Masih Perlukah untuk Cemburu?



Bila mana kita tak sama jalan perjuangan tapi masih menuju ke destinasi yang sama? :)

Sorang pergi sana, sorang lagi pergi sini.
Sorang tu dengan berkawan dan berukhuwah.
Sorang lagi tu dengan berdiri atas kaki sendiri sahaja.

Cemburu kan tengok mereka dapat berukhuwah bersama-sama, saling ingat-memperingati, rindu-merindui?

Hehe..

Pastilah. Dia hanya manusia, dia juga ada rasa cemburu juga. :)

Tapi, jalan dakwah itu berbeza, jalan perjuangan tak sama setiap orang.

Ya la.. Kita semua ni bukan duduk satu rumah pun. Jadi, nak ke SANA, jalannya berbeza-beza. Yang pasti, ada liku masing-masing.

Ada yang pergi dengan gerabak besar. Ada yang pergi naik kuda sorang-sorang.
Tapi masih ja, destinasi perjuangan ini adalah SAMA.

Kita akan rasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain yang tidak kita miliki.

Tanyalah pada diri balik?

Kenapa pulak nak cemburu?
Bukankah kita juga memiliki kebahagiaan tersendiri?
Kenapa nak 'bahagia' macam mereka jugak?

Bersyukur saja la dengan apa yang ada. :)

Rasa bahagia itu milik mereka yang beriman. Kerana yang beriman itu pasti yakin dan pasti wujud rasa syukur dengan nikmat Ilahi. Mereka merasa cukup dan tidak pernah akan mempersoalkan kebahagiaan yang tidak mereka miliki seperti orang lain.

Marilah jadi yang beriman. Yang menghargai setiap masa dan berasa bahagia kerana percaya akan adanya Dia, Yang Maha Adil.

:)


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.