Why I Choose Psychology?

Assalamualaikum..



Sudah agak lama saya tidak menulis di sini. Mungkin lepas ni akan lebih sedikit lagi yang saya boleh tulis memandangkan saya akan mula sesi menyambung pelajaran di INTEC. Hee.. :D

#excitedsikit

Memang sejak umur saya 15 tahun lagi saya dah minat dengan bidang psikologi. Kenapa?

Entahlah. Saya rasa memang banyak sebab mengapa saya minat bidang psikologi.

Saya mula berkenalan dengan psikologi apabila saya dapat tahu tentang ayah kepada sahabat saya major dalam bidang tersebut. Ayah kepada sahabat saya itu ke Glasgow, Scotland dan belajar tentang psikologi di sana.

Saya juga mendengar cerita daripada Baba tentang seorang doktor falsafah yang major dalam bidang psikologi dan betapa hebatnya beliau dalam memahami pemikiran manusia.  
Mendengar cerita tentangnya, saya jadi teruja dan saya mula melihat psikologi sebagai sesuatu yang sangat menarik. Memahami manusia, sikap dan perlakuan mereka, cara mereka berfikir dan sebagainya.



Pada mulanya, saya menganggap psikologi ni penting supaya mudah untuk kita berdakwah kepada setiap lapisan masyarakat. Sebab, #inshaaAllah dengan ilmu psikologi, kita akan memahami bagaimana manusia dari setiap peringkat dan keadaan berfikir. Disebabkan saya memang minat bercakap dan menulis, saya merasakan, ada kepentingannya buat saya untuk belajar ilmu psikologi.

Saya juga menyangka, dengan ilmu tersebut #inshaaAllah , saya akan mampu mengubah bagaimana masyarakat saya berfikir. Dalam abad ke-21 ini, di tahap pemikiran saya yang masih kerdil ini, saya akui, adakalanya saya bimbang melihatkan tahap pemikiran remaja lain.

#bukannakcakapsayabagus



Tapi, saya melihat ramai remaja lain yang terkehadapan cara pemikirannya.

Saya melihat sahabat-sahabat saya berdiskusi tentang politik negara #secaraaman .
Saya melihat sahabat saya yang risaukan akan peralihan kuasa dan cuba memikirkan di manakah silapnya.
Saya melihat sahabat saya yang pergi ke rumah anak yatim dan pusat aktiviti kanak-kanak untuk membantu kanak-kanak lain dengan secebis ilmu yang dimilikinya.
Saya melihat bagaimana sahabat-sahabat saya merantau di jalanan, mencari pengisian jiwa dan melebarkan bulatan gembira mereka #jeles .
Saya juga melihat sahabat saya bersusah payah, belajar sehingga sakit kerana niatnya ingin menjadi seorang doktor yang kelak boleh membantu ummah.

Sedangkan saya sendiri tidak dapat berfikir seperti mereka, tidak dapat melakukan hal seperti mereka. Saya cuba untuk menjadi seperti mereka-mereka ini. Jelas melihat masalah ummah dan cuba mendidik diri agar kelak kewujudan mereka di muka bumi ini tidak disia-siakan.



Saya melihat mereka yang tekad ingin membangunkan ummah. Dan pada masa yang sama, cuba mencapai tahap pemikiran dan kekuatan tekad mereka. Juga, saya sedih melihat remaja yang masih tidak faham akan kepentingan mereka terhadap masyarakat.

Lebih sedih lagi, mereka tidak sedar pun akan kepentingan diri mereka terhadap masa hadapan mereka sendiri.

#letih #lelah bila saya baca status di FB atau tweet di Twitter.

#meraban

Hari ni dia tak mesej aku pun.
Kitorang dah break semalam. Huhu..
Malas giler nak pewgi sekowlah. 
Sedihnyer.. Sumew owg yg aq minat, dah berpunyew.
Weyh pompuan, ko pegi mampus je la lagi bagus!

#ewwlanguage
#heh #kejamsungguh



Ya.. Saya baca.. Ya.. Saya tahu..

Saya juga pernah begitu.

Sebab itu saya merasakan, saya tidak boleh biarkan perkara ini terus berlanjutan. Di mana semua orang sedang menuju ke arah kegemilangan, ada juga mereka yang terus membiarkan diri mereka dibawa arus begitu sahaja.

Saya pernah lemas dibawa arus suatu ketika dahulu, mujurlah ada Dia, selamatkan saya melalui pelbagai cara dan jalan. Jadi, saya mahu tunjukkan jalan itu kepada mereka yang sedang hanyut itu juga. Tak mau la mereka lemas begitu sahaja sedangkan mereka masih muda belia, masa hadapan pun  masih cerah.

Jadi, mungkin sebab itulah saya ingin jadi seorang ahli psikologi.



Saya percaya, setiap perkara berlaku atas kehendakNya. Dan saya juga percaya, dalam kebanyakan kes, pasti ada sebab yang munasabah berlaku sesuatu perkara.

Sama juga dengan pemikiran dan tingkahlaku manusia. 

Allah menciptakan manusia dengan pemikiran dan tingkahlaku yang tertentu. Dan saya yakin, dalam kebanyakan kes, pasti ada sebab yang munasabah manusia itu terbentuk dengan sebuah pemikiran dan tingkahlaku tertentu.   
 
Dan dengan memahaminyalah, barulah kita dapat mengubahnya.

Dalam sesuatu keadaan, kita kena faham keadaan tersebut untuk keluar daripadanya.

Sama juga dengan pemikiran manusia. Kita kena faham pemikiran tersebut untuk keluar daripadanya.

Saya cadangkan video Sebelah Sayap daripada Mat Luthfi untuk tontonan pembaca sekalian. :)



So, yes..

That's all for now. :)

There are reasons why I choose to be a psychologist instead of another professions which have more vacancies in Malaysia.

May Allah ease everything for me..

Have faith in HIM. HE put you there for reasons. -Muhammad Zulfahmi-

:)

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.