Maafkan Saya dan Terima Kasih dari Saya pada Hari Guru buat Guru-Guru Saya


Assalamualaikum..



Hari ini merupakan hari guru. #senyumpahit

Saya tidak begitu ingat bila kali terakhir saya benar-benar menyambut Hari Guru. Ya.. Saya ingat sayalah salah seorang AJK Hari Guru di SHAMS tahun lepas tapi, sejujurnya, ia hanya satu adat dan resam. Bukan lahir kerana saya benar-benar ingin menunjukkan penghargaan saya kepada guru-guru.

Malahan, para pelajar juga hanya seronok meraikan dan melihat persembahan yang diadakan pada hari tersebut. Untuk menunjukkan penghargaan? Saya sendiri masih ragu-ragu.



#huh

Kerana, ada di antara para guru itu, mereka tidak perlukan sambutan atau ucapan hebat dari para pelajar. Mereka tidak perlukan gimik dan perhiasan yang boleh mengakibatkan pembaziran.

Guru yang benar-benar ikhlas, akan memberi ilmu kepada anak muridnya kerana cintanya pada anak-anak muridnya itu. Mereka, guru yang ikhlas ini juga, cintakan ilmu yang mereka ada sehingga inginkan anak-anak muridnya mengenali ilmu yang sudah sebati dengan dirinya.

Malah, guru yang benar-benar ikhlas, cintanya pada Dia, Yang Memiliki Segala Ilmu, akan ikhlas memberi dengan lapang dan gembira serta mengharapkan dia dapat menunjukkan cintanya kepada Pemilik Ilmu.

#kesatmata



Terima kasih kepada semua guru-guru yang ikhlas mengajar dan mendidik saya, yang tidak berharap saya dapat menaikkan nama sekolah ataupun menaikkan rankingnya semata-mata, tetapi ikhlas memberi kerana merasakan saya sangat kasihan tanpa ilmu yang ada pada dirinya.

Saya benar-benar mengucapkan berbanyak terima kasih.

Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa baik kalian.

Dan berlebih-lebih terima kasih saya kepada guru-guru saya yang tidak hanya memberi ilmu akademik kepada saya supaya saya dapat skor A dalam subjeknya tetapi kepada guru-guru yang berjaya menyentuh hati saya dalam percakapan atau perlakuan mereka. Mereka telah berikan saya sebuah ilmu yang cukup berharga. Mereka berikan saya sesuatu yang berada di luar silibus.

Jazakumullahu khair..

#sayabukanpelajaryangbaik



Jujurnya..begitulah..

Kalau ditanyakan pada guru-guru saya di sekolah rendah dan sekolah menengah rendah, Al-Islah, saya tak lain tak bukan hanyalah seorang budak nakal yang tak cukup matang. #gelaktawar

Betullah tu.. Sungguhlah tak matang waktu itu. Saya ni kasar orangnya. Sekolah saya tu sekolah agama, dan saya pula bukanlah yang jenis berbahasa sangat waktu tu. Keraslah bahasa saya. Jadi, para guru tidaklah begitu berkenan dengan perlakuan saya. #gelaktawar

Kali terakhir saya pergi ke sekolah lama saya, saya merasakan masih ada pandangan kurang menyedapkan terhadap saya di sana. Hehe.. Apa boleh buat? Salah saya juga kan? Saya sendiri yang tidak cuba membersihkan nama saya di mata para guru.

Moga-moga setiap kesalahan saya dimaafkan oleh semua. Saya hanya berharap agar mereka dapat melihat diri saya sekarang. Ini semua berkat rasa tidak berkenan mereka ke atas saya.

Terima kasih kepada semua guru yang menganggap saya sebagai seorang pelajar yang biasa-biasa kerana sepanjang zaman itulah saya cuba membuktikan diri saya sendiri.

Alhamdulillah.. Itulah zaman yang saya paling gemilang pun. Hehe..



Mereka mengajar saya menerima pelbagai prespektif dan melihat dari sudut yang berbeza.
Mereka mengajar saya memehami sudut pandangan seorang yang bermasalah.
Mereka juga mengajar saya untuk mengubah diri saya dan membuktikan diri saya sendiri.

It is valuable. Jazakumullahu khair.

Sepanjang saya di SHAMS pula, ianya dunia yang berbeza. Hehe..

Saya tak pasti berapa sedikitnya guru-guru yang masih ingat nama saya walaupun nama sayalah yang paling senang diingati. Di SHAMS, guru-guru tidak begitu memberi perhatian kepada saya sebab pelajar di SHAMS sangatlah ramai.

Saya juga tidak menimbulkan sebarang masalah sepanjang di SHAMS #rasanyalah . Jadi, saya adalah satu jenis figure yang diam, aktif tahap sederhana sahaja di SHAMS. :)

Tahap saya dalam bidang akademik juga biasa-biasa sahaja.

Dan di SHAMS jugalah saya belajar pelbagai perkara penting daripada guru-guru saya.

SHAMS adalah sebuah sekolah yang berbeza, suasananya berbeza dan orang-orangnya juga berbeza. Saya turut menjadi manusia yang berbeza di sana.

Terima kasih kepada semua guru yang melihat saya seadanya, membantu saya dalam pelajaran dan memberi saya pengalaman yang berbeza dari sebelumnya.

Dan terima kasih juga di atas pengajaran yang mengajar saya erti penerimaan, kesabaran, toleransi, pengorbanan, keletihan belajar, menangis letih dan macam-macam lagi pengalaman lain.

In shaa Allah, I am going to be someone with a better attitude in the future.

Oh ya! Tidak lupa juga kepada Ustaz Hidayat yang mengajar saya erti kepimpinan dan membuka peluang kepada saya memimpin lajnah multimedia. Itu merupakan sesuatu yang tidak saya miliki sebelum ini. Ianya merupakan anugerah yang besar. Alhamdulillah. Terlalu banyak yang saya belajar.

:)



Jazakumullahu khair.

Setiap guru mempunyai cerita mereka sendiri.
Setiap murid mempunyai cerita mereka sendiri.
Akan terjadi di mana guru tidak dapat memahami muridnya.
Akan terjadi di mana murid tidak dapat memahami gurunya.

Saya yakin, hampir di semua sekolah terjadi begitu. Kerana kita masing-masing ada cerita sendiri.

Jadi, oleh itu instead of mengucapkan selamat hari guru semata-mata, saya ingin meminta kemaafan dan memohon didoakan oleh semua guru-guru agar kehidupan saya berkat di dunia dan akhirat kerana sungguh, darjat seorang guru bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan.

Saya hanyalah seorang manusia, terkadang tersilap bicara, terbuat kasar dan kurang beradab, harap dimaafkan.



May Allah pleases be with you. :)




  

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.