He Will Show You The Path to Take

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari meninggalkan blog ni. Hehe.. Agak sibuk dengan beberapa perkara dan sudah tentu, sedang sibuk memikirkan apa yang harus dibawa untuk ke matrikulasi nanti.

Memandangkan keputusan UPU agak mengecewakan, saya bercadang untuk meneruskan pembelajaran di Matrikulasi sahaja. Saya fikir, mungkin inilah jalan yang terbaik buat saya. Allah tidak menghantar saya ke universiti yang saya mahukan jadi, mungkin, matrikulasi adalah jalan untuk saya dariNya.

:)

#sayaredhasahaja


Dalam kesibukan memikirkan berapa banyak barang yang perlu saya bawa, saya juga turut memikirkan tentang keputusan MARA yang dikatakan bakal keluar pada 20/05, selepas pukul 5 petang.

Walaubagaimanapun, saya tidak terlalu berharap. Memandangkan untuk masuk ke universiti pilihan sahaja sudah sukar, jadi, saya rasa untuk mendapatkan pinjaman MARA juga agak susah bagi seseorang seperti saya. Oleh sebab itu, saya seronokkan diri saya dengan persiapan ke Matrikulasi Perlis.

Mama dan Baba pun dah sibuk atur jadual untuk saya ke Matrikulasi Perlis. Mak Long juga telah dimaklumkan bahawa kami tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anaknya memandangkan majlis tersebut diadakan pada 26 hb sedangkan saya perlu mendaftar di Perlis pada 27 hb.

Atuk saya serta saudara-mara saya di Kedah juga sangat teruja memandangkan saya bakal balik dan tinggal dekat dengan mereka. #ekeke #terujalasangat




Bagaimanapun, semuanya bagaikan sudah pasti. Saya juga siap menghubungi kawan di Kedah dan juga di Seremban untuk bertanya siapa yang akan pergi menyertai saya di Matrikulasi Perlis.

Kedua-dua sahabat baik saya di Kedah dan Seremban juga, menyatakan mereka bakal ke Matrikulasi Perlis. Sangat best! Yala.. Saya dapat jumpa kawan lama saya balik dan dalam masa yang sama, dapat kekalkan hubungan dengan kawan baru saya.

Kami sangat teruja dan asyik menghubungi antara satu sama lain untuk bertukar-tukar maklumat.

#hehe #bestpulakrasa



Kemudian, sampailah tarikh 20/05.

Dari pukul 5 petang sampailah pukul 9, saya menunggu. Bukan menunggu penuh takut + risau + teruja atau apa-apa. Saya cuma nak tengok, yang saya pasti, saya mungkin tak dapat. Tapi, yala, apa salahnya check jugak kan?

Akhirnya, kawan saya di Seremban, memberitahu bahawa keputusan MARA sudah boleh disemak. Dengan pantas lagi laju tahap manusia biasa seperti saya, saya pun check la.

Mula-mula tu, saya check FB dulu, sambil mencari-cari link untuk membuat semakan. Kemudian, saya terjumpa dengan status dua orang kawan di FB yang menyatakan keputusan MARA mereka. Dua-dua pun dapat tawaran dari MARA.

Kemudian, bila dah jumpa link untuk buat semakan, saya pun bukalah link tersebut, masukkan nombor IC dan klik 'semak'.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. :)



#alhamdulillah #syukursangatnih

Tanpa disangka-sangka, oleh saya, saya dapat tawaran dari MARA bagi mengikuti program mereka. :D

#overseas #pointer3.5

Hehe..

Alhamdulillah.. Memang selama ni, saya harap sangat saya dapat tawaran dari MARA. Bila keputusan UPU agak megecewakan saya, saya tenang sahaja dan mula menganggap, keputusan saya yang sederhana ni cukup-cukup makan saja jadi, tak pa lah. Kita buat matrikulasi pun boleh!



Tapi, sungguh.. Allah tak mentakdirkan saya untuk dapat tawaran baik dari UPU kerana mungkin, Dia tak nak saya confuse masa buat keputusan nanti kot. Hehe..

Yala.. Kalau dapat pilihan pertama UPU, saya mungkin agak confuse nak terima MARA atau tidak macam kawan-kawan saya yang lain. Kebanyakan mereka masih keliru nak pergi ke mana memandangkan UPU juga menawarkan pilihan yang bagus untuk mereka

Syukur alhamdulillah.. Saya tak payah pusing kepala, pening bijik mata #hehe untuk memikirkan mana satu tempat saya nak pergi.

Dah nampak dengan jelas lagi terang bersuluh lampu pelbagai jenis lampu, saya akan pilih untuk mengikuti program yang ditawarkan oleh MARA kepada saya.

Alhamdulillah.. :)

Sebenarnya, saya tidak punya apa-apa. Saya hanya ada pengharapan dan keyakinan yang Dia tidak akan kecewakan saya. Jika saya berjaya mendapatkan apa yang saya inginkan, maka Dialah penyebabnya kerana saya takkan pernah mampu lakukan apa-apa tanpa Dia, Si Pemilik Nyawa.

:)

#bahagia



Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.