The Double-Jerk Look

Assalamualaikum..



I hate those double-jerk looks.. :P

When did they give me those looks?

When I mentioned about me myself is going to pursue Psychology.

Biasanya, orang akan tanya dan nampak terpempan bila saya bagi jawapan tu. Kadang-kadang saya agak sahaja mereka tidak tahu dan tidak faham yang saya sebenarnya menurut minat saya dan tidak sesekali memikirkan 'nak kerja apa nanti kalau setakat degree dalam psikologi?'



Pada mulanya, Baba juga tidak bersetuju. Dia suruh saya ambil medic, jadi doktor.

Masa kecik, bolehlah saya nak tulis dalam biodata, 'Cita-cita: Doktor'. #ehee
Memang seronok orang panggil saya, 'doktor'.

Tapi, sejak kecik juga, saya tak terfikir nak jadi doktor. Saya tak pernah terbayangkan diri saya menjadi seorang doktor. Dan, bila saya besar, saya makin faham.

Nak jadi doktor, tak semestinya kena belajar perubatan. Belajar kejuruteraan pun boleh je kalau nak jadi doktor. #amacam #adaberani

'Doktor Falsafah' atau PhD, Doctor of Philosophy.

Yang penting, kena rajin belajar dan cintakan ilmu.

:P



Baba akhirnya setuju. Mungkin, prinsip Baba dah berubah. Baba said,

Belajaq ja apa yang Kakak suka. Orang yang suka dengan apa yang dia buat, akan hidup dengan apa yang dia suka buat.

Fikirkan apa sumbangan yang kita boleh beri pada masyarakat. Hidup bukan setakat makan gaji.

Mama yang mula-mula risau dengan pilihsan saya juga akhirnya berkata,

Rezeki ada di mana-mana dan ia milik Allah. Kakak belajaq ja sungguh-sungguh.

#senyumlega
Tapi, ya...

Pandangan sesetengah masyrakat terhadap saya ni macamlah saya ni 'leftovers'. #hmm

Ada orang kata pada saya,

Itu orang yang tak pandai, bolehlah. Hang tu dapat banyak A, pi la jadi doktor ka, engineer ka.

:P

Frankly speaking, 8A tu tak banyak pun. Harini, straight As student pun susah nak dapat tempat di IPTA yang bagus di Malaysia. Dan, tawaran MARA untuk budak tak straight As macam saya ni dah dikira nikmat yang besar dariNya.

#alhamdulillah

Eh.. Rugilah dapat 8A ambil psikologi ja.

#sapacakap

Yang namanya ilmu ni, walau sekecil manapun ia, takkan pernah rugi untuk belajar, tau?

:P



Saya mempunyai banyak sebab untuk belajar psikologi. Terlalu banyak sebab menyebabkan saya yakin untuk mengambil bidang ni.

Biasanya, kami takkan ambil bidang yang kami sendiri pun tak yakin.

Ada sahabat saya, memperolehi 9A, dan sekarang dia menyambung pengajian dalam bidang pendidikan, nak jadi cikgu.

Dia juga ada mengadu akan betapa ramainya orang complain pilihan dia.

Dia juga menyatakan, dia ada sangat banyak sebab untuk jadi seorang guru. Dan saya juga mengenali dia sebagai seorang yang sangat sayangkan kanak-kanak. Jadi, profesion sebagai seorang guru tu memang sesuailah dengan dia.

Sama juga kesnya dengan orang yang berjaya masuk ke politeknik atau institusi kemahiran.

Masyarakat akan pandang mereka dengan sebelah mata. #haish #kejam



Tau tak, belajar bertukang tu pun penting tau? Kalau tak mana nak dapat kerusi yang kita semua tengah duduk sekarang?

#marahni

Tak sepatutnya kita memandang lekeh terhadap minat dan kemampuan seseorang. Grow up, people!

Apa salahnya kalau hanya pergi politeknik atau pusat kemahiran?

Adakah ummah tidak memerlukan mereka ini?

Apa salahnya dengan menjadi seorang guru?

Adakah ummah akan terdidik tanpa adanya seorang guru?

Apa salahnya dengan belajar psikologi?

Adakah ummah boleh maju tanpa seorang pemikir yang memahami?

Jawab sikit.



Apa yang diperlukan di sini adalah hati. Meletakkan hati sepenuhnya kepada setiap yang ingin dilakukan, inshaaAllah, within usaha dan tawakal, tanpa rasa putus asa, semua orang pun mampu berjaya dan bina kehidupan dari apa yang mereka pelajari dan minati.

Susah kah nak faham?

Universiti hanya tempat belajar, dapatkan degree, yang menentukan kejayaan bukanlah universiti mana kita pergi atau course apa kita ambil.

Allah berfirman : Inilah hari kiamat yang padanya orang-orang yang benar pada tutur kata dan amal perbuatan mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah akan reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar. [Al Maidah: 119]

Apapun yang kita buat, buatlah untuk Dia, untuk penentu kejayaan sebenarnya.

:P



Tiada makna jadi doktor, kalau habis pesakit dijerkah dan dimarah-marah.

Tiada makna jadi engineer, kalau hanya tahu makan gaji buta semata.

Tiada makna jadi arkitek, kalau tak dapat jujur dalam membina bangunan.

Tiada makna jadi peguam, kalau asyik telan rasuah.

Bagaimana pula kalau jadi guru dan berjaya menyentuh hati pelajar satu sekolah?

Bagaimana pula kalau jadi pereka fesyen Islam dan berjaya membuka cawangan di seluruh dunia, mempromosikan fesyen Islam ke peringkat antarabangsa?

Bagaimana pula kalau jadi photographer Islam dan berjaya membawa perubahan dalam media semasa?

Bagaimana pula kalau jadi ahli psikologi Islam dan kemudian, berjaya merungkai permasalahan ummah, bergerak menghapuskannya dan bangunkan ummah yang lebih baik?

Ha!



Bagi sesiapa yang meminati bidang sains seperti doktor dan engineer, atau yang meminati bidang perakaunan seperti akauntan dan penganalisis kewangan, saya ucapkan tahniah buat anda kerana meminati bidang-bidang yang sukar ini.

Semua orang perlu letakkan sepenuh hati dalam apa yang mereka buat dan bersungguh-sungguh untuk berjaya..

Kalau anda seorang bakal doktor, engineer, akauntan, fashion designer malahan kalau seorang bakal usahawan sekalipun, pastikan anda tahu apa yang anda buat dan cintakannya supaya kelak dengan perasaan cinta itu, anda akan dapat membantu ummah.

:)



Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to The Double-Jerk Look

ayobkelubi said...

saikologi tu akan jadi penting dalam tempoh 10 tahun akan dtg. percayalah. trend dah ke arah situ. maksudnya makin ramai rakyat malaysia akan stresssss..

way to go girl!.

amik kat mana?. US or UK? or OSTOLIA? or MALAYSIA?

Mimi Jazman said...

ayobkelubi ...

hehe.. :D

ostolia, in shaa Allah.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.