Tony Stark yang Tidak Boleh Tidur

Assalamualaikum..




Post ini adalah berkenaan dengan statement Mr. Tony Stark (Robert Downey Jr.) 

I'm Tony Stark. I build neat stuff, got a great girl, ocassionally save the world. So why can't I sleep?
I can't sleep. And when I do I have nightmares!  
Di hujung cerita, Tony Stark telah memutuskan untuk meletupkan kesemua Iron Man dan berkata, 


It is good to be sleeping after a long time. 


Saya pernah mengenali seseorang yang mempunyai masalah untuk tidur.

Menurutnya, dia menghadapi kesusahan untuk tidur selama sebulan. Selepas SPM rasanya. Bermula dengan sebuah tragedi, kemudian, tidurnya semakin lama semakin sukar.

Setiap malam, orang yang kenal saya itu akan tidur lewat malam, kira-kira pukul 2 hingga 3 pagi. Dan sekiranya dia tidur, dia takkan lena dalam tidurnya kerana biasanya, dia akan mengalami mimpi-mimpi yang pelik.

It was hard for her.



Setiap kali dia bercerita tentang hal tu, dia biasanya akan menangis pada saya.

Dia benar-benar merasakan tak selesa dan sangat kesedihan setiap kali dia perlu berbaring di tempat tidurnya bersendirian. Biasanya, sebelum dia dapat berbaring dengan baik, dia akan menangis. Teruk sungguh keadaannya yang saya tahu.

Katanya, dia dapat merasakan seolah-olah dirinya ditinggalkan dan dibiarkan.

Kadang-kadang, apabila baring, dia sendiri tidak dapat mengumpul kekuatan untuk tidak merasa resah.

Jadi, setiap kali kawan saya tadi menaiki kereta dan tubuhnya mula terasa letih, dia tidak akan cuba untuk melawan rasa letihnya yang akhirnya, akan menyebabkan dia tertidur di dalam kereta. Kerana baginya, tertidur di dalam kereta kerana kepenatan adalah nikmat yang Allah berikan padanya supaya dapat berehat walaupun hanya untuk 10 minit.

Sungguh Allah telah mengujinya.
Dan akhirnya, selepas mendapatkan nasihat daripada orang-orang tertentu, dia mengambil tindakan untuk membolehkan dia tidur dengan baik.

Mungkin kerana stress dan kerisauan yang melampau menyebabkan dia jadi begitu jadi, dia telah dinasihatkan untuk bertenang dan berzikir sebanyak mungkin untuk menenangkan dirinya sebelum tidur.

Dia juga mula memakai losyen yang wangi supaya dia merasa tenang dan lapang.

Dan akhirnya, kawan saya tadi, akan bertindak menghubungi kawan-kawannya untuk berbual semasa dia sedang berbaring sehinggalah akhirnya dia tertidur sambil berbual.

Alhamdulillah, setelah beberapa lama, dia kembali normal dan waktu tidurnya juga sudah kembali stabil. Alhamdulillah..



Setelah mendengar penjelasan Adik mengenai tindakan Tony Stark dan kesukarannya untuk tidur, saya mula memahami mereka yang mengalami masalah sukar untuk tidur ni. Hehe..

Yala..

Kawan saya dulu, seorang yang tidak bermasalah untuk tidur dan apabila dia bermasalah sangat-sangat untuk tidur malam, dia kelihatan sangat resah dan kerisauan. Well.. I can said that, dia sanggup buat apa sahaja untuk tidur dengan baik.

Nampaknya watak Tony Stark juga mempunyai masalah yang sama dengan kawan saya tadi sehingga dia sanggup untuk memusnahkan semua usahanya kerana rasa keresahan dan kesempitan yang ditanggungnya.



Sungguh.. Waktu malam itu diciptakan untuk manusia agar manusia boleh berehat dengan tidur. Kita mungkin meremehkan nikmat tidur yang Allah kurniakan pada kita. Sedangkan pada hakikatnya, nikmat tidur itu sangatlah besar. Tidak tidur boleh menyebabkan lebih banyak masalah lain.

Jangan lupa menyatakan rasa syukur pada Dia yang mengizinkan kita untuk tidur, ok? :)
Bersyukurlah kerana kita tidak mengalami masalah yang serius macam tu. Alhamdulillah.. :) 

Sleep well, eh?

:)


Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.