Memanglah Susah...

Assalamualaikum...



Sudah sekian lama, saya dan kawan saya merancang sebuah projek.

Memang susah. Sangat susah.

Pada mulanya, saya rasa projek ini akan dibatalkan sebab terlalu banyak aral yang melintang. Banyak sungguh.. Rasanya, hampir tiga bulan perkara ini bertangguh.

#huh

Kebanyakannya adalah sebab hal keluarga. Tentunya, sebagai seorang anak, walaupun dah lepas SPM, kami semua masih tak terlepas dengan tanggungjawab seorang anak, ye tak? :)

Tak cukup dengan tu, hal mengundi lagi.

Hal nterview lagi.

Jadi, untuk keluar, melaksanakan projek kami, terasa ada susahnya kerana komitmen kami kepada keluarga, negara dan masa depan.

Mungkin Allah nak uji kita dengan mengetahui adakah kita tahu prioriti kita antara kawan dan keluarga.

#sentapsekejap



Mulanya, saya bercadang untuk berhenti sahaja. Tak payah lagi dah nak fikirkan hal projek ni. Buat pening kepala, risau semata-mata. :d

Kemudian, saya ambil inisiatif bertanya pada seorang kawan saya yang berada nun jauh di Kedah sana. #ekeke

Jauhlah sangat. Padahal waktu tu dia tengah OTW ke Melaka. #ekeke

Baguslah ada niat macam tu. Pi la bincang elok-elok dengan family, depa faham kot. Cubalah persuade mak anti dengan kek ka, puding ka.. Hehe.. 

Dialog sebenar bukanlah macam ni. Ni hanya rekaan, sebab seriously, saya bukan ingat sangat pun tapi, maksud asal tetap tak berubah.

Saya pun tetapkan sahaja hati, cuba lagi sekali.



Kemudian, peluang terbuka, terbentang untuk saya.

Dan setelah sekian lama, setelah banyak benda berlaku, setelah banyak betul aral yang nak melintang, saya akhirnya berjaya juga melaksanakan projek tersebut bersama-sama kawan saya tu.. Alhamdulillah..

:D

Malahan, kami mendapat sambutan yang menggalakkan juga. Biiznillah..

Dan, lebih lagi, kali ini, Baba beri saya peluang untuk #takbergantungpadanyalagi .

Alhamdulillah..



Susah. Memanglah susah.

Nak buat benda baik, bagi saya la, memang akan ada banyak halangan.

Why?

Sebab Allah nak tengok sejauh mana kita nak berusaha untuk melakukan kebaikan. Kalau semua benda baik tu mudah nak buat, hehe, rasanya semua orang pun jadi baik.

Betul tak?

Anyway, pray for me and may Allah ease everything.

(^-^)(y)

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.