Keputusan UPU

Assalamualaikum..



Ketika menulis ini, saya baru sahaja selesai menyemak keputusan UPU. Hee..

Tough kot..

Rasa macam sebuah tamparan hebat dari Dia yang macam nak cakap dekat saya,

"Baliklah!"

#gulp

Menjadi anak sulung dalam masa yang sama cucu sulung, kemudian sedara-mara semua memandang ke arah saya kerana kelebihan saya dalam bidang akademik, ianya bukan mudah. Mungkin lebih senang kalau kita jad manusia yang tidak dipandang orang tetapi tetap terus bersemangat.

:) #itulebihbaik



Zaman SPM bukan satu zaman yang baik untuk saya. Keputusan saya agak merosot dan keadaan emosi saya juga sesangat tidak stabil. #heh

Hm..

Keputusan UPU saya agak mengecewakan bagaimanapun. Sangat mengecewakan sebenarnya. Saya tidak dapat pilihan pertama, kedua, ketiga atau keempat.

Saya dapat pilihan selepas pilihan keempat.

Walaubagaimanapun, saya masih bersyukur kerana tetap diterima masuk ke universiti.



Di saat membuka FB, ramai orang sibuk bertanya saya dapat mana. Er.. Tak adalah ramai. Ada dalam dua orang kot. Hehe..

Saya skrol news feed.

Saya lihat kawan-kawan saya yang lebih cemerlang daripada saya sibuk menceritakan keputusan UPU mereka. Saya agak bersedih hati bukan kerana tak redha denganNya tetapi kerana betapa lemahnya saya dalam istiqamah dan bersungguh-sungguh ketika belajar untuk SPM dulu.

Majoriti kawan-kawan yang saya kenali mendapat 9, 10 dan 11 A. Kebanyakan mereka juga mendapat tawaran pengajian mengikut kursus pilihan pertama mereka.

Malahan, ada juga sahabat saya yang A nya kurang satu dari saya, turut mendapat tawaran ke universiti bagi mengikuti kursus pilihan pertamanya.

Allahuakbar..

#beratnih



Nampaknya, saya akan memilih untuk ke matriks sahaja.

Mungkin kerana lemahnya doa dan tingginya keyakinan, maka Allah hantar satu amaran pada saya.

"Jangan sombong!"

#gulp

Saya yakin ini bukan pengakhirannya. Saya yakin, ini adalah sebuah pembukaan baru.

Dia tidak memberi kita apa yang kita mahukan tetapi Dia berikan kita apa yang kita perlukan. Nampaknya, begitulah.

Mungkin Allah tahu saya masih belum capable untuk terus masuk ke universiti maka Dia menghantar saya ke tempat lain terlebih dahulu. :)



Saya tak risau, saya hanya sedikit bersedih. Erm.. Mungkin cemburu juga dengan kawan-kawan lain yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan pertama mereka.

Untuk adik-adik saya, berusahalah bersungguh-sungguh. Kalau awak belajar 9 subjek, maka berusahalah mendapatkan 9A+.. Kalau awak belajar 10 subjek, maka berusahalah mendapatkan 10A+.. Begitu juga kalau awak belajar 11 atau 12 subjek.

Saingan hari ini cukup hebat. 8 A sahaja belum tentu mencukupi. #senyumpahit

Apapun, ianya bukan pengakhiran lagi. Pasti ada caranya untuk mencapai kejayaan di dunia ni. :)

Dan cara yang tetap kepada semua manusia untuk berjaya adalah USAHA.

It's ok, dear.


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Keputusan UPU

ayobkelubi said...

Mimi.

tak perlu risau jika tidak mendapat apa yang di idamkan.bukankah ALLAH itu maha merancang dan maha menentu?.

Mimi Jazman said...

ayobkelubi ...

em.. ya.. betul tu.. hehe.. :D in shaa Allah..dah tak risau dah..

Anyway, Allah is the best planner.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.