Untuk Kamu yang Rasa Macam Dah Jatuh

Assalamualaikum..

Untuk kamu yang rasa macam dah jatuh dan rasa macam dah tak boleh bangun lagi dah, saya pun pernah rasa macam tu.

Sekali hadapi ujian, datangnya ujian, terus jatuh terduduk, tak mau dah nak bangun. Suruh bangun, kaki dah rasa goyang, macam tak boleh dah nak berdiri.

To you, saya pun pernah rasa begini.



Saya pun pernah jatuh. Bukan setakat jatuh. Jatuh terlentang atas katil sendiri sampai tak mau bangun dah pun pernah. Hehe.. Itu time jiwa rasa malas yang teramat nak hadapi hidup. Susah sangat hidup ni sampai rasa macam nak tidur je selamanya. Padahal tau je yang diri ni masih belum cukup bersedia.

Saya ada satu tips. Tips yang saya dapat dari kawan saya. Jazakilahu khair. :)

Orang beritahu saya, kalau dah jiwa tu gundah sangat-sangat, bukalah Al-Quran, tataplah love notes tu. Pasti rasa tersentuh dan dapat mengubat gundah, kan?

Pasti.



Tapi, saya pernah mengalami kesukaran. Saya tak tau la kalau ini terjadi hanya pada saya atau pada orang lain juga. Tapi saya yakin ia terjadi pada saya jadi, mungkin, ia berlaku pada orang lain juga.

Saya buka Al-Quran. Baca tafsirnya. Baca semua, last-last, saya yang confused. Sebab, tau tau je la, ayat dalam Al-Quran tu penuh dengan bunga dan lenggok bahasa yang tiada tandingan di dunia ni.

Saya rasa, mungkin sebab tu, ada yang give up terus nak baca Al-Quran then, decide to cheer up dengan cara lain.

Contohnya, tengok Running Man. Hehe..

Bukannya saya cakap tayah tengok langsung Running Man tu, tapi, tau tau la mana hadnya, ya? Kalau sampai nak mengubat jiwa pun dengan Running Man, payah jugak tu. :)



Memang susah nak faham Al-Quran sebab kebanyakan ayatnya agak kompleks. Tambah pulak dengan ilmu yang sangat-sangat sikit nih..

Jadi, instead of baca tafsir Al-Quran tu semata-mata, apa kata kita perbaharui cara kita mendalami dan memahami ayat Al-Quran dan seterusnya, menyematkannya dalam jiwa..? Baru feel.. :D

Caranya adalah dengan mencari bahan bacaan berbentuk keagamaan yang bersesuaian dengan kondisi jiwa kita waktu tu. Tak kisahlah buku ka, majalah ka, risalah ka, website ka, blog ka, FB notes ka, apa-apa sahaja bahan bacaan adalah valid bagi tujuan ini.

First, bahan bacaan tersebut mestilah sesuai dengan keperluan jiwa yang tengah gundah.

Kalau buku, pilihlah tajuk yang sesuai dengan keadaan diri kita.
Kalau majalah, selaklah majalah tu, carilah apa-apa yang sesuai dengan kehendak jiwa.
Kalau website, Google sahajalah apa yang kita rasa jiwa kita nak makan.

Second, bahan bacaan tersebut mestilah berbentuk keagamaan, di mana ia mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran yang ada sedikit explaination.

Then, barulah kita faham. Faham dengan maksud ayat Al-Quran tersebut dan bagaimana nak serap masuk dalam kehidupan.

Kebanyakan buku keagamaan harini, akan disertakan dengan ayat-ayat Al-Quran dan ada sedikit penerangan bagi menambah kefahaman si pembaca.

Dari situlah baru kita belajar memahami keindahan ayat-ayat pujukan cinta direct dariNya. Apa yang cuba dimaksudkan dari ayat-ayat indah tu, akan kita fahami dan akan meresap, memujuk hati yang lara.



:)

Perlahan-lahan, ya?

Tips ni sangat-sangat berguna apabila diaplikasikan time hati tengah sakit tenat. Kalau hati tenat, you know, itulah masanya cari penawar secepat mungkin. Or else, thing might be even worse than ever.

Ianya adalah pilihan. Antara mahu atau tidak.

Semoga bertemu di 'sana' dalam keadaan yang 'baik', ya?


Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.