Novel Baru (Part 1 : Dah Lama Tinggal)

Assalamualaikum..




Harini, selepas dua tahun, akhirnya, saya kembali membeli sebuah novel Melayu. 

Sejak dua tahun yang lepas, saya memang tak beli novel Melayu. Novel Melayu terakhir yang saya beli dua tahun lepas adalah karangan Hlovate, 'Contengan Jalanan'.

Macam yang saya beritahu, saya hanya baca novel yang saya rasa sesuai dan membantu. 

Ada orang, kalau sebut ja novel Melayu, mesti dia ingat kita ni minah jiwang, suka buang masa berangan-angan, suka layan semua novel Melayu di pasaran dan tipikal orangnya. #heh #melampautu 

Sebab tak semua novel Melayu tu tipikal dan tak ada value walaupun kebanyakannya begitu. 



Saya pernah cakap kan tiga orang penulis Melayu yang saya gemari? 

Bahruddin Bekri, Hlovate dan Hilal Asyraf

Bagi mereka yang suka membaca tetapi menganggap novel Melayu adalah tipikal, saya cadangkan karya ketiga-tiga penulis ni. #memangtaktipikal #bagus

InshaaAllah..membantu dengan pembangunan diri juga. 

Oh ya! Ini hanyalah catatan peribadi. Jadi, penulisan saya agak tonggang terbalik sikit. #hehe #sorry



Ya.. Akhirnya, setelah dua tahun tak pegang novel Melayu, saya kembali memegangnya. 

Agak sukar bagi saya untuk memecahkan rekod kali ini. Waktu kali pertama mendengar cerita tentang novel ini di pasaran, saya teragak-agak bagi mendapatkannya sebab saya tak percayakan diri saya. 

Kemudian, saya terserempak dengan seorang akak di PWTC semasa Pameran Buku Antarabangsa diadakan. Dia memegang beberapa buah novel itu. Saya agak hairan, kenapa banyak sangat dia ambik novel yang sama. Saya di sebelah dia. Kemudian, barulah saya tahu, ada kawan-kawan yang kirim suruh belikan. 
--"

Akak tu siap promote lagi novel tu pada orang awam lain yang sibuk bertanya pada dia. Saya yang berdiri di sebelah dia ni, cepat-cepat terasa bahang dan godaan bagi mendapatkan novel tu. 

Akak, buku ni dapat dekat mana eh?

Dekat situ ha. Tapi dah habis dah.

Saya agak kecewa #tapitaklateruksangat . Saya anggap sahaja, Allah tidak mengizinkan saya membeli sesuatu yang saya belum pasti akan baca. 



Kemudian, setelah beberapa bulan selepas kejadian di PWTC, saya menjejakkan kaki ke Popular bagi melihat barang keperluan yang saya ingin beli. Adik tiba-tiba hantar mesej pada saya.

Ada mana?

Dekat bahagian alat tulis.

Adik tiba-tiba datang bawa novel tu. Saya agak terkejut. 

Saya sekali lagi berasa ragu-ragu. 

Nak beli ke tak. 

Kemudian, Mama call.

Dekat mana? Mama dekat depan Popular. Jom la balik. Baba penat. 

Queue di kaunter bayaran agak panjang. Saya beritahu pada Adik, 

Jom la.

Dan saya tak beli pun novel tu. 

Mungkin saya memikirkan kondisi kewangan saya juga. Atau, memang, saya masih ragu-ragu untuk kembali menyentuh novel Melayu. 



Selepas beberapa hari, saya merasakan, ini adalah sesuatu yang saya harus beli. Mesti beli. Beli dulu, baca atau tidak, belakang kira. 

Maka hari ini, selepas menyelesaikan urusan saya, saya pergi ke Popular dan mencari novel ini. 

Saya memang masih ragu-ragu ketika menyentuhnya. Tapi, saya tahu, saya takkan rugi. Sekurang-kurangnya saya tahu, saya takkan rugi. Baca atau tidak, kita lihat saja nanti. 

Dan sekarang, selepas beberapa jam memiliki novel ini, saya masih belum membaca halaman pertamanya. Mungkin bagi sesetengah orang, ini adalah perkara biasa. Tapi, bagi saya, ini adalah berbeza. 

Kalau dulu, dapat sahaja sesebuah novel, terus saya selak dan baca walhal saya masih dalam kereta dan belum sampai rumah lagi pun. 

#pelik



Adik saya, kaki novel yang gemar sangat menghabiskan duit untuk novel tu kali ini telah dilarang oleh saya untuk menyentuh novel saya yang baru ni. #kejam 
Tapi nak buat macam mana, Adik pun berkira dengan saya dan tak bagi saya baca dua buah novel kesayangannya. #selalunyadiatakmacamtu

Jadi, kami buat perjanjian. #heee

Adik akan bagi saya baca sebuah novel kesayangan dia dan dia dibenarkan baca novel baru saya.

#amacam #bussiness

Untuk mendapatkan sesuatu, kita mesti menawarkan sesuatu juga. Macam watak Mama dalam The Lonely + AdaMu. #promotion #sorrysorry

Nanti saya sambung part 12 ye. Dah ada jalan cerita, nak tulis je belum sempat.

Sebelum terlupa....

Orang yang beriman menjual hidupnya pada Allah supaya dia dapat membeli syurga Allah dengan jiwanya.



Saya akan cba baca novel ni dengan sepenuh hati, #inshaaAllah dan berikan respons nanti #heee

:D

Apapun, saya mengharapkan Allah menyentuh hati saya melalui pembacaan ini. 

[+] Cuba teka, novel apa? #smile

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.