Early Education




Ya.. Saya sejak kebelakangan ini terlalu asyik memikirkan hal-hal sebegini. Pendidikan kanak-kanak, kehidupan remaja, visi dan misi, perkembangan minda masyarakat dan ya lah, semua benda yang lebih kurang begitulah. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. #pergh #dahsyat

Kenapa?

Mungkin sebab saya memang berminat. :D #memangtakbolehcakapapadah

Saya melihat ada di kalangan anak-anak remaja hari ini, mereka tak berminat untuk belajar pun. Apabila disuruh belajar, mereka menganggap belajar itu bosan. Pergi ke sekolah juga, tiada matlamat. Ada yang pergi ke sekolah, memang niat bukan untuk belajar pun, tapi nak pergi cari couple #hampeh . Ada juga yang ke sekolah, untuk cari kawan dan buat sesi story mory, umpat-mengumpat.

#imnotangellike

Apabila ke sekolah, mereka lebih terdorong untuk menyampah melihat muka cikgu dan rasa macam nak tidur saja dalam kelas. Tak cukup dengan tu, time rehat pula diisi dengan berjalan-jalan dari blok ke blok, sesi usha-mengusha.



Kalau di sekolah pun tak dapat nak amalkan budaya rajin belajar, di rumah apatah lagi.

Cakap bosan, tapi sebenarnya, kerja sekolah pun tak siap lagi. Mungkin, bagi mereka, tidak dapat berseronok, maka mood 'bosan' akan datang. Sedangkan, masih banyak perkara yang perlu difahamkan.

Apabila ke tempat tuisyen pula, sibuk nak pakai cantik-cantik, mekap tebal-tebal, usha-mengusha lagi. #lelah Sedangkan, di tempat tuisyen tulah tempat bertanya pada guru apa yang gagal difahami.

Itu bagi mereka yang agak mementingkan hiburan. :D

Ada juga remaja yang tak adalah mementingkan hiburan, kawan-kawan atau benda lain sangat pun tapi tetap sama sahaja, pergi ke sekolah, duduk di rumah, malahan pergi ke tempat tuisyen juga, mereka tetap tak minat untuk belajar. Saya tidak golongkan mereka ini sebagai remaja bermasalah atau golongan yang malas cuma mereka memang tak tahu dari mana hendak mula belajar.



Saya pernah mengeluh pada ibu saudara saya tentang hal ini, dan apa yang dia cakapkan ialah,

"From my personal view la, it is all about exposure from the parents."

All I could do was nodding and agree!

What else can it be?

Saya dah lama fikirkan hal sebegini. Saya meneliti diri saya sendiri dan meneliti diri mereka yang lain juga. Bukan sebab saya ni suka jaga tepi  kain orang tapi sebab saya memang suka fikirkan hal-hal begini. #salahke

Suasana cintakan ilmu itu yang menghidupkan jiwa seorang anak untuk belajar.


CONTOH 1



Saya ambil contoh kawan saya.

Kedua ibu bapanya adalah pensyarah. Dari kecil, mereka memang sudah terbiasa mendidik anak-anak dengan membaca buku dan belajar. Kawan saya sendiri cakap, memang dia suka sangat main cikgu-cikgu masa kecik-kecik dulu. #hehe

Apabila melihat ibu bapa sendiri asyik berkepit dengan buku, kawan saya juga terdorong untuk sentiasa berkepit dengan buku.

Malahan, datuk kepada kawan saya tadi juga sering membawa kawan saya ni ke kedai buku dan belikan dia pensel ataupun buku-buku untuk dibaca. Datuk itu juga sering menggalakkan kawan saya tadi untuk belajar rajin-rajin walaupun sekadar melihat cucunya itu main cikgu-cikgu.

Hasilnya, kawan saya kini sedang menjadi penuntut di Universiti Malaya. Berjaya meraih 11A dalam SPM, 9A dalam PMR dan 5A dalam UPSR.

Kawan saya ini juga jenis yang tidak gentar. Sepanjang saya mengenali dia, pada tahun kami mengambil SPM, sepanjang-panjang tahun itu dia tak pernah sihat. Kalau tak demam, batuk. Kalau tak batuk, selsema. Sakit kepala, sakit belakang. Senang cerita, memang tahun SPM tu tahun sakit buat kawan saya. Tambahan pula, dia memang memiliki antibody yang agak lemah. Asyik ke klinik sahaja.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkat suasana cintakan ilmu yang diberikan oleh ahli keluarga kawan saya ini, kawan saya ini berjaya dengan usaha yang gigih. :)


CONTOH 2



Sepupu saya yang ibunya adalah seorang guru di sekolah rendah. Ibunya itu saya panggil Mak Teh.

Saya sangat salute dengan Mak Teh. Didikannya terhadap anak-anak sangat-sangat hebat bagi saya. #daebak

Sejak kecil, sepupu saya ini dilatih supaya banyakkan latihan. Seingat saya, sejak dia di tadika, Mak Teh dah sediakan sepupu saya itu buku-buku untuk dibuat latihan. Sampailah sekarang, sepupu saya, Nurin namanya, biasa buat latihan.

Setiap kali saya balik kampung, tulis nota, buat kerja sekolah, Nurin pasti join saya sekali atas arahan Mak Teh. Mak Teh biasanya suruh Nurin buat latihan dan bila tengok saya pun tengah mengadap buku, Nurin pun join saya.

Bukan itu sahaja, saya juga melihat Mak Teh memberi pendidikan kepada Nurin dan adik-adiknya dengan mengajar mereka menonton rancangan TV yang berfaedah. Tapi, Mak Teh sentiasa letakkan timing kepada Nurin supaya dia tahu priority dia.



Mak Teh juga selalu bawa anak-anaknya berjalan-jalan ke sana sini. Bawa mereka bersiar-siar. Nak kata Mak Teh dan Pak Teh saya orang berada, saya pun tahu, mereka tidaklah berduit seperti mana orang lain yang boleh bawa anak-anak mereka makan angin di luar negara atau berjalan pusing satu Malaysia.

Bagi Mak Teh, anak-anaknya perlu dibawa bersiar-siar walaupun sekadar bersiar-siar di tempat berdekatan. Wang memang akan jadi kekangan tapi bagi Mak Teh dan Pak Teh, untuk anak-anak, mereka akan cuba lakukannya juga. Mereka ingin berikan anak-anak mereka pengalaman.

Learn from experience.

Saya rasa, Mak Teh sangat faham dengan falsafah ini jadi dia inginkan anak-anaknya untuk mempunyai lebih banyak pengalaman supaya mereka lebih faham dan lebih banyak belajar.

Mak Teh juga mendidik anak-anaknya terutama Nurin untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berdikari. Saya tak pernah lihat seorang kakak berusia sepuluh tahun dan seorang abang berusia tujuh tahun, menjaga seorang adik yang berusia tiga tahun dan seorang lagi adik yang masih bayi.

Nurin dan adik lelakinya sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu ibu bapa mereka. Apabila disuruh tidurkan adik mereka yang masih bayi, walaupun tengah main game ni, sanggup je dua-dua orang sepupu saya ni, bergilir-gilir main game untuk tidurkan adik mereka tu.

Sangat comel!

Nurin kini sudah berganjak ke Darjah 4. Saya patut cakap, saya berbangga dengan memiliki sepupu yang sebegitu. Easy to approach. Seriously! Saya sangat sukakan dia!

Mana tidaknya, dia sentiasa ada soalan. Dia sentiasa ingin belajar. Dia sentiasa ingin tahu. Bagi saya, ini adalah sesuatu yang sangat baik untuk seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun. Saya cuba untuk menjawab soalan Nurin yang pelbagai agar dia faham.

Pernah sekali dia cakap macam ni pada saya, 

"Kita kenalah banyak Tanya, kalau tak nanti kita bodoh."

#gulp


CONTOH 3



Sejak kecil, saya hidup dalam keadaan cintakan ilmu. Baba selalu ajar saya, Mama pun sama. Bermula dari Baba  yang sangat pedulikan hal pelajaran saya.

Sebelum saya masuk tadika lagi, Baba selalu belikan saya bahan-bahan yang boleh membantu saya belajar. Contohnya macam poster ABC, 12 dan ALIF BA TA. Tak cukup dengan poster yang saya tampal satu bilik, Baba turut belikan saya meja yang ada ABC dan 123.

Baba biasakan saya menonton kartun-kartun Disney supaya saya cepat belajar Bahasa Inggeris. Kebetulan pula, dulu, tiada lagi siaran yang boleh alih bahasa, Astro pun belum ada. Jadi, Baba banyak belikan saya VCD atau tape cerita-cerita kartun Inggeris. Itu adalah salah satu dari banyak alternative yang Baba gunakan agar saya cepat belajar.

Saya juga dibiasakan dengan pujian setiap kali saya melakukan sesuatu dengan baik. Saya masih ingat ketika saya mendapat tempat pertama semasa berumur lima tahun. Baba dengan gembiranya menjemput saya balik dari sekolah dan semasa di dalam kereta, Baba panggil saya dengan gelaran, 'doktor'.

Perkaa-perkara itulah yang membuatkan semangat saya naik berkobar-kobar untuk sentiasa perform yang terbaik dalam akademik.



Mama juga walaupun orangnya agak sederhana dalam akademik, apa yang saya boleh katakan ialah, Mama tidak biarkan saya begitu sahaja dengan alasan bahawa dia bukanlah orang yang berpelajaran tinggi. Sebaik sahaja masuk tadika semasa berusia 5 tahun, saya sudah boleh membaca dengan lancar hasil didikan Mama di rumah.

Waktu itu, Mama masih belum pandai membawa kereta dan tak dapat nak belikan saya buku yang boleh digunakan untuk mengajar saya membaca. Jadi, Mama ambil sehelai kertas berwarna kuning cair yang Baba bawa balik dari tempat kerja dan menulis suku kata seperti BA, BI, BU, CA, CI, CU, dan seterusnya. Dan Alhamdulillah berkat kesungguhan Mama, dengan izin Allah, saya sudah boleh membaca dengan lancar sebaik sahaja saya masuk tadika.



Ramai orang kata, saya budak yang rajin belajar. Saya tak pasti sangat sebenarnya sebab sejujurnya, saya merasakan saya tiada apa-apa yang boleh dibanggakan sekiranya dibandingkan dengan kawan-kawan saya yang lain.

Tetapi, melihatkan ada beberapa remaja yang langsung tidak memandang ilmu itu sebagai satu kepentingan dalam kehidupan, saya mula berfikir mengapa 'saya' dan 'mereka' berbeza.

Bagi saya, jawapannya ialah pendidikan awal, yakni pendidikan semasa kanak-kanak.

Memanglah ada di antara para remaja yang berjaya hari ini tidak lahir dalam suasana yang memberansangkan seperti yang saya nyatakan di atas. Tetapi ibu bapa harus faham, ini bukan alasan. 

Kalau benar ingin melihat anak-anak berjaya, takkanlah sebagai ibu bapa, hendak terus mendiamkan diri dan biar sahaja anak itu berjaya sendiri.

Saya tidak melihat pengorbanan yang sedikit dilakukan oleh ibu bapa sahabat saya, Mak Teh dan Pak Teh, seterusnya, ibu bapa saya sendiri juga. Untuk mengembang bakat dan minda anak-anak, ibu bapa perlu melakukan pengorbanan dan mula perbanyakkan ilmu dalam mendidik anak-anak.

Banyakkan komunikasi dan cakap dengan penuh kasih sayang.

Ibu bapa kena lebih memahami bagaimana otak kanak-kanak bekerja dan belajar.



Saya tidak menulis ini kerana saya nak jadi ibu atau sebagainya. Saya masih terlalu muda untuk itu tetapi sebagai seorang yang muda, saya melatih diri saya menjadi seorang yang prihatin mengenai anak-anak remaja lain yang sama-sama sedang meningkat bersama saya. Saya juga menulis ini agar kita mendapat sedikit maklumat bagaimana hendak mewujudkan insan-insan yang lebih berguna kepada ummah pada masa hadapan.

Tiada yang salah, bukan?

Konklusinya, ibu bapa lah yang memainkan peranan paling penting dalam mendidik anak agar menjadi manusia yang berguna atau sebaliknya pada masa hadapan.

Ini bukan sahaja dipersetujui oleh manusia biasa seperti saya malahan, Baginda Rasulullah saw juga turut menyebut di dalam hadis tentang perkara ini.

"Anak-anak itu ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya."

Saya harap post kali ini membawa perubahan yang besar dalam sudut pandangan dan pemikiran pembaca sekalian.. Hehe.. :D


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.