Penyakit Syak dan Waswas



Penyakit syak dan waswas juga dikenali dengan nama obsesif-kompulsif. Ia pertama kali dilaporkan oleh Esquirol, pakar perubatan Perancis pada tahun 1838. Obsesif-kompulsif telah wujud berabad lamanya dan bukan hanya wujud pada abad ke-21 ini.

Obsesif adalah desakan idea, pemikiran, kehendak, atau imej yang bertubi-tubi mengasak minda secara konsisten.

Kompulsif pula adalah tindakan yang dilakukan berulang kali bagi memenuhi kehendak obsesif.



Apabila seseorang itu mengalami obsesif, mereka akan terdorong melakukan sesuatu perkara berulang kali bagi memuaskan kehendak obsesif. Sekiranya mereka tidak melakukannya, mereka akan  berasa gelisah dan tidak tenang.  

William Shakespeare pernah menceritakan tentang kebiasaan Lady Macbeth yang sering membasuh tangan kerana rasa bersalah.

Howard Hughes pula menghidapi obsesi terhadap kuman yang menyebabkan beliau mudah berasa kotor lalu, mengabaikan masa remajanya.

Pesakit saya mengadu, beliau sentiasa syak wasangka terhadap keesaan Allah. Setiap kali menunaikan sembahyang, fikirannya mempertikaikan Tuhan itu satu. Beliau segera memohon ampun kepada Allah. Beliau berdosa kerana tidak sepatutnya berfikiran sedemikian. Beliau berfikir, adakah diampunkan Allah kerana menduakanNya?

Terbayang jelas pesakit ini menghadapi konflik jiwa yang berat. Akibatnya, beliau mengalami kemurungan dan dihantui rasa bersalah.



Mengikut ilmu perubatan, saya percaya apa yang dialami oleh pesakit adalah sejenis penyakit yang melibatkan mental. Ini menunjukkan ada perubahan di dalam otak manusia yang menyebabkan obsesif-kompulsif terjadi. Kajian pakar perubatan menunjukkan ada kelainan dalam struktur otak yang dikenali sebagai caudate nuclei dan prefrontal cortex. Kajian mereka mendapati kekurangan serotonin (sejenis bahan kimia neurotransmitter) menyebabkan obsesif-kompulsif.

Selepas menjalani psikoterapi, pesakit saya dinasihatkan mengambil sejenis ubat khusus yang dikenali sebagai clomipramine. Pada akhir minggu ketiga, simptomnya beransur hilang dan beliau dapat khusyuk kembali di dalam solatnya. Beliau kelihatan lebih ceria dan bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Doktor perlu menilai asas agama dan kepercayaan pesakit. Ini kerana ubat-ubatan sahaja tidak berupaya memberi jawaan kepada kebimbangan pesakit mengenai status keimanan yang tergugat. Psikoterapi secara Islam menyakinkan pesakit. Segala keluhan dan tanda-tanda hilang selepas dirawat. 



[+] Diubah suai dari buku 'Mental Sihat OK di rumah, OK di Tempat Kerja' oleh Dr. Mohamad Jamil Yaacob.

Saya sedang membaca buku ini. :D

Saja saya mencuba. Rupa-rupanya, agak complicated juga. ^^



  

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Penyakit Syak dan Waswas

siti aishah ebnil hajar said...

mimi ambik psikologi ka

Mimi Jazman said...

siti aishah ebnil hajar ...

hehe.. ye.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.