Tanda Cinta, Tanda Ithar



Dia : Ada sahabat ana. Rangkaian sekolah lama kita juga. Nak taaruf? SZ.

Saya : Eh... Kenapa tiba-tiba?

Dia : Dia buat preparation di tempat yang sama dengan anti. Ambil course yang sama dengan anti juga. Di bawah MARA.

Saya : Yeke? Allahuakbar.. Kecilnya dunia. Anti, jazakillahu khair. It is such a big pleasure. 

Dia : Ingat ana nak biarkan anti macam tu sahaja?

Mimi Jazman.. Ana nak cakap sikit. Dengar ok?

Ana risau seperti mana ana sendiri risaukn diri ana yang akan melangkah ke alam baru ana risaukan jugak anti. Ana takut ana tak mampu kekal di dalam jalan tarbiyah dan dakwah ni.

Nauzubillah.. Ana harap Allah izinkan ana tetap di jalan ni. Ana takut ana mula leka dengan hal dunia dan mula siakan ukhwah ni yang ana semai atas dasar iman dan kasih sayang.

Jadi sekiranya ana terkandas, ana nak anti sentiasa kekal maju. Ana dah maklumkan kepada SZ. In shaa Allah... Ana yakin dengan dia, ana sayang dia dan dia pasti akan jaga anti.

Taaruflah dengan dia. Tautkan pertalian ukhwah. In shaa Allah antuma akan saling melengkapi dan sekiranya ana terkandas, hulurkanlah tangan, tunjukkan balik arah yang benar.

Ana bukan risau sebab tak yakin. Ana risau sebab ana ithar anti. Sekiranya ana inginkn peneman di tempat yang baru, pasti pun anti.

Jadi berdampinglah dgn SZ di samping kenalan-kenalan baru yang lain mudah-mudahan dari ukhwah itu antuma akan menjadi insan-insan yang hebat di sana.
Wallahualam.
La haula wa la quwwata illa billah.
I hope I didn't say anything yang menyinggung perasaan. Asif.

[+] Ini adalah satu chat antara saya dan seorang sahabat saya. Bergenang air mata saya membaca semua ni. Saya tak sangka, masih ada persahabatan sebegini, saya tak sangka, masih ada ukhuwah yang sebegini kencang. 
Saya dan dia sudah terlalu lama tidak bertemu. Sudah lama juga tidak berbual dan bercinta seperti mana dulu. Nak berchat di mana-mana pun susah. 
Dan sungguh, inilah tanda cinta keranaNya.
Semasa semua orang sibuk meraikan pemergian mereka, dia buat yang lebih baik lagi! Dia malahan meminta saya berkenalan denga seseorang yang dianggapnya dapat menjaga saya. Dan saya yakin, untuk dia yang diperkenalkan kepada saya juga begitu. Dia pastinya memerlukan saya untuk menjaganya. 
Saya terharu.
Ini tanda ithar.


Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.