Harapan : Baba dan Saya


Assalamualaikum.. :)

Ya.. Post ini berkemungkinan masih berkait dengan hal Pilihan Raya Umum 13 yang sudahpun berlalu. Mungkin akan ada yang mengatakan, betapa kerdilnyalah saya ni, budak kecik tak cukup umur untuk memberi sebarang komen terhadap PRU13 ini.

Saya tau saya masih muda dan oleh sebab itu, saya tidak mahu hanya memandang leka perkara-perkara besar seperti ini. :P

Pernah sekali Baba memberitahu saya yang dia berminat menjadikan saya sebagai seorang ahli politik. Mungkin ia kelihatan osem atau pelik atau keterlaluan bagi sesetengah pihak, tapi bagi saya, merabanlah kalau saya jadi ahli politik. :D




Ada banyak perkara yang saya fikirkan sebelum bersetuju dengan cadangan Baba. #takmudahjadianaksulung

Jadi, saya putuskan agar tidak bersetuju dan cuba memilih sesuatu bidang yang lain yang saya dan Baba boleh sama-sama bersetuju. Alhamdulillah..niat saya tercapai. :)

Tetapi, walaupun lah saya tak berminat jadi ahli politik, itu tidak bermakna Baba benarkan saya pandang sepi dengan keadaan politik semasa. Kami selalu berbincang bersama dan setiap perkara yang saya tak dapat nak faham, biasanya, saya gemar berbincang. With both of my parents. :)




Baba masih lagi mengharap saya menjadi seseorang di dalam masyarakat. :)

Saya pernah terbaca dalam caption yang Baba tulis untuk sebuah gambar saya. Di mana, di dalam gambar tersebut, saya dan seorang lagi ukhti memegang bendera Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM).

"Sedang belajar untuk memimpin negara." 

Gulp! Berat weyh!

Seriously, saya sebenarnya agak keliru dengan perasaan saya ketika itu. Bahagia + risau pun ada memandangkan Baba memandang tinggi kepada saya.

Saya dan Adik berbeza sama sekali. Dari awal lagi, Adik tiada sebarang tekanan untuk memilih bidang apa yang dirasakan sesuai dengannya. Biasanya, Baba memilih untuk ikut sahaja. Begitu juga keadaannya apabila bab memikirkan isu negara, Baba lebih menekankan saya berbanding Adik. Mungkin sebab saya anak sulung kot.

Jadi, kadang-kala terasa ada tekanan sikit di situ.



Kemudian, saya fikir.

Baba memang orangnya tidak terlalu banyak bercampur gaul dengan dunia luar. Dia sendiri mengaku tidak diberi kesempatan untuk berkhidmat lebih lagi kepada masyarakat sedangkan sekarang, itulah yang dia inginkan. Mungkin sebab itulah, dia ingin saya menjadi seseorang yang berkhidmat untuk masyarakat dan dalam masa yang sama, mendukung syiar Islam bersama-sama saya dalam perjuangan saya nanti.

Baba kerap juga menunjukkan tanda sokongannya kepada saya apabila saya update status di FB.  Biasanya, setiap idea yang terlintas di hati saya dengan izin Allah, saya terus tulis di FB. #sebabsayatausayacepatlupa

Dan Baba, sangat banyak like status-status saya yang berunsurkan idea kanak-kanak kecil bawah umur yang masih layak mengundi ni. :)

Alhamdulillah..



Kadang-kadang, bila memikirkan ada di antara kawan-kawan saya yang tidak dapat merasa sokongan padu sepertimana yang saya rasa daripada Baba, saya rasa sangat-sangat bersyukur kerana Baba sedia membantu dan menyokong setiap yang saya lakukan. :)

Jadi, bersama dengan harapan Baba untuk menjadikan saya seseorang yang boleh berkhidmat dalam masyarakat, saya ingin melangkah ke hadapan.

Saya dapat rasakan sekarang, betapa saya juga ingin menjadi sepertimana yang Baba impikan. :)

Ya..

Saya teringin sekali berkhidmat kepada masyarakat dan dalam masa yang sama, membimbing diri, keluarga dan masyarakat ke arah yang diredhai Allah. :)

In shaa Allah.. Saya akan cuba sebaik mungkin. :) 

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.