Ketidakmatangan Dalam Berdebat


Assalamualaikum.. :)



Pernah terjadi satu ketika, saya terbabit dan terlibat dalam pasukan debat sekolah. Bukan nak kerek, tapi, jujurnya, saya dari form 2 sampailah form 4 tak pernah maju pun dalam pasukan debat sekolah. Saya asyik jadi pelapis yang kekal pelapis sahaja..

Sedihkah? Tak. Tak langsung. :P

Sebabnya, saya tahu saya tiada kepetahan untuk berdebat secara spontan di khalayak ramai. Saya sebenarnya kaki bincang je, bila suruh bercakap, lidah bagaikan terkunci di dalam peti mulut. :D

Baiklah.. Dalam berdebat, biasanya debat Bahasa Melayu la, pendebat akan lebih senang menyebut atau menyentuh hal peribadi pihak lawannya bagi menyakinkan para juri bahawa dialah yang lebih layak untuk menang. Dengan memperkatakan hal-hal yang menunjukkan kelemahan peribadi pihak lawan, penonton yang menonton perdebatan tersebut pasti rasa terhibur dan tidak mengantok. Sebaliknya, mereka akan bertepuk tangan tanda sokongan.



Pernah sekali, saya menjadi MC dalam sebuah perdebatan #dalamkelasje jadi tak adalah benda yang nak dikagumkan sangat.

Apabila tiba sesi penggulungan, saya mendapati speaker daripada salah satu pasukan banyak menyentuh hal-hal peribadi pihak lawannya. Contohnya #nicontohsahaja :

"Kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang memakai kaca mata, saya merasakan ada eloknya, dia menggunakan kaca matanya dengan betul." 

"Kepada Yang Berhormat Pembangkang Pertama yang kurus kering, nampaknya turut bergoyang bersama angin-angin hujah dari pihak saya." 

Heh..

Cakap je la yang dyeorang tu tak tetap pendirian, yang nak disebutkan tentang badan pihak lawan yang kurus kering tu kenapa pulak?

Kalau nak suruh orang teliti hujah, cakap sahajalah, "Sila teliti semula hujah anda." Ini nak sebut pasal kaca mata orang pulak.

#meraban



Sarkastik boleh tapi jangan melampau. Sarkastik cara bijak, sila fikirkan.


Nak dijadikan cerita, pihak yang banyak menyentuh hal peribadi pihak lawan telah memenangi debat tersebut.

Faktor kemenangan adalah kerana kepetahan mereka bercakap sedangkan rasional hujah mereka pula tidaklah setinggi pihak lawan yang telah tewas. #tengoktu

Ini bermakna, pengadil lebih senang dengan mereka yang nampak yakin dan cool ketika berdebat. Tidak lupa juga, pandai menghiburkan penonton berbanding mereka yang ada hujah yang lebih bernas dan lebih rasional.

#huh

Apabila selesai sahaja pertandingan debat itu, saya tanyakan pada si dia yang menang tadi, yang banyak menyentuh hal peribadi pihak lawan.

"Saya rasa, ada baiknya kalau awak kurangkan sikit teguran yang berunsurkan hal-hal peribadi pihak lawan."

"Tapi, saya rasa itulah faktor kemenangan. Saya pernah bertanya pada pendebat terbaik Asia, tahun lepas sewaktu dia datang ke sekolah kita, katanya, banyakkan menyentuh hal peribadi pihak lawan supaya kita nampak cool dan lebih menyakinkan. Sejujurnya, saya rasa, kalau bertanding hujah, pihak saya boleh kalah tadi." 

Saya mengeluh.



Bagi saya, ini adalah satu ketidakmatangan dalam berdebat. Kenapa harus ditegur pada hal-hal peribadi? Saya merasakan, itu sesuatu yang tidak patut kerana dengan menyentuh hal-hal sedemikian, satu pihak itu akan bertindak memalukan pihak lawannya. Seolah-olah dia memperolok-olokkan pihak lawannya itu sedangkan dia sendiri tahu, mereka itu LEBIH RASIONAL!

Mungkin ada yang berpendapat, itu hanyalah adat, penyeri dalam sebuah pertandingan debat.

Jadi, mungkin dah tiba masa, kita ubah adat #yangtakberapanakelok kepada sesuatu yang lebih matang.

Dalam setiap perdebatan, tak kiralah pertandingan atau tidak. Saya cadangkan, kita tidak menyentuh hal peribadi lawan. Dari mana dia datang atau jenis orang yang macam mana dia tu.

Kita berdebat untuk memperjuangkan sesuatu yang menurut kita adalah betul dan bukannya berniat untuk memperkatakan kelemahan orang lain.

:)

Harap sangat anda semua, pembaca yang baik hati, dapat memikirkan balik rasional saya. :)

Barakallahufikum.. (^-^)(y)

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.