Tips on How to Write A Good Essay for SPM

Assalamualaikum..



Beberapa hari yang lalu, ada seorang junior bertanyakan tentang bagaimana untuk menghasilkan sebuah essay dalam Bahasa Inggeris yang bagus. Ini adalah berikutan dengan essay yang saya tuliskan di sini beberapa hari yang lalu. The one about Oh Young.

:)

Alhamdulillah.. Nampaknya, ada yang mendapat manfaat dari essay tersebut.

:)

Sejujurnya, itu essay yang saya karang dengan bantuan daripada internet. Jadi, mungkin sebab tu lah, essay tu nampak bagus. Saya hanya menulis, ideanya dari Yang Di Atas sana.. :)

Walaubagaimanpun, saya rasa, ada beberapa tips yang saya boleh beritahu untuk adik yang bertanya.


  • Pertama, biasakan diri dengan membuat sebuah essay seminggu sekali. 
Saya memang tak ada masalah dengan membuat essay sebab saya memang seorang yang minat menulis. Saya tahu ada ramai kawan-kawan yang tak berapa gemar menulis, jadi, mereka tidak selalu praktis mengarang cerita. 

Owh.. Janganlah macam tu. Kuatkan semangat eh? Ingat, kejayaan tu tak datang bergolek. 

Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Usaha tangga kejayaan. :D

Bila kita dah biasa mengarang essay, tangan kita akan laju dan otak kita akan cepat ingat dengan jalan cerita dan frasa-frasa menarik yang kita telah kita gunakan dalam essay-essay sebelumnya.



  • Semasa mengarang, bukaklah segala jenis gadget yang membolehkan anda connect dengan internet. 
Sebab, bagi saya lah, internet sangat membantu dalam mengarang essay yang bagus. Awak boleh just taip apa yang awak nak tahu dan cari idea yang baik untuk memulakan sebuah essay. 

Awak juga boleh baca essay orang dan cuba untuk curi sikit idea essay tersebut lalu, memasukkannya ke dalam essay yang awak nak tulis. 

Biasanya, bila saya blank, saya akan buat macam ni. Mengabungkan beberapa jenis essay yang saya jumpa dan jadikannya cerita saya. Ekeke.. :D

In shaa Allah..sebenarnya, mengarang sebuah essay tak adalah susah sangat pun.



  • Banyakkan membaca essay dalam Bahasa Inggeris ataupun ya..blog yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, barangkali.
Kalau nak baca sebuah novel Inggeris, ia akan memakan masa yang sangat lama. Jadi, untuk jimatkan masa, cubalah baca blog Inggeris ataupun essay dalam Bahasa Inggeris. Taip je dekat Google tu, nanti, macam-macam keluar. Hehe..

Elakkan daripada membaca essay dari Malaysia. Bukan sebab essay Malaysia ni tak bagus. Saya buat macam ni dulu sebab saya nak dapatkan perkembangan idea yang baik. 

Kita kena elakkan pemeriksa nanti daripada kebosanan. Jadi, kita kenalah menghasilkan sebuah essay yang unik. Untuk itu, saya cadangakan, awak banyakkan membaca essay dari UK atau US. Ceritanya ada variasi. In shaa Allah, awak boleh buat sebuah essay yang sedikit berbeza daripada essay kawan-kawan awk. 

:) biiznillah..



  • Perbanyakkan description.
Untuk mencantikkan sesuatu essay tu, saya galakkan awak untuk menerangkan sesuatu keadaan dengan lebih detail. 

Contohnya, describe pasal seseorang tu dengan lebih baik dan lebih terperinci. 

Eg : She has a beady nice eyes with hazel lens. 

Ramai orang tak tahu macam mana nak describe sesuatu, jadi, mudahnya, tulis je dekat Google tu.... 

"How to describe (.............................)"

Isikan tempat kosong dengan apa yang awak nak tulis. eg: anger, sadness, happy, cold, sickness

Ok..?



In shaa Allah.. Ini mungkin dapat membantu awak serba sedikit. At least, ia membantu saya sebelum ni. Alhamdulillah..

Apapun, jangan lupa, niat belajar kerana Allah..

Ini adalah salah satu daripada banyak cara kita untuk mendalami Bahasa Inggeris dan mempraktikkannya dalam kehidupan dan dakwah. Manalah tau, kot-kot dapat tulis English essay berbentuk dakwah pulak kan?

:) 


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.