Mathematics with Not Just Numbers but also Values


Assalamualaikum..


Mari bercerita.. Ekeke..

Pada suatu masa dahulu yang tak adalah lama sangat. Saya rasa, waktu tu saya mungkin dalam darjah 4 atau darjah 5.

Suatu hari, ada seorang guru Matematik saya, Mlmh (muallimah) Rohilawati, memberi tugasan untuk menyiapkan latihan yang sangat banyak dalam masa beberapa hari. Mungkin dalam 50 muka surat macam tu. Latihan tersebut ada dalam buku latihan yang kami perlu beli sendiri di kedai buku di luar.

Mungkin waktu itu Baba terlalu sibuk, jadi, Baba tak dapat nak bawa saya ke kedai buku tersebut untuk membeli buku latihan yang saya perlukan.

Sampailah akhirnya, hari sebelum saya kena hantar tugasan tersebut. Pada waktu pagi, Baba memutuskan untuk pergi ke kedai buku bagi mendapatkan buku latihan tersebut pada sebelah petang. 



Jadi, Mama meminta saya untuk memberitahu Mlmh Rohilawati bahawa saya tidak dapat menyiapkan latihan sebanyak 50 mukasurat tersebut kerana saya belum ada buku latihan tersebut. Mama juga menyuruh saya meminta tempoh masa tambahan agar saya boleh siapkan latihan tersebut.

Jadi, pada waktu rehat, saya pun masuklah ke dalam bilik guru.

Saya : Mlmh, ana tak dak lagi buku latihan yang Mlmh suruh beli tu. Jadi, ana tak boleh buat latihan yang Mlmh suruh kami buat tu. Ayah ana nak pi beli, tapi dia sibuk, tak boleh nak bawak ana pi kedai buku tu lagi. Tapi, pagi tadi, ayah ana kata, petang nanti, ayah ana balik, ayah ana bawak ana pi kedai buku, beli buku tu. Mlmh, boleh tak ana minta tempoh masa untuk siapkan latihan tu?

Mlmh Rohilawati : Tak boleh. Orang lain semua dapat tempoh masa yang sama dengan anti. Mlmh tak tau. Anti kena siapkan jugak latihan tu. Kalau ayah anti nak pi beli petang ni, anti kena siapkan malam ni jugak la.



Saya keluar dari bilik guru dengan keadaan yang agak kecewa tapi waktu tu saya positif. Budak-budak lagi, saya tak kisah dengan jawapan Mlmh Rohilawati. Saya cuma berharap, Baba akan dapat bawa saya beli buku tu petang tu juga.

Jadi, balik dari sekolah, petang sikit, Baba pun baliklah. Saya cepat-cepat ajak Baba ke kedai buku untuk beli buku tersebut.

Baba walaupun penat baru balik kerja, terus je bawak saya ke kedai buku. Alhamdulillah.. Buku latihan yang saya perlukan tu, ada di situ. :)

Petang tu jugak, balik dari kedai buku, saya terus buat latihan tu.

Saya makan cepat, tekunkan diri dan fokus sebaik mungkin.

"Usaha Tangga Kejayaan."

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri." [Ar-Rad : ayat 11]

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, saya Berjaya menyiapkan latihan tersebut walaupun hari dah larut malam. Mama ada menyuruh saya  tidur dulu, kemudian, bangun awal sikit untuk siapkannya, tapi saya tak mahu. Saya risaukan kerja saya yang mungkin takkan siap. Saya tak mahu didenda. Saya tak mahu dimalukan.

Alhamdulillah.. Dak lewat malam dah, barulah saya berjaya menyiapkan latihan tersebut. Terus saya tutup buku, pergi tidur. Lena tidur saya malam tu. Hehe..

Keesokan harinya di sekolah, semasa orang lain menunjukkan bahawa mereka dah siap tugasan yang berlambak tu, saya juga tidak ketinggalan dan merasa lega saya sama seperti orang lain.

Pada waktu rehat, kami sekelas diminta menghantar latihan terssebut di bilik guru. Jadi, saya pergilah bersama seorang rakan saya bagi menghantar latihan tersebut.

Bila sahaja saya sampai di meja Mlmh Rohilawati, terus dia bertanya,

"Siap tak latihan tu?"

Saya hanya membalas dengan mengangguk.



Mlmh Rohilawati kemudiaannya terus menyemak kerja saya. Kemudian,

"Itulah Mlmh suruh anti siapkan. Tengok! Anti boleh ja buat. Kalau mlmh bagi masa, anti tak mungkin dapat siapkan latihan ni dalam masa satu malam. Orang lain ambil tempoh masa yang lama untuk siapkan latihan sebanyak 50 muka surat ni tapi anti cuma ambil masa satu malam untuk siapkan latihan ni."

And I was blushing by that time.. :)

Kemudian, Mlmh Rohilawati menyebut dengan suara yang kuat pada rakan guru yang berada di sebelahnya.

"Tengok ni! Dia siapkan latihan sebanyak 50 muka surat dalam masa satu malam."

:)

#theend



Mungkin kerana pada masa itu, semangat saya masih kental, dunia saya masih terlalu pure dan dipenuhi dengan warna-warna ceria, maka, saya tidak ada langsung sebarang masalah dengan kejadian yang menimpa saya.  Apabila mendapat tahu saya tidak diberi tempoh masa yang sama dengan kawan-kawan lain, saya tidaklah menyalahkan Mlmh Rohilawati.

Bagi saya waktu itu, apa yang lebih penting adalah saya perlu dapatkan buku itu petang tu jugak dan of course, saya kena siapkan latihan tu malam tu jugak. I have no other choice.

Tidak pula saya memikirkan tentang kenyataan Mlmh Rohilawati tu. Sesuatu yang mungkin agak berbeza daripada keadaan sekarang di mana saya mungkin akan kecewa, marah, geram dan sebal dengan keputusan Mlmh Rohilawati.

Yala.. Manusia berubah. Saya semasa 10 dan 11 tahun tidak sama dengan saya sekarang ni. Dulu, saya mungkin lebih tulus tapi sekarang, #heh .

Saya nampaknya kena jadi pure dan tulus macam dulu jugak la. Baru kerja jalan. :D



Rasulullah saw mengajar kita menggalas tanggungjawab dengan tekun dan teliti. Allah sukakan mereka yang bersungguh-sungguh..

Can't you see it? :)

Buatlah semua kerja dengan bersungguh-sungguh..

Why?

Hehe.. Allah <3 orang yang bersungguh-sungguh ..

(^-^)(y)

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.