna, kawan afiqah wz. mimi intec batch aluk11 ke? amik course apa? kmi cos sains. sc3. tringin nak jumpa, hehe. kmi akasia, blok 7

Mimi Jazman said...

wssalam..

maaf.. sy atu22..adfp..psychology.. :) blok 1.. add la dekat FB..Mimi Jazman..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.