Tolonglah, Guna Perkataan yang Elok Sikit

Assalamualaikum...

Janganlah memperbanyakkan perdebatan dalam pelbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan. -Imam Hassan Al-Banna- 


Baru-baru ini, Malaysia baru sahaja melepasi saat-saat genting di mana berlakunya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang dikatakan sangat penting untuk menentukan masa hadapan negara.

Setuju! :) Betullah PRU 13 ni bakal menentukan masa hadapan negara dalam tempoh masa 5 tahun lagi.

Berikutan dengan acara terbesar yang berlaku hanya dalam masa 4 hingga 5 tahun sekali itu, saya, sebagai budak kecik bawah umur yang belum layak mengundi, menyatakan, betapa hebat dan sengitnya PRU 13 kali ni. :D

Salah satu faktornya mungkinlah sebab para remaja dan golongan yang muda-muda ni dah pandai menilai dan berani bersuara. 



Tak salah tu. Itu bermakna, anak muda Malaysia dah semakin maju pemikiran mereka. Bila mana negara sedang sibuk dengan penentuan pemimpin dan hala tuju negara, mereka juga bersama-sama membincangkan ha tersebut. Mereka tak lagi duduk dalam bilik, baca novel cinta dan buat tak tahu ja Malaysia ni nak jadi apa. #maafkalauadayangterasa

Baru-baru ini juga, saya ada berbincang dengan dua orang kawan saya yang berbeza fahaman politik mereka daripada kawan-kawan yang lain. Saya tak merasakan itu adalah satu masalah. Ukhuwah tetap perlu dijaga walaupun fahaman politik berbeza.

Setelah berbincang dengan baik #sebabkamitaksukabergaduh, saya meneliti semula corak pemikiran kawan-kawan yang lain.



Hm..

Memang ada yang berfikiran matang dan bijak..

Tapi, masalahnya....ada juga yang bermasalah.

Ada yang gemar post benda bukan-bukan seperti gambar yang berbentuk sindiran, video yang menghina pihak-pihak tertentu yang akhirnya menyebabkan orang lain naik bengang.

Dah tu, ada juga yang selalu update status mengutuk parti politik yang lain.

Sukalah saya peringatkan kepada anda semua, INI NEGARA DEMOKRASI.. dan anda BEBAS MEMILIH..

:)



Bila dikatakan macam tu jadi semua orang kenalah faham, isu politik ni, isu sensitif. Kalau setakat nak mengutuk dan menghina pihak lawan, sejujurnya, bagi saya, tak ada guna dan terlalu jelas ketidakmatangan kita dalam berfikir.

Lebih baik share kata-kata semangat atau fakta-fakta yang berfaedah tentang parti politik yang kita sokong, at least, mungkin boleh membantu orang lain memahami hala tuju parti politik kita.

:)

Apabila ramai sangat yang suka share benda-benda yang tak berfaedah yang berbentuk penghinaan, ini akan menyebabkan, pihak lain tak puas hati.

Lepas tu, mulalah regangkan hubungan, masing-masing dingin je antara satu sama lain sebab pihak yang satu lagi tu asyik menghina parti politik pihak yang pihak yang satu lagi.

Dengan share bahan-bahan berbentuk hinaan ni, kita mungkin mengguris perasaan kawan-kawan yang lain atau lebih teruk lagi, parti politik kita yang dapat nama.

Saya pernah terbaca satu artikel yang menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kemudian, saya membaca pula komen-komen yang diberikan. Salah satu daripada komen yang saya baca ialah,

"Ni la apa yang PAS ajar pada pengikut-pengikutnya. Ni la ajaran yang diajarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz." 

Heh..

Sekarang nak salahkan siapa? Kitalah yang menyebabkan berlakunya salah faham yang begini.

Apabila saya mengutarakan perkara sebegini, pasti akan ada yang cakap,

"Mereka pun banyak menghina pihak kita jugak."

Habis tu, seriously, takkan kita nak jadi macam depa jugak?

Kalau mereka menghina, kita pun nak menghina?
Kalau mereka post gambar bukan-bukan tentang Tuan Guru Nik Aziz, kita pun nak post gambar bukan-bukan tentang Datuk Seri Najib?

Jadi, kalau begitu, apa bezanya parti politik kita dengan parti politik mereka?

#nakberpolitikkenabijak 

*ini contohnya*
Apa motif gambar ni?

Jangan cakap banyak, saya tahu lebih banyak gambar macam ni, dan saya sangat menentang keras gambar-gambar sebegini disebarluaskan!

Why?

Kerana gambar ini tiada motif.

Nampak sangat ketidakmatangan seseorang tu dalam berpolitik.

Ini bertujuan menghina.

Tak boleh bantu masyarakat pun macam ni.

Dan banyak lagilah alasan kalau nak disenaraikan.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain... [Al-Hujurat : 11]
Allah pun larang..

Berpolitik tak salah tapi gunakanlah perkataan yang baik dan fakta yang bernas.

:)



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Tolonglah, Guna Perkataan yang Elok Sikit

Anonymous said...

have my respect, mimi farah! :) Allah kan tahu ape yg berlaku di sebalik tabir PRU 13... kte hny mampu bdoa pd Allah.... ssghnya ptolongan Allah tu dkat.. xplu la nak gaduh2, tuduh-mnuduh.. smua tu hny akn lbih mngeruhkan keadaan... mcm mne nak wujudkn negara yg aman.. lbih baik kte truskn pjlnn hidup kte dan pbaiki diri ke arah yg lbih baik.. sekalipun bbagai ujian yg mnimpa, sabarla.. ssghnya Allah bsama-sama dgn org yg sabar... hidup kte ni pun bknnye lame.. entah sempat entah x kte nak jumpe PRU 14.. ramadan tahun ni pun blom tntu lg kte dpt jumpe... ajal maut smua d tgn Allah... kalau kte hina org lain di blkg mreka, kte kne minx maaf pd die balik.. dosa dgn manusia, kne minx maaf pd manusia jugak.. renung2kn dan maaf andai sye tkasar bahsa.. sekadar p'ingatan buat diri ini juga..

siti aishah ebnil hajar said...

sangat-sangat setuju dengan kamu..walaupun kita tahu, ada udang disebalik batu dalam semua ni, tapi kita tetap tak ada hak untuk mencerca mereka.. kan lagi bagus kalau kita doakan mereka supaya tak ada penyelewengan yg berlaku.. ^__^

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

betul tu.. tp, tak ada salahnya berjuang utk kebenaran.. Cuma, jalannya kenalah betul..

kalau asyik caci maki, carut marut dalam laman sosial je pun tak ada gunanya kn? :)

anyway, lets pray.. :)

Mimi Jazman said...

siti iashah ebnil hajar ...

yes.. itu yg betul.. :)

benda dah lepas, jd, doakan sahaja agar mereka menjadi manusia yang lebbih baik dan sedar akan kesilapan yang mereka telah lakukan.. :D

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.