Jiwa Kanak-Kanak..Izinkan Mereka Bermimpi!

Assalamualaikum..



Saya : Awak nak jadi apa bila besar nanti?
Kanak-kanak : Tak tahu.
Saya : Apa yang awak minat?
Kanak-kanak : Tak tahu.
Saya : Awak suka main masak-masak?
Kanak-kanak : Tak.
Saya : Awak suka main cikgu-cikgu?
Kanak-kanak : Tak. Saya tak pandai Matematik.
Saya : Awak suka main lego?
Kanak-kanak : Suka.
Saya : Awak pernah buat rumah guna lego?
Kanak-kanak : Tak. Saya pandai susun lego ikut warnanya sahaja dan buat bagi tinggi.

Saya mengeluh. #huh

Zaman saya kanak-kanak dulu, itulah zaman saya meneroka sepuas hati. Walaupun masih kecik, saya cuba biasakan diri dengan bermimpi besar.



Saya gagal memahami kanak-kanak hari ini, yang langsung tidak ada semangat bermain atau meneroka. Kalau mereka tidak meneroka, bagaimana mereka nak belajar? Bagi saya, lesson yang paling penting untuk dipelajari ketika masih kanak-kanak ialah DARE TO DREAM. 

Bermimpi dan mengharapkan perkara yang sangat hebat terjadi dengan bergerak ke arah merelisasikan mimpi tersebut.

Kalau dari kecil sudah tidak biasa bercita-cita besar, apa yang bakal terjadi apabila kanak-kanak itu meningkat remaja nanti? 

Saya bimbang mereka ini kelaknya menjadi mereka yang tiada angan-angan, tiada cita-cita besar dan hanya tahu duduk diam, patuh kepada ibu bapa semata-mata dan bersyukur.



Memanglah bagus menjadi anak yang tahu duduk diam, patuh dan bersyukur, tetapi penting juga menjadi anak yang berani bermimpi besar kerana tak layak saya rasa, seorang kanak-kanak yang hidupnya masih luas, tetapi dirinya tak berani nak melangkah walaupun setapak ke hadapan.

Rugilah sedangkan pemuda itu harapan bangsa, pemudi itu tiang negara.

Nak salahkan kanak-kanak tu pun, saya tak rasa itu salah mereka. Saya lebih bersetuju dengan pendapat Mak Teh saya yang mengatakan itu adalah tanggujawab ibu bapa. Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak. Kalau ibu bapa pun tidak mengajar anak-anak mereka bermimpi lebih besar, apa yang dapat mereka harapkan dari anak-anak mereka?

Ada sesetengah ibu bapa, mereka memperlihatkan kepada anak-anak, sesuatu yang menakutkan. Contohnya, apabila anak tersebut mengatakan dia ingin jadi doktor, ibu bapa akan tanya, awak tak takut dengan darah ke?

Kalau anak perempuan menunjukkan minat dalam seni bina bangunan pula, dikatakan, "Eh. Awak perempuan lah. Nak peduli tentang bangunan buat apa?"

Bila anak cakap, "Saya suka tengok orang lukis-lukis bangunan. Ayah..nanti bila besar, saya nak jadi orang yang lukis-lukis bangunan tu, boleh?"
Ayah pulak cakap, "Kau tu reti lukis orang lidi je, nak lukis bangunan macam mana?"

#hampehsungguh

Pernah dengar cerita tentang ibu bapa Sultan Muhammad Al-Fateh?

Bagaimana ibu bapanya yang termotivasi dengan hadis Rasulullah saw, bergerak menjadikan anak mereka sebagai pemimpin yang baik yang memiliki rakyat dan tentera yang baik.

Inilah ibu bapa yang berani bermimpi dan bergerak ke arahnya!

Jangan hentikan mimpi seorang kanak-kanak. Kerana, selayaknya, jiwa-jiwa ini bebas bermain agar mereka faham akan erti cita-cita dan usaha.


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.