Archive for June 2013

Tarbiyah: Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Assalamualaikum.




Ada pernah sekali, saya terbaca tentang seorang ibu yang tengah baffled samada nak hantar anak dia ke tadika Islam atau tadika biasa. 

Perhatian eh! Saya tak tulis post ni sebab nak kritik parents, ok. This is totally based on my own experience and my very own observations. 

:) 

Bagi saya, adalah sangat penting untuk menghantar anak-anak ke tadika yang berprinsipkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sungguh.. melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Kanak-kanak, mereka ni sangat mudah dibentuk. Hati mereka lembut, mudah terima perkara baik. Berbeza dengan remaja dan orang tua. I guess, orang yang lebih berusia ni, hati mereka lagi sukar dibentuk. 

Remaja with the rebelliance. 
Orang dewasa with the ego. 
Orang tua with the 'makan garam' thingy. 

See?
Memang hati mereka boleh disentuh tapi effect tu lambat la sikit.



Jadi, sebab tu la saya rasa, sangat sangat bagus bila parents hantar anak ke tadika yang lebih Islamik ataupun ke sekolah agama. 

"Tadika Islam lebih mahal la. Tak mampu." 

I don't know why but if this is the reason you can't sent your children to Islamic school, I guess, my parents must be an excellent parents. 

Pernah sekali, masa saya kecik dulu, Baba pernah hilang kerja sementara Mama pula suri rumah sepenuh masa. Memang masa tu terasa susah sangat. Saya dengan Adik pulak, bersekolah di sekolah rendah swasta. Yuran bulanan RM1++ setiap seorang. Mama hantar sendiri saya dan Adik ke sekolah. 

Kesempitan wang. Jangan cakap saya tak pernah rasa susah, bukan setakat susah, bankrup pun pernah tau? :P 

Tapi, tak pernah sekali pun saya dengar Baba cakap pada Mama,

"Kita hantar Kakak pergi sekolah biasa ja la."

Nope. Tak pernah. 

Bila saya tanya Baba,

"Kenapa hantar Kakak pergi sekolah agama?"

"Baba bukan pandai sangat bab agama. Cukup-cukup makan ja. Sembahyang, puasa, dengan zakat tu tau la. Tapi, Islam bukan hanya tentang sembahyang, puasa dengan zakat ja." 

Dan, dari tadika, saya memang dihantar ke sekolah agama.



Pernah sekali, saya tak mau pergi sekolah agama sebab bagi saya, "Saya bukan budak agama." #ntahape2je
Waktu tu lepas UPSR. Dapat 5A, saya tak nak continue di Islah sebab bajet nak masuk MRSM, sekali MRSM tak dapat. 

Memang bergaduh la dengan Baba, merajuk segala bagai sebab tak mau masuk sekolah agama sedangkan bagi Baba, memang dia nak saya habiskan sekolah di sekolah agama. Saya pulak baru nak masuk sekolah menengah waktu tu, surely, Baba memang risau yang saya akan lari dari landasan yang dia telah bina untuk saya. 

Memang lepas tu, saya dipaksa masuk jugak ke sekolah agama. Dan I guess, dekat situ la kot berkenalan dengan tudung bidang, stokin dan baju labuh. Terasa gwiyeoun #comeldalamBahasaKorea bila pakai tudung bidang + stokin + baju labuh. 

Sampailah ke hari ini, inilah saya. Hasil tarbiyah di beberapa bumi tarbiyah iaitu, Tadika PASTI, Al-Islah, An-Nahdzoh dan AS-SHAMS.



Bukan nak cakap saya baik tapi inilah kata-kata Mama bila orang tanya pasal saya pada dia, 

"Bukan setakat pandai baca Bahasa Arab atau pandai Tulisan Jawi tapi jiwa dia pun dah tak sama macam kita. Mungkin ada kurangnya tetapi dia sudah dididik dengan agama, memahami agama melebihi pemahaman kami terhadap agama."

Ayat memanglah skema sikit tapi maksudnya sama je. Ayat ni saya dengar dari Mama lama dulu jadi saya tak dapat ingat ayat yang betul. 

Bagi sesetengah parents, pendidikan agama terasa macam mudah je nak ajar sendiri pada anak-anak. Kalau mereka mampu, saya tak persoalkan. Tapi bagi yang pengetahuan agama pun cukup-cukup je setakat solat dan puasa, saya agak risau. 

Kerana jelas, agama bukan hanya tentang solat dan puasa. 
Ia juga adalah mengenai hati. Di mana sekiranya agama itu hidup di dalam hati seseorang, maka agama itu akan menjadi kehidupannya.



Beri pendidikan agama dari awal, ia adalah inisiatif untuk membentuk jiwa anak-anak. 

Memang hati tu Allah yang pegang tapi usaha untuk menjemput hidayah ke hati masih lagi perlu. 

Janganlah rasa,

"Ala.. Benda-benda ni semua boleh belajar masa dah besar nanti. Masa kecik-kecik ni fokus pada 3M dulu sudahlah." 

Risau nanti, bila dah besar,

"Ala.. Benda-benda ni semua buat masa tua nanti la. Masa muda ni nak kena fokus pada family, career, study bagai." 

Dah tua nanti alasan lain pula yang diberi. Sakit itulah, sakit inilah.



Yang penting, kita usaha mengekalkan tarbiyah dalam jiwa. Kerana sama juga macam membaca, ia boleh hilang bila seseorang tu kemalangan dan tiba-tiba terlupa macam mana nak membaca. 

Tarbiyah pun begitu. Ia boleh hilang kalau Allah kehendakinya.

Tapi, adakah parents akan menghalang anak-anak daripada belajar membaca? 
No. Sebab kita melihat ia sebagai keperluan. 

Jadi, kenapa perlu halang anak-anak daripada mendapat tarbiyah?
Sebab tak nampak ia sebagai keperluan?







Posted in | 2 Comments

The Lonely + AdaMu (Part 15)

Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Allah. Itulah kejayaan yang amat besar. [Al-Maidah: 119]
Ya.. Redha.. Aku perlu redha. Ini bukan salah sesiapa, ia hanya kehendak Dia yang aku tak boleh nak lawan pun.



Aku menutup mashaf Al-Quran itu. Buku 'Untuk Kita Pendosa' dicapai.

Selang beberapa minit, kedengaran pintu diketuk.

"Hani?" Puan Aisyah muncul di sebalik pintu. Aku bingkas bangun.

"Ya?"

"Mari turun ke bawah. Saya ada sesuatu untuk ditunjukkan," kata Puan Aisyah kepadaku, ianya kedengaran seperti sebuah arahan.

Aku hanya menurut.



Kami bersama-sama memasuki sebuah bilik kecil berwarna putih. Bilik itu kecil tetapi comel. Di sebelah kanannya terdapat dinding berwarna putih sementara pada dinding di sebelah kiri, tingkap-tingkap kaca berbingkai kayu kelihatan. Tingkap-tingkap itu agak tinggi, hingga boleh menampakkan bahagian luar rumah dengan jelas.

Di suatu sudut, sebuah beg gitar yang mahal kelihatan. Sementara di suatu sudut lagi terletaknya sebuah piano dari kayu pokok maple yang dicat putih. Aku perlahan-lahan mendekati piano yang gah berdiri itu. Aku menekan kekunci C major. Bunyinya berdengung di dalam bilik kecil itu.

Bunyinya masih bagus.



"Awak tahu main piano?" Puan Aisyah bertanya padaku sambil meletakkan dirinya di atas kerusi piano.

"Lagu Twinkle Twinkle Little Star dengan Happy Birthday tu tau la saya," aku mengukir sengih sambil duduk di sisi Puan Aisyah. Ya.. Aku tahu la juga serba sedikit tentang musik. Sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, hanya ada satu kelab yang pernah aku sertai. Kelab Musik.

Puan Aisyah menarikan jari-jemarinya di atas kekunci piano. Dan bilik itu mula diisi dengan melodi yang indah. Setelah seketika, aku mula mengenali melodi itu.

"Shin Seung Hun, I Believe," aku berbisik.

Bunyi sumbang tiba-tiba kedengaran. Puan Aisyah nampaknya tersalah tekan kunci.

"Awak tu lagu ni?" Puan Aisyah bertanya padaku.



"Abang selalu main gitar lagu ni," aku memberitahu.

"Awak tahu main lagu ni?" Puan Aisyah bertanya lagi. Aku mengangguk, "dengan gitar, bolehlah."

Puan Aisyah bingkas bangun dan mencapai beg gitar yang tersadai di suatu sudut di dalam bilik itu.

"Tapi saya dah tak ingat sangat," aku cuba mengelak. Aku tahu kemahiran aku tak sehebat Puan Aisyah, malu pula rasanya nak bermain di hadapan dia. Tapi, tetap sahaja, gitar disuakan kepadaku. Aku menyambutnya dengan sengih.

"Saya nak dengar awak main," kata Puan Aisyah yang kelihatan seperti sedang memberi arahan.

Aku mengambil pemetik gitar yang terletak di dalam beg. One.. Two.. Three..

Dan, bilik kecil ini kembali diisi melodi yang sama.



Sebaik sahaja aku selesai bermain, dua pasang tangan bertepuk untukku. Aku menoleh ke arah pintu. Dr. Afsheen sedang bersandar di pintu sambil menepuk tangan.

"Tak tahu pun yang awak ni pandai main muzik," Dr. Afsheen menepuk bahuku sambil mengambil tempat di sebelahku di atas kerusi piano. Aku hanya tersenyum.

Inilah bakatku satu-satunya yang aku tahu. Selain daripada tu, aku sendiri tak pasti apa yang aku boleh lakukan dengan baik.

"Saya pun tahu lagu ni. Tapi saya tak main gitar, saya main piano. Gitar tu Papa punya," Dr. Afsheen memberitahu sambil melihat ke arah gitar yang aku pegang.

"Doktor pun main muzik?" aku  bertanya.

"Mestilah. Mama cakap, muzik ni dah macam tradition dalam keluarga. Semua orang kena belajar. Mama dengan Papa saya both pandai main muzik," Dr. Afsheen tertawa kecil. Dia menoleh melihat Puan Aisyah yang masih tercegat di belakang kami.

"Kamu berdua berbuallah. Mama nak naik atas sekejap," kata Puan Aisyah lalu terus meninggalkan kami.



"Awak tahu tak yang Mama saya tu sebenarnya muallaf?" Dr. Afsheen tiba-tiba bertanya.

Aku menoleh ke arahnya. Walaupun aku tak pasti tentang hal tersebut, tapi, boleh dikatakan, aku tidak terkejut mendengarnya. Sejujurnya, Puan Aisyah tidak sedikitpun kelihatan seperti orang Melayu. Wajahnya jelas kelihatan seperti orang Cina.

"Mama dan Papa berkenalan masa mereka sama-sama belajar King's College dekat London dulu. Mama nursing, Papa medic," Dr. Afsheen menekan kekunci piano untuk C minor.

"Papa doktor dekat mana sekarang? Masih bekerja?" aku beranikan diri untuk bertanya. Sejak semalam, tidak kelihatan langsung bayang seorang lelaki di dalam rumah besar ini.

"Papa saya, macam Abang awak jugak. Dah meninggal. Dua tahun lepas," Dr. Afsheen memberitahu sambil menekan kekunci G mengikut turutan dari kiri ke kanan.

"Owh.. Maaf, saya tak tahu," aku memberitahu, tiba-tiba rasa bersalah kerana memaksa Dr. Afsheen bercerita tentang perkara itu. Keadaan sunyi, mengisi ruang.

Dr. Afsheen kemudiannya memainkan sedikit melodi daripada lagu Tears daripada Leessang. Bunyi lagu yang suram membuatkan aku bertambah rasa serba salah.

"Doktor, maaf," aku mengucapkan maaf.



"Papa saya yang Islamkan Mama, great thing kan? Saya rasa macam tu la. Mama memang pure Chinese from Xinjiang, Karamay. Mama main piano, Papa pulak memang suka sangat main gitar masa muda. Sebab tu, kami ada bilik ni, dan dua intsrumen ni," Dr. Afsheen terus bercerita sambil menunjukkan jarinya pada kedua-dua instrumen di dalam bilik itu.

Sekali lagi, hanya kesepian yang mengisi bilik kami. Gitar di tangan, aku tenung. Ada satu lagu, yang aku minat, hasil daripada tontonan di TV dengan Abang semasa kami masih kecil. Aku ada belajar juga untuk main di rumah dengan gitar lama Abang. Aku tak berapa pasti sejauh mana aku mengingati lagu tersebut. Perlahan-lahan, aku kembali memetik gitar.

Lagu tema Eden of The East kedengaran. Dr. Afsheen hanya memandang dengan kening yang terangkat. Dahinya sedikit berkerut.



"Saya tahu lagu ni tapi saya tak ingat tajuk," katanya sebik sahaja aku berhenti. Aku pun tak berapa ingat sebenarnya.

Dr. Afsheen kembali menekan kekunci piano, memainkan lagu yang sama.

"Lagu ni, ah ha!" katanya sambil memetik jari di udara.

"Lagu tema anime Jepun tu kan? Eden of The East?" dia bertanya. Aku yang terkagum, mengangguk. Dr. Afsheen memang minat muzik?

"Jepun tu.. Mana awak dengar?" dia bertanya sambil tertawa.

"Abang. Doktor?" aku memulangkan soalan.

"Saya memang minat anime, masa dekat Ireland dulu la, sekarang, kurang," dia menjawab sambil tersenyum.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------



"Hani, awak janganlah panggil saya dengan panggilan 'doktor' lagi. Hubungan kita dah lebih dari hubungan pesakit dan doktor, tau?" aku mengukir senyum. Hani di seberang meja hampir tersedak mendengar kenyataanku itu.

"Habis, saya nak panggil doktor apa?" Hani bertanya, dahinya sedikit berkerut.

"Panggil 'kakak', boleh? Saya tak pernah ada adik perempuan, awak boleh jadi adik saya," aku mencadangkan. Dan kali ini, Mama pula yang hampir tersedak.

"Panggil 'Sheen' sudahlah," Mama pula mencadangkan.



"Saya rasa lagi senang kalau panggil 'doktor'," Hani masih berkeras.

"Peliklah awak panggil saya dengan panggilan formal walaupun dekat dalam rumah," aku membantah.

Dan selepas seketika, Hani bersetuju untuk memanggil aku sepertimana Mama, Papa dan Asyraf memanggilku. Sementara untuk Mama pula, Hani dipaksa untuk bersetuju untuk memanggil Mama dengan panggilan, 'aunty'. Memanglah janggal tapi aku rasa, itulah panggilan yang paling sesuai dapat aku cadangkan.

Hani dan Mama, tiada bantahan.



"Afsheen, bila Asyraf nak balik?" Mama tiba-tiba mengeluarkan soalan

Aku terdiam, tersentak. Entah dari mana, tiba-tiba Mama mengeluarkan soalan sebegitu.

"Pagi esok bertolak," ringkas aku menjawab sambil kembali menumpukan perhatian kepada makanan di atas meja. Aku sedar mata Mama merenung tajam ke arahku sambil Hani pula memandangku dengan pelik.

"Dia masuk pejabat esok?" Mama bertanya lagi. Aku tersentap buat kali kedua.

"Masuk tapi mungkin lambat sikit," padat aku menjawab tanpa mengangkat muka.

"Kenapa dia tak ambil cuti je? Dah dua hari, Sabtu Ahad kerja, dia boleh minta cuti kan?" Mama tak berhenti bertanya.

"Entah dia," aku menjawab sambil memasukkan makanan ke dalam mulut. Tak berniat untuk berlaku biadap tapi Mama sepatutnya tahu, aku tak suka berbicara tentang Asyraf di hadapan orang lain yang tak tahu tentang kedinginan hubungan kami berdua.

Padahal, aku sebenarnya jelas dengan alasan Asyraf, "Saya bosan dekat rumah."



Sedang aku asyik memikirkan hal Asyraf, tentang hospital dan sebagainya yang berkaitan, tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Mujurlah.

"Mama, esok Hani kena pergi hospital. Keputusan ujian keluar esok. Dan, Hani perlu buat beberapa pemeriksaan lagi," aku memberitahu Mama yang telah kembali memberi fokus pada makanan di pinggan.

"Kalau macam tu, Mama hantar Hani ke hospital esok," Mama membalas. Mendengarkan jawapan Mama itu, aku terkejut.

"Mama, Sheen ingat nak call teksi je, jemput Hani esok," aku memberitahu. Mustahillah aku nak susahkan Mama menghantar Hani ke hospital.

"Tak perlu. Mama nak ikut dan Sheen tahu Mama tak suka naik teksi kan?" aku cuba membantah kemudiannya tapi Mama memberitahu, keadaan mungkin agak berbahaya bagi Hani kerana dia seorang perempuan.

Dan, biasanya, aku takkan menang dengan Mama, sepertimana aku tak dapat menang dengan Asyraf atau Papa.



"Lagipun, Mama nak jumpa menantu Mama esok," Mama sekali lagi buat aku tersentap. Suka sungguh mengeluarkan ayat-ayat yang lain dari kebiasaan.

Dan kali ini, aku menerima tikaman mata dari Hani. Pandangan itu seolah-olah bertanya, "Suami doktor pun dekat situ jugak?"

Sambil melangkah ke bilik selepas habis makan malam, aku menghantar pesanan ringkas pada Asyraf, "Mama nak jumpa esok."

Balasan diterima setengah minit kemudian, "OK."

*Untuk dengar lagu 'I Believe' versi gitar, boleh klik sini.
*Untuk dengar lagu 'I Believe' versi piano, boleh klik sini.


Posted in , | Leave a comment

The Lonely + AdaMu (Part 14)



Aku melangkah masuk ke dalam bilik Dr. Afsheen. Katanya, dia ingin tidur cepat tetapi dalam masa yang sama, mahu mendengarkan sambungan ceritaku terlebih dahulu sebelum dia terlelap. Dia mengajakku ke biliknya dan aku hanya menurut.

Kami berdua mendarat di atas katil Dr. Afsheen yang berwarna merah jambu. Pendingin hawa yang sedia terpasang, menyebabkan aku sedikit kesejukan. Dr. Afsheen menarik selimut comforter untukku. Dan seketika kemudian, kami sama-sama sudah  berbungkus dengan selimut comforter sambil duduk di atas katil Dr. Afsheen.

"Ok. Mula," aku memberitahu pada Hani.

Hani tergelak kecil, "Doktor, saya belum pernah buat macam ni dengan sesiapa pun."

"Tak apa. Saya pun sama. Ini pun first time saya," aku memberitahunya. Ya.. Walaupun aku pernah ke Ireland, dapat berkawan dengan manusia pelbagai bangsa, hatta dengan bangsa aku sekalipun, aku tak pernah buat perkara-perkara yang terkandung dalam sister code seperti ini.



"Apa yang doktor nak tahu?" Hani bertanya.

"Pasal abang awak," aku jujur menjawab. Sejak hari itu, aku tak dapat berhenti memikirkan apakah yang sebenarnya telah berlaku antara Hani dan abang angkatnya itu.

"Berat hati saya nak cerita," Hani mengeluh.

Seketika kemudian, "Abang saya....."

Aku menunggu penuh sabar.



"Dah meninggal."

Aku terkedu. Aku tak salah dengar? "Betul ke?"

Hani mengangguk. Wajahnya ditundukkan. Jarinya bermain-main di atas comforter.

"Waktu tu, saya ada kelas tambahan. Saya balik lambat. Lepas asar. Mula tu, saya ingat nak tunggu je kat sekolah sebab hujan turun renyai-renyai. Lepas tu, saya fikir, saya masih boleh bergerak, in case, kalau hujan lagi lebat, saya tak boleh balik terus," dia menghela nafasnya.

"Apa yang saya agak memang betul. Sampai di pertengahan jalan, hujan dah mula lebat. Padahal waktu tu dah pukul lima lebih. Kebetulan, ada pondok perhentian bas berdekatan dengan saya jadi, saya terus sahaja berhenti di situ. Hujan lebat berlarutan sampai satu jam. Hari pun dah gelap sangat dah," sekali lagi dia berhenti.

"Lepas tu, Abang cakap pada Mak Cik, dia nak cari saya. Mungkin waktu tu dah gelap, hujan lebat pulak tu jadi Abang rasa risau," air mata Hani sudah kelihatan bergenang di hujung mata.



"Tapi, hari tu tragis sungguh. Saya bersendirian, kawan-kawan lain semuanya naik kereta dan motosikal, jadi kebanyakan mereka memang tak dapat nak tunggu saya walaupun rumah kami berdekatan. Biasanya, saya memang bawa basikal sendirian untuk balik ke rumah."

"Tiba-tiba, entah dari mana, ada seorang lelaki menghampiri saya. Berbaju sekolah. Saya rasa dia budak sekolah saya berdasarkan lencana yang dipakai tapi saya tak dapat ingat wajahnya. Keadaan sangat gelap waktu tu."

"Dalam hati, jenuh saya berselawat dan beristighfar dan berdoa diberikan perlindungan oleh Allah. Tapi, mungkin Allah mahu uji saya, lelaki tadi tiba-tiba bergerak menghampiri saya. Saya mengabaikan sahaja dia. Dia mula menarik minat saya untuk berbual, tapi saya tak layan. Sungguh.. Saya tak tahu sebenarnya apa yang perlu saya buat. Saya berbelah bagi untuk  menjawab semasa dia sibuk bertanya."



"Kemudian, tangan dia sentuh pergelangan tangan saya. Keadaan itu sangat menakutkan. Saya cuba menarik kembali tangan saya daripada dia tapi saya baru berumur 15 tahun ketika itu. Dia menyerang saya tanpa saya dapat melakukan apa-apa. Hanya Allah yang tahu, apa yang saya rasa waktu tu. Puas saya menjerit tapi hujan menenggelamkan suara saya."

"Lelaki tu terus menanggalkan tudung saya. Allah..," Hani mengenggam bahu kirinya. Air mata yang tak dapat lagi diseka terus jatuh melimpah.

Aku sendiri keliru samada aku patut atau tidak membiarkan Hani terus bercerita. Aku ingin tahu kesudahannya. Tapi, dalam masa yang sama, aku tak mahu Hani rungsing mengenangkan hal tersebut.

"Hani, awak tak perlu sambung kalau awak tak mahu," aku cuba memujuk sambil menggenggam tangan kanan Hani. Hani segera menggeleng.



"Mujur, Allah selamatkan saya dengan kehadiran Abang waktu tu. Abang terus menerpa ke arah kami dan menumbuk lelaki itu. Dan pergelutan berlaku. Saya yang masih dalam keadaan terkejut, terus terduduk, terperosok di satu sudut di pondok perhentian bas tersebut. Saya tak dapat nak tolong Abang walaupun dalam hati saya, saya nak sangat bantu Abang," aku tekun mendengar walaupun dalam hati, aku agak pelik mengapa Hani tak berhenti daripada menceritakannya walaupun perkara sedemikian sangat merobek hatinya untuk diceritakan semula.

"Saya dengar bunyi lelaki itu dan Abang bergelut. Saya lihat bagaimana Abang menumbuk lelaki itu tapi, walaupun lelaki tersebut lebih muda dari Abang, dia ternyata lebih besar daripada Abang. Dan kemudian, apa yang saya nampak adalah Abang yang terjatuh di tepi pondok tersebut sementara lelaki tadi berlari dalam hujan ke arah yang bertentangan," nafasnya kedengaran tersangkut.



"Walaupun saya dalam keadaan terkejut, saya terus pergi ke arah Abang. Abang dah sangat kritikal. Darah keluar dari mulut dan hidungnya. Malahan di kepala juga ada darah yang mengalir. Saya mencapai tangan Abang dan kemudian barulah saya sedar, tepat di bahagian perut Abang, darah mengalir lebih banyak dari tempat-tempat lain. Terus saja saya menjerit," Hani menelan liur.

"Kebetulan, ada kereta lalu. Perkara terakhir yang saya ingat adalah, tangan saya melepaskan genggaman Abang," nafasnya ditahan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tiada lagi perkara yang dapat menahanku. Kejadian itu sangat tragis. Sangat menyakitkan. Sangat mengecewakan. Kalau kesedihan digambarkan dengan robeknya hati, kesedihan aku digambarkan seolah-olah, hilangnya hatiku dari tubuh. Tusukan yang aku rasa ke dalam hati seolah-olah menusuk ke dasar paling dalam pada jantungku.

Lelah..

Air mata yang mengalir, membasahi setiap inci pipi, aku biarkan. Tak kuasa lagi aku ingin menahannya. Sudah 13 tahun berlalu, tetap sahaja, perkara itu masih aku ingat sehingga ke hari ini. Malahan, setiap inci susuk tubuh Abang tak pernah aku lupa. Getaran nada suara Abang tak pernah lut dari ingatan. Hinggakan setiap pesanannya pula hidup dalam jiwaku.

Seketika, selepas 13 tahun, aku melepaskan segalanya.



"Memang salah saya Abang mati," aku bersuara, mengeluarkan perih dari dalam dada.

Sepanjang 13 tahun itu aku hidup dengan Mak Cik, hidup dengan segala rasa benci Mak Cik pada aku. Tak pernah sekali sejak kejadian itu, Mak Cik layan aku dengan baik.

Jari-jemariku mula mengenggam comforter yang mengelilingi tubuhku. Sakit, pedih, semuanya bercampur baur. Tangisan mula membanjiri pipi. Ya.. Memang salah aku.

"Kenapa salah awak?" Dr. Afsheen bertanya sambil jari-jemarinya menarik jari-jemariku dari terus mengenggam tilam dengan erat.

"Apa salah awak?" Dr. Afsheen mengulang tanya.



Ya.. Selama 13 tahun juga aku mencari jawapan bagi soalan itu. Aku sendiri tak pasti mengapa itu menjadi salahku sedangkan aku tak pernah berharap perkara tersebut akan terjadi.

"Salah awak ke bila abang awak tu cari awak? Salah awak ke bila ada lelaki berniat jahat pada awak? Salah awak ke bila abang awak terkorban semasa cuba menyelamatkan awak?" Dr. Afsheen menarik tanganku ke dalam genggamannya.

"Awak baru berumur 15 tahun waktu tu. Awak tak boleh pun nak tolong abang awak waktu tu. Kalau ada orang yang patut dipersalahkan, orangnya adalah lelaki jahat tu, bukan awak," dan kini tangan Dr Afsheen meraih bahuku. Selepas seketika, kepalaku sudah terletak di atas bahu Dr. Afsheen sementara tubuhku pula bersandar, pada tubuh Dr. Afsheen. Aku dapat merasakan ada belaian lembut di belakang kepalaku.

"Ini takdir namanya," Dr. Afsheen berbisik ke telingaku. Perlahan-lahan, Dr. Afsheen mengeratkan pelukannya. Dan aku terus, melepaskan lelahku di situ.



Tiba-tiba, ketukan di pintu kedengaran.

"Sheen, ni ubat Hani. Takut dia sakit malam nanti," entah dari mana, bagaimana, Puan Aisyah muncul di sebalik pintu.


Posted in , | Leave a comment

Pesan Atok



Tengok Pesan Atok : Wanita Pakai Minyak Wangi

Ustaz sedang bercerita tentang hukum wanita pakai minyak wangi. Secara tak langsung, Ustaz menyebut tentang institusi rumahtangga pada anak-anak kecil di dalam studio.

Ada yang mempertikaikan :



Ceritalah benda lain dekat budak-budak ni. Bukan masanya lagi untuk cerita bab pakai minyak wangi depan suami. Ada ke tana budak-budak tu nak kahwin ke tak?



Well.. Semua orang pun berbeza. Jadi, OK.. Up to you..

Tapi, apa salahnya?

Lagi baik kan kalau ajar semua tu pada usia kecil  ni?

At least, benda-benda kecil ni dah settle masa kecil. Bila dah besar, perbincangan perkara-perkara yang lebih besar boleh dibuat.

Kadang-kadang, saya terjumpa, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik yang masih membincangkan hukum hal-hal begini padahal anak dah ramai. Kalau parents masih keliru, anak-anak macam mana pulak?

Bukannya tak boleh, malahan, ianya perkara baik. Baguslah andai terdetik di hati untuk belajar agama cuma, untuk generasi hadapan, prestasi generasi kini, harus ditambahbaik.

Kalau umur 40 masih tergagap-gagap bab hukum Fiqh, untuk generasi depan, kita pastikan, umur 14 sahaja, mereka dah hebat dalam hukum Fiqh.

Bukannya saya maksudkan, kita jadikan mereka ini Imam Syafiee atau Imam Ahmad. #kalaunakpunboleh

At least, yang basic, mereka dah faham dan kuasai kesemuanya.

Ehee..

So, yeah..

It is the time to make few changes, right?

Posted in , | Leave a comment

The Lonely + AdaMu (Part 13)



Aku memandang rumah di hadapanku ini, tidak berkelip. Dalam hati, hanya Allah yang tahu akan betapa kagumnya aku dengan rumah ini. Mungkin, ia tidaklah sehebat mana bagi mereka yang dah biasa tengok rumah sebesar ni, tapi, bagi aku, memanglah aku kagum!

Rumah moden tetapi tampil dengan sentuhan klasik ini kelihatan begitu unik sekali. Terletak di atas sebuah bukit yang menempatkan rumah-rumah lain, yang lebih kurang sama saiznya. Warna kelabu dan putih yang bergabung sebagai warna luaran rumah besar ini menyerlahkan sentuhan modennya. Sementara dua bumbung berlekuk dan berandanya, jelas menunjukkan rumah itu adalah rumah lama yang baru sahaja diubahsuai.

Aku tertanya-tanya, rumah kecil Mak Cik, boleh memuatkan tiga bilik kecil. Kalau rumah sebesar ini, berapa banyak bilik yang ada?



"Apa tunggu dekat luar ni, mari masuk," Puan Aisyah sudah menapak menghala ke pintu besar.

Aku segera mengangkat tapak tanganku kepada Puan Aisyah, mengisyaratkan supaya dia menunggu sebentar, "Sekejap ya."

Aku terus ke belakang kereta dan mengeluarkan beg galas dan beg kitar semulaku. Begitu juga dengan bungkusan ubatku. Tiba-tiba, entah dari mana, ada sepasang tangan yang kasar menyentuh bahuku dan menolak tanganku dari kesemua barang-barangku.

"Biar saya saja yang lakuin ini semua, mbak," suara berloghat Indonesia itu menyapa telingaku. Di sebelahku, berdirinya seorang perempuan Indonesia yang masih muda. Dari wajah dan saiznya, aku merasakan dia mungkin hanya beberapa tahun muda daripadaku.

"Er.. Saya boleh angkat sendiri," aku cuba mendapatkan kembali begku dari tangannya. Tetapi lekas dia mengisyaratkan supaya aku berhenti mencuba daripada menghalangnya.

"Masuk aja ke dalam mbak. Biar saya aja angkat ni semua. Saya bisa kok," dia lantas membawa beg galasku ke bahunya dan menjinjing beg kitar semula yang aku bawa. Dia menutup bonet kereta dan memimpin aku masuk ke dalam rumah. Aku hanya mengikut dari belakang.



Pertama kali aku mendapat layanan sebegini, sungguh pelik rasanya.

"Hani tak boleh kerja keras sangat. Awak tu sakit, ingat ye?" kata Puan Aisyah yang sudahpun meletakkan begnya di sofa. Melihatkan aku sudah masuk, Puan Aisyah kembali membimbit beg tangannya.



"Jom! Kita naik tengok bilik Hani dulu. Ada banyak bilik dalam rumah ni. Hani pilihlah mana satu yang Hani selesa," Puan Aisyah berdiri di sisiku dan kami kemudiannya, bersama-sama berjalan menaiki anak tangga yang berasaskan laminate flooring itu.

Tiba sahaja di tingkat kedua itu, kelihatan sebuah ruang keluarga yang luas. Keluasannya bertambah apabila ruangan itu berasakan cat berwarna putih susu. Sofa disusun bersambung antara satu sama lain, menyediakan lebih banyak ruang di ruangan itu. Sebuah TV Plasma terlekat di dinding, mengadap ke arah sofa-sofa yang disusun bersambung tadi.

Dari ruangan itu, kelihatan 3 pintu dicat dengan warna putih susu, sementara satu lagi pintu dicat dengan warna merah jambu yang manis. Tidak terlalu kontra dengan warna ruangan keluarga itu.



Puan Aisyah menghala ke arah salah satu bilik dan membuka pintunya. Aku teragak-agak untuk masuk sehinggalah akhirnya Puan Aisyah menjemput aku masuk.

Dan, sekali lagi, aku terpana melihat bilik itu.

Keseluruhan ruang itu kelihatan sangat elegan. Coklat, kelabu dan putih menghasilkan warna yang sangat eksklusif. Aku menapak ke dalam bilik itu. Permaidani berbulu lebat seperti seekor kucing terasa di bawah kakiku. Aku mula teragak-agak untuk duduk di mana di dalam bilik itu. Terdapat beberapa buah kerusi di dalam bilik itu.

"Duduk saja di mana-mana yang awak suka," kata Puan Aisyah sambil menanggalkan tudungnya. Aku mengambil tempat yang membolehkan aku melihat keseluruhan bilik Puan Aisyah itu.

Setelah selesai menukar pakaiannya kepada sesuatu yang lebih santai, dia mengajakku melihat bilik-bilik lain pula.



Kami kemudiannya memasuki bilik yang memiliki pintu berwarna merah jambu yang aku lihat sebentar tadi. Pintu dikuak dan akhirnya, sebuah bilik yang berwarna merah jambu kelihatan. Dindingnya bertampal wallpaper berwarna merah jambu berselang ungu. Dinding yang lain pula berwarna putih. Cadar dan bantal berwarna merah jambu sementara perabot-perabot lain di dalam bilik itu kebanyakannya berwarna gelap.

Aku sukakan bilik ini. Warnanya cantik dan comel sekaligus. Nampak manis sekali. Aku mula merasakan ini bilik Dr. Afsheen memandangkan warna kegemarannya adalah warna merah jambu. Di atas katil, melekat di dinding, kelihatan sebuah bingkai gambar yang besar.

Bingkai gambar itu memperlihatkan sekeping gambar perkahwinan. Aku bergerak lebih dekat ke katil bagi melihat gambar perkahwinan siapakah yang menghiasi bilik itu. Dan aku terpaku.



"Puan, Doktor Afsheen dah kahwin?" aku bertanya sambil menunjuk ke arah gambar yang tergantung di dinding.

Puan Aisyah mendekatiku dan melihat ke arah gambar yang aku tunjukkan. Dia segere mengangguk.

"Awak tak tahu ke?" Puan Aisyah kembali bertanya padaku. Aku ssegera menggeleng. Belum pernah aku berbual tentang itu dengan Dr. Afsheen. Dia juga sesekali tidak pernah menyebut tentang suaminya atau anaknya atau status dirinya sekali pun. Selama ini, aku ingatkan, dia masih solo, belum berkahwin.

"Afsheen memang macam tu. Suka berahsia," Puan Aisyah berkata sambil mendarat duduk di atas katil empuk Dr. Afsheen.

"Banyak pink kan?" Puan Aisyah bertanya kepadaku. Aku membalas dengan sekadar mengangguk, masih pelik mengapa Dr. Afsheen tak pernah sesekali menyebut tentang statusnya kepadaku. Dalam banyak-banyak perkara yang kami bualkan, tidak sesekali dia menyebut tentang hal ini.

"Mari kita ke bilik sebelah. Bilik tu kecik sikit. Mungkin awak suka. Kalau tak suka, awak boleh pilih bilik lain," kata Puan Aisyah kepadaku sambil mengemaskan kembali cadar Dr. Afsheen.

"Puan, saya tak kisah dapat tinggal di bilik mana pun. Sungguh.. Saya tak kisah," bimbang pula aku memikirkan yang Puan Aisyah mungkin menempatkan aku di bilik anak-anaknya yang lain atau mungkin, bilik cucunya.

"Kenapa nak risau? Rumah ni banyak bilik yang tak digunakan pun," kata Puan Aisyah sambil membuka sebuah lagi pintu di sebelah bilik Dr. Afsheen.



Bilik ini ternyata lebih kecil berbanding bilik Dr. Afsheen tadi tetapi ia masih kelihatan luas kerana perabotnya yang lebih sedikit. Bilik kali ini tidak mempunyai warna tema seperti kedua-dua bilik sebelumnya. Bilik ini secara keseluruhannya berwarna putih. Hanya cadar dan pintu almari yang berwarna lain. Katil single kelihatan di suatu sudut bertentangan dengan sebuah meja kecil yang menempatkan sebuah pasu bunga hidup.

"Suka?" tanya Puan Aisyah.

Aku segera mengangguk. Tak mahu dia menyusahkan dirinya menunjukkan aku setiap bilik yang ada di rumah besar ini.

Sebaik sahaja aku selesai menunaikan hak kepada Penciptaku, aku menelan sebiji pil yang telah disediakan oleh Puan Aisyah untukku. Ianya adalah ubat bagi meningkatkan selera makanku walaupun sejujurnya, aku tidak merasakan ianya banyak membantu. Tetap sahaja, berat badanku menurun dan selera makanku tidak kunjung tiba.

Pintu bilik kedengaran diketuk dari luar. Aku menoleh dan seketika kemudian, aku menyuruh orang tersebut masuk. Perbuatan mengetuk pintu bilik seperti ini agak janggal bagiku kerana biasanya, hanya Abang yang rajin untuk ketuk pintu bilikku sebelum masuk. Dan setelah Abang pergi, sudah tiada orang lagi yang masuk ke bilikku selain diriku sendiri.



"Hai," wajah Dr. Afsheen muncul di sebalik pintu. Aku hanya tersengih memandangnya sambil melipat telekung.

Dr. Afsheen terus menapak ke dalam bilik itu dan mendarat duduk di atas katil. Dia memandang ke seluruh bilik itu sebelum kembali menegurku, "Awak suka bilik ni?"

Aku mengangguk, "Suka sangat. Lapang dan besar."

"Tak adalah besar sangat pun. Awak boleh duduk di bilik yang lebih besar, awak tau?" Dr. Afsheen memberitahu. Aku hanya menggeleng.

"Doktor tak pernah bagitau saya pun yang doktor dah kahwin?" aku kembali mengingatkan diriku tentang fakta mengejutkan itu.

Dr. Afsheen hanya memandangku dengan riak sedikit terkejut. "Awak yang tak pernah tanya. Takkan tiba-tiba saya nak cerita yang saya dah kahwin."

Kemudian, terus dia tertawa kecil. Aku pula membalas dengan pandangan tak puas hati.

"Dah. Tak payah nak pandang saya macam tu. Saya baru balik ni. Penat dan tak nak bersoal jawab tentang benda pelik-pelik, ok? Saya nak mandi sekejap, lepas tu, kita boleh turun makan," Dr. Afsheen segera meninggalkan bilik itu.

Sebaik sahaja Dr. Afsheen meninggalkan bilik itu, aku terus mencapai buku 'Untuk Kita Pendosa' yang ditulis oleh Hilal Asyraf.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku merenung buku yang dipegang Hani. 'Untuk Kita Pendosa'? Apa tu?

Walau bagaimanapun, aku elakkan dari bertanyakan hal itu kepada Hani sendiri. Aku tidak pasti mengapa aku berbuat demikian walaupun sebenarnya, aku ingin sekali tahu tentang buku itu.

Malam itu, kami makan malam bersama, bertiga, aku, Mama dan Hani. Agak ceria suasana di meja makan ketika itu. Maklumlah, sebelum ini, hanya ada aku dan Asyraf yang masing-masing dingin antara satu sama lain. Mama pula, walau sebanyak mana  mencuba untuk menjernihkan hubungan kami, usaha Mama tidak langsung membuahkan hasil.



"Hani, awak dah makan ubat yang saya sediakan tadi?" tanya Mama pada Hani.

"Dah, puan," Hani menjawab sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut. Sungguh.. Aku rasa pelik melihat Hani makan. Memanglah sedikit yang diambilnya tapi masih saja dia menelan makanan itu sedangkan pesakit-pesakitku sebelum ini, semuanya menderita kekurangan tenaga akibat hilang selera makan.

Aku menjeling ke arah Hani semasa dia menelan makanannya dan aku tahu, ia tidak mudah untuknya. Setiap kali dia menelan sesuatu, aku dapat menangkap tangannya mengenggam kuat di bawah meja. Jelas sekali, ia sukar.

Sebaik sahaja kami menyelesaikan makan malam, Mama meminta Hani masuk ke dalam bilik bagi mengambil ubatnya. Aku dan Hani berjalan beriringan di belakang Mama.



"Nah. Makan ni, perlahan-lahan ye," kata Mama sambil menghulurkan piring yang meletakkan beberapa biji ubat Hani. Hani mengambil piring itu dan meletakkan semua pil yang perlu dimakannya di atas lidahnya sebelum menelan kesemua pil itu sekaligus.

Muka Hani berkerut ketika pil-pil itu menelannya. Air suam dihirup dari dalam gelas kaca. Sekali lagi, Hani berkerut. Mama hanya tersenyum melihat kerutan di wajah Hani.

Mama terus kembali ke biliknya. Kata Mama, dia penat.

Maka, tinggallah kami berdua. Aku memandang ke arah Hani. Masih ada yang belum selesai antara kami.

"Hani?"

"Ya..."

"Sambunglah cerita awak," aku menyuruh Hani menyambung ceritanya yang dulunya diceritakan padaku sebelum dia melarikan diri dari hospital.

Hani membalas dengan senyuman. Matanya menjeling ke arah jam.

"Kita solat dulu lah. Lepas tu, doktor boleh terus tidur," Hani sudah bangun menuju ke bilik air.



[+] Ok.. Maaf eh.. Gambar rumah yang dekat Part 12 tu tak valid tau. It just a picture sebelum saya betul-betul jumpa gambar rumah kelabu ni. Hehe.. Sorry.. Sorry..

Dan satu lagi, ada sedikit edit ye di Part 12.

:)

May Allah bless all of you.. :)

Posted in , | Leave a comment

Being PERFECT PREFECT is...

totally a problem when you doesn't how to handle it. Obviously, Al-Quran and As-Sunnah is the main reference for us in handling things like this. Trust me!

Being humble is one of the valuable lesson in Al-Quran and As-Sunnah. So, that is how to handle your condition of being one of them, the PERFECT PREFECTs.



Semalam, Adik lewat pergi sekolah. Jadi, Baba terus drive masuk perkarangan sekolah, yang mana sebenarnya adalah tidak dibenarkan. Biasanya, parents boleh hantar takat pintu pagar je. Tapi, Baba, since Adik dah lambat and thingy, dia terus ja drive masuk perkarangan sekolah. Yang bestnya, guard yang selama ni dok menghalang, tak menghalang pulak kali ni.

Huh.. #nervous

Baba actually was driving his new Mercedes. I guess, that is the real concrete reason why the guards choose not to stop him. Because he was driving a Mercedes while everybody else, not.

#huh Mercedes ja pun. If it is a Ferrari, lain cerita jugak la.



Dan Adik pun turut la dari kereta tu sebaik sahaja masuk ke perkarangan sekolah. Baba terus buat U-Turn untuk keluar dari situ.

Then, ada sorang budak ni, budak Tingkatan 5, dia cakap macam ni,

Hek ala, nak tunjuk Mercedes E dua ribu dia la tu. Dia ingat aku takut kot. Aku tak goy (singakatan untuk goyang) la dengan semua tu.

Dia cakap directly, intentionally nak bagi Adik dengar. Mujur Adik tu sorang perempuan, kalau Adik saya tu laki, habis dah dikerjakan budak Tingkatan 5 tu. Adik saya menyirap darah la waktu dengar tu.

Dalam hati,

Kalau dah buta tu buta la jugak.


Ok. Attention here!

Memang budak tu cakap E dua ribu. While actually, Baba was driving an E200 Mercedes.

#ehek #takpadan

Mulalah Adik saya nak membebel sepanjang-panjang masa kat dalam kereta masa on the way balik ke rumah.

Kesian betul, dua ribu dengan dua ratus pun tak tau.

Kakak, Adik tak mau jadi jahat. Tapi ni melampau.

Memang patut dikutuk-kutuk ja budak tu. Dia ingat dia sapa.

And so on..



Saya mula berfikir-fikir, and I can conclude it as a normal thing that happened in school.

Saya pun pernah berada dekat tempat budak yang sengaja menyakitkan hati Adik tu.

Adik adalah Penolong Ketua Pengawas Menengah Rendah. The third in her batch academic ranking. Absolutely fair and gorgeous. Looks almost like she is coming from Saudi Arabia. Being loved by all the teachers.

Frankly speaking, she is a dream student with a dream life.

Padahal, diorang semua bukan tau pun la derita payah dia nak jadi apa yang dia jadi harini. Masa silam, ingat senang nak buang? Ego dan amarah yang dididik dengan penuh sabar tu ingat tak pernah meledak? Crying and shouting to make herself relief. Trying not to be a gangster is kinda a temptation to her.

Malas belajar yang memang dah jadi rutin seharian tu, ingat senang ke nak ditewaskan? Belajar sampai dua tiga pagi, to score in exams, memang dah jadi rutin dah sekarang ni.

I can say it that she is struggling for her life now and beyond.



So, yeah. It is normal.

Saya pernah berada di tempat budak yang menyakitkan hati Adik tu.

Kalau ada budak tu, dia pengawas, cantik, pandai, kaya, cikgu sayang, trust me, she is my truly beloved enemy.

Why?

I think it was me, being silly back in my old times. #ehee

Or else, I was actually hate those who are absolutely PERFECT PREFECT.



PERFECT PREFECT ni usually, selalu menunjuk sikit la. Yala. Diorang kan pandai, gorgeous, hot stuff gitu kat sekolah, so diorang mana la nak kawan dengan budak biasa-biasa macam saya ni. Saya pun kawanlah dengan geng saya, diorang pun kawanlah dengan geng diorang.

Hehe.. But surely, I hate them.

Diorang selalu buat benda yang salah, macam bawak phone, pakai contect lens, simpan kuku panjang dan sebagainya, tapi cikgu aim kitorang ni je. #masalah

Macamlah kami ja yang buat masalah. PERFECT PREFECT tu tak ada pula cikgu nak aim. #heh #nampaktak

Memanglah saya tak puas hati kalau bagi chance dekat PERFECT PREFECT tu. Tu memang zaman saya rebel habis.



Dan sebab tu la saya faham apa yang budak tu cakap pada Adik. Saya faham perasaan tak puas hati tu.

Mentang-mentang bapak kau kaya, kau pengawas pulak, kau bolehlah buat sesuka hati? Kitorang budak biasa ni, asal buat salah je, terus pak guard cari.

Kalau saya, saya pun marah.

But, surely, Baba ada sebab kenapa dia buat macam tu. Dah jam kat luar sekolah tu, nak masuk ikut pintu belakang yang kecik tu, memanglah akan buat Adik lambat. Jadi, terus je la dia masuk ke dalam perkarangan sekolah. Seriously, dia pun tak rasa tu benda besar sebab Baba kan dah besar? #heh



Saya pun, bila dah besar panjang macam ni, saya dapat lihat kehidupan dari arah yang berbeza, so, saya pun rasa itu bukanlah hal yang besar pun. Lantaklah PERFECT PREFECT tu nak buat apa, kau jangan kacau hidup aku sudah. Haa.. Macam tu la senang cerita.

But, sama jugak dengan budak tadi, temptation untuk tak marah sebenarnya sangatlah sukar untuk dilawan. Apatah lagi kalau dia jenis yang cikgu-akan-cari-kalau-buat-masalah.

Sebab tu, di awal post tadi, saya tulis,

Be humble.

Try not to show off apa yang kita ada. Jangan cuba salah guna kuasa. Act macam orang biasa. Kalau lambat tu lambat je la. Terimalah apa jenis denda sekalipun. Apa masalahnya? Lain kali, tak mau jam, datang awal, macam  budak-budak lain.



I used to be a prefect and yes, I managed to not showing off padahal dalam hati, jenuh melawan weyh! Orang ada kuasa, memanglah kadang-kadang terdengar juga dugaan-dugaan untuk belagak tu. But, to think back again,

Apalah yang nak dibanggakan sangat dengan pangkat dan kekayaan dan kepandaian, when all of them are Allah's.

Kan?

Jangan sebab kita naik Mercedes or even Ferrari sekalipun, nak belagak sangat, why?

Kita punya jantung pun bukan milik kita secara mutlak, tau?

Saya bagitau Adik pendapat saya, dan dia pun, "Hm..."

Segalanya yang ada di muka bumi, di langit, malahan seisi keduanya, adalah milik Dia.

No need for us to show off, buang karan je.

:D




Posted in , , | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.