Kerana Saya, Sayangkan Malaysia

Assalamualaikum...



Ketika menulis post ini, saya baru sahaja balik dari ceramah Ini Kalilah oleh Pakatan Rakyat, of course.


Saya memang pernah ke banyak ceramah politik sejak saya di sekolah tadika lagi, seingat saya. Mungkin kerana ayah saya orang yang jenis suka berfikir dan mendengar daan meneliti, jadi, dia turut mengheret saya ke sana sini, mendengar segala bebelan yang pada waktu itu, saya tak paham pun.

Tapi, berbeza dengan hari ini, di mana saya walaupun masih belum berhak mengundi, sekurang-kurangnya, sebagai seorang anak muda, saya boleh memerhati.

Saya sejujurnya, tidak peduli parti mana yang bakal menang, pembangkang atau kerajaan. Bagi saya, yang menang itu harus menggalas tanggungjawab dengan baik, barulah dikatakan ingin menyelamatkan Malaysia.



Saya hanya seorang anak muda, perempuan pulak tu. Tapi, saya tahu, saya boleh bersuara.

Siapa pun yang memerintah, kalau benar dia adalah pemerintah yang jujur dan ikhlas, maka hidupnya adalah untuk rakyatnya demiNya. Jiwa itu yang penting, jiwa yang ingin selamatkan dan memajukan negara itu yang penting. Jiwa yang ingin bangkitkan rakyat menjadi rakyat yang lebih maju, lebih berpendidikan dan lebih matang itu yang perlu menang bagi saya.

Dan pada mana kita tidak punya hak mengundi ini, kita hanya mampu berdoa. Tidak kira siapa dan pihak mana yang menang, yang penting yang dikejar itu adalah keadilan dan redha daripadaNya. Ini tidak sepatutnya menjadi acara membalas dendam dan sesi kutuk-mengutuk, keji-mengeji. Ini adalah acara memikirkan masa hadapan dan sesi mempersiapkan diri.



Saya tidak ketawa apabila dipamerkan keaiban 'mereka'. Saya tidak teruja apabila keaiban 'mereka' didedah.

Saya hanya kagum dan terpana pada teguh dan kukuhnya semangat rakyat yang dapat saya lihat. Perpaduan yang sebelum ini tidak terasa bahangnya, mula terasa hangat. Sokongan padu kepada 'mereka', keamanan dan tolak ansur yang saya lihat, terasa sangat menyegarkan dan menyenangkan walaupun dalam keadaan kaki saya lenguh akibat berdiri terlalu lama.

Orang ramai yang dianggarkan hadir sebanyak 30 000 orang itu, menyebabkan saya benar-benar terkesan.

Inilah Malaysia.



Mereka yang berdiri ini, saya belum pasti apa niat mereka, tapi sekiranya benar mereka ini ingin selamatkan Malaysia, maka saya menyokong.

Kata Hilal Asyraf,

"Ini tanda kami sayangkan Malaysia."

Kata Mat Luthfi,

"Kami bersyukur jadi anak Malaysia ni."

Ya.. Kerana sayang dan terselit rasa syukur kerana berdiri dalam keadaan aman di bumi Malaysia ini, saya inginkan yang terbaik buat Malaysia.

Negara Malaysia ini mampu bergerak lebih jauh.



Malaysia mampu bergerak lebih jauh, andai kata, yang korup itu disingkirkan, yang tidak amanah itu dikeluarkan.

Siapa sahaja, dari pihak mana pun la, yang merasakan diri mereka tidak layak dan tidak cukup amanah, saya berharap agar mereka ini tidak terus memandu Malaysia. Ini kerana, saya terlalu sayangkan Malaysia dan merasakan sangatlah rugi seandainya, nasib rakyat Malaysia ini tergadai di tangan mereka yang tidak punya kesedaran.

Saya tidak mengatakan ini kerana saya pembangkang, saya tidak mengatakan ini kerana saya pro-kerajaan, saya mengatakan ini kerana saya memikirkan masa depan Malaysia.

Mohon diperbanyakkan doa, oleh semua, agar yang zalim itu ditewaskan dan dikurniakan petunjuk dariNya, yang adil itu tegak berdiri, mentadbir mengikut petunjuk dariNya.

Pasti ada rahsianya, bila Allah takdirkan kita berdiri dalam keadaan politik yang begini. Pasti ada!


Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Kerana Saya, Sayangkan Malaysia

Anonymous said...

kita tggu pru 15 nnt....hahah...zaman generasi kita yg mengubah malaysia.....insyallah

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.