Tayah Nak Sembang Kencang Sangat La..


Assalamualaikum..



Rasanya, kalau anda bukan budak Kedah, anda akan mengalami kesulitan untuk memahami tajuk di atas. Why?

Hehe.. Sebab, seingat saya, budak Kedah je yang faham sembang kencang ni. :D

Sembang Kencang adalah sejenis frasa yang digunakan untuk describe perbualan-perbualan angkuh yang tak sedar ke diri. Ekeke.. :D

Contohnya,

"Wei mamat ni sakai ar, aku bawak geng aku belasah dia baru dia tau kot."

"Hek eleh Samad tu. Dia ingat bapak dia kaya, aku takut ka? Heran pa aku dengan harta bapak dia. Dia tu sekali terajang, lepas mana hala." 

"Hang jangan nak belagak kata hang tu pandai sangat la. Hang ingat hang pandai, aku nak ikut cakap hang la? Belah ha wei."

"Ceh.. Bajet ja lebih. Kalau berani, mai la, fight one to one dengan aku." 

"Hang tak puas hati dengan member aku, mai jumpa aku la."

#huh



Tu la dia contoh sembang kencang menurut pendapat saya.

Kencang sungguh kan?

Bawak geng? 
Sekali terajang?
Belah ha?
Fight one to one?

Heh.. Wondering..

Zaman apakah ini?
Ada lagikah yang masih bersembang kencang macam ni?

Mula-mula, saya ingat, zaman saya ja budak-budak cakap macam ni #termasuklahsayasekali. Lepas tu, zaman gadget, zaman IT, zaman semua orang tak main guli dengan batu seremban ni, saya ingat habeh dah geng yang suka dok sembang kencang ni.

Ternyata, saya silap.

Ada lagi rupanya.



Adik adalah seorang pengawas, baru-baru ni, dia ceritakan pada saya tentang gangsterism yang berlaku di sekolahnya.

Kencang sungguh perbualan mereka-mereka yang bergelar samseng sekolah menengah ni.

Saya tak adalah nak berkasar atau apa. Kadang-kadang, saya teringin jugak nak tanya mereka-mereka ini,

"Yang hang dok buat sembang kencang sangat ni pasaipa?"

Ekeke.. :D #jokes

Saya bukan orang macam tu, tiba-tiba nak pergi cari gaduh tak tentu hala dengan mereka-mereka ni. Dan, hehe.. Saya masih ada adab seorang muslimah yang saya perlu jaga.

Yeah.. :)

Tak perlu lah sembang kencang adik-adik oi... :)



Jangan rasa diri tu kuat sangat dengan ada geng yang besar-besar ala The Hulk tu.

Rasulullah saw pun tak ajar kita jadi samseng sedangkan, kalau nak diikutkan, geng Rasulullah saw ni la yang paling hensem, paling kuat, otot berketul-ketul, six pack lagi ha.. Dah la lengkap dari segi paras rupa, mereka-mereka ni pun kaya-kaya, pandai-pandai. Orang yang hebat pulak tu. Geng bangsawan, pembesar semua ada.

Habis tu, yang awak nak sembang kencang sangat ni kenapa?

:D #gelakkecil

Ini bukan zaman kita bergaduh ala-ala KL Gangster atau rempit ala-ala KL Menjerit #dahlamakotceritani .

Ni bukan zamannya dah adik-adik sayang.. :)

Ini zaman di mana akhlak, budi pekerti, berbajet bagus dipandang.
Ini zaman di mana seorang pemikir atau intelektual dipandang tinggi.
Ini zaman di mana ISLAM dan IMAN seseorang tu yang dipandang gah dan luar biasa.

Hampa ingat dengan sembang kencang, orang akan pandang hampa ka?

Serius tak.



Orang dah tak peduli dengan manusia yang berlagak samseng zaman sekarang ni.

#wondering Kenapa masih banyak filem gangster di Malaysia?

Anyway, yang layak belagak jadi samseng hanyalah Dia di atas sana. Why?

Sebab Dia kot yang paling berkuasa. Dia ada seisi dunia dan seluruh alam. Semua makhluk tak kira haiwan atau pokok bahkan manusia, memujiNya. Dialah yang memiliki Arasy, neraka, syurga.

Dialah yang sebenarnya memiliki kita semua.

Ingat Dia peduli sangat kah dengan kekuatan badan kita? Atau mungkin dengan harta mak bapak kita yang tak tentu lagi kita punya tu?

Huhu..

Sudah-sudahlah ye adik-adik yang masih muda belia. #sayapunsekalila

Jangan sembang kencang lagi.

Tak ada ke mana semua tu.

Kita buat revolusi pulak eh?

Cari Dia, dan kenali Dia, Pemilik segalanya, Allah azza wajala. Nak belagak pun tak guna, kita bukan ada apa-apa pun.

:D



Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.