The Lonely + AdaMu (Part 11)


Jam menunjukkan pukul enam setengah pagi apabila aku terjaga dari tidur. Jam loceng yang tidak aku kunci, berbunyi seolah-olah tahu akan keletihanku untuk bangun awal pada pagi itu. Memandangkan aku sudah hampir terlajak subuh, aku segera menegakkan badanku dan menuju ke bilik air untuk berwudhu'.

Sempat aku berus gigi dan mencuci muka sebeum terus berwudhu'.

Kalaulah tidak kerana bimbang akan membebankan umatku, nescaya aku perintahkan mereka supaya bersugi setiap kali berwudhu'. [HR Bukhari dan Muslim]

Seusai menunaikan hak aku sebagai seorang hamba, aku ke bilik air bagi menunaikan hak fitrahku sebagai manusia biasa.


Untuk ke hospital, aku mengenakan sehelai blaus putih separas lutut dan sehelai slack berwarna khaki bersama tudung yang sepadan. Sesuatu tentang aku ialah, aku sangat menitik beratkan imejku sebagai seorang doktor. Pakaianku tidaklah begitu mahal tetapi bersifat sederhana, sepadan dengan kerjayaku dan cukup kemas bagi seseorang doktor perempuan.

Semasa aku hendak meninggalkan bilik, barulah aku tersedar bahawa aku terlupa mematikan suis lampu tidur yang terletak di sisi kedua-dua belah katil. Aku sekali lagi menarik kain cadar yang telah aku kemaskan. Tanganku tiba-tiba tersentuh sesuatu yang tidak lembut dan tidak empuk seperti cadar.

Aku segera memasukkan tanganku ke bawah cadar, mencari-cari apa yang disentuh oleh tanganku sebentar tadi.

"Take care. I will be away for few days. Sorry for the late information."

Aku merenung sebentar kertas nota berwarna merah jambu pekat itu sebelum dapat mencerna apa yang dimaksudkan sebenarnya.

Oh ya.. Dia ada memberitahuku tentang konferens yang perlu dihadirinya di Kuala Lumpur. Baru teringat. Aku membawa tanganku ke dahi. Seketika, aku melarikan jari-jemariku di atas dahiku berkali-kali sebelum meletakkan semula nota itu dan mencapai telefon bimbit yang sudah dicas.

Sambil mengenakan kasut, aku cuba menghubungi Asyraf Amin. Seteruk mana pun hubungan kami, aku masih merasakan keperluanku untuk meminta maaf kepadanya kerana tidak dapat menyertai makan malam bersama-sama dengan Mama.

Gagal dihubungi. Mungkin dia ambil flight.



Sambil bergerak ke kereta, aku cuba pula menghubungi Mama.

Seketika kemudian, kedengaran suara Mama di hujung talian. Tidak bernada seperti biasa. Pasti marah.

"Don't worry, dear. I will be seeing you in the hospital during your lunch," Mama kemudiannya terus memutuskan talian. Nampak sangat dingin dan marah barangkali kerana ketidakhadiranku semalam.

Keluhan berat dilepaskan. Keadaan menjadi sedikit sukar selepas keputusan yang aku ambil semalam. Aku benar-benar ingat aku akan dapat memperbaiki semuanya tapi tidak juga.

Huh.. Moga Allah permudahkan segalanya.

Aku memasukkan gear satu dan mula meninggalkan kawasan parkir.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Seperti yang diberitahu oleh Dr. Afsheen, aku kini sudah bersedia untuk memberitahu Mak Cik yang aku akan keluar sebentar dari rumah itu. Alasanku ialah, aku perlukan masa untuk bersendirian. Alangkah peliknya alasan sebegitu. Meninggalkan rumah semata-mata kerana aku nak bersendirian?

Ini semua idea Dr. Afsheen. Katanya, "Sekiranya awak perlu bergaduh dengan dia, awak tetap akan bergaduh dengannya supaya awak boleh keluar dari rumah itu dan datang ke hospital. Kita akan lakukan beberapa pemeriksaan dan awak perlu tinggal di hospital beberapa hari. Selepas itu, awak boleh balik."


Sejujurnya, aku kurang bersetuju dengan idea Dr. Afsheen. Dia betul-betul pandai memaksaku. Dia mengugut untuk datang ke rumah untuk mengambil aku sekiranya aku tidak ke hospital. Dia juga mungkin akan berterus-terang sahaja pada Mak Cik tentang penyakitku sekiranya keadaan mendesak dan memaksanya berbuat demikian.

Tindakannya sungguh tak menyenangkan.



Aku mengemas beberapa barang keperluan yang perlu dibawa bersama seperti buku, Al-Quran, kain telekung dan barang-barang keperluan peribadiku.

Aku memasukkannya dalam beg galasku dan sebuah lagi beg kitar semula berwarna hijau.

Mak Cik Subaidah yang ternampak aku menutup pintu bilik dengan berpakaian kemas dan menggalas beg segera memanggil namaku.

"Hani Hayani!" jelas dan lantang, cukup untuk buat aku terkedu.

"Ya," aku menjawab perlahan. Kedua-dua beg ditinggalkan di hadapan pintu bilikku. Aku berjalan ke arah Mak Cik yang sedang memulakan aktiviti memasaknya di dapur.

"Kau nak ke mana ni?" Mak Cik bertanya sambil matanya langsung tidak memandang ke arahku.

"Saya nak keluar untuk beberapa hari," aku dengan suara yang perlahan, memberitahu. Aku sangat berharap agar Mak Cik tidak akan bertanya apa-apa soalan lagi seperti mengapa dan ke mana aku hendak pergi.

"Kau nak pergi mana? Aku tau la kau nak keluar!" bentak Mak Cik. Matanya terus pada karipap-karipap yang sedang digoreng di atas dapur.

"Saya nak pergi berjumpa seseorang," aku menjawab. Dr. Afsheen menyuruh aku menjawab yang aku bakal tinggal di rumahnya. Aku tahu itu semua direka sebagai sebuah pembohongan.



Aku tak rela nak berbohong! Umurku belum tentu masih panjang. Dibuatnya aku mati dalam keadaan berbohong pada Mak Cik, tidakkah rugi aku di sana nanti?

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta. [Surah Ghafir : 28]

"Kau nak jumpa siapa?" Mak Cik kali ini mula memandangku setelah dimatikan api dapur. Matanya kelihatan mengancam.

"Doktor yang datang rumah hari tu," aku terus menjawab tanpa menyebut nama Dr. Afsheen. Aku tahu Mak Cik bukannya berniat untuk tahu tentang Dr. Afsheen pun.



"Aku tak izinkan," Mak Cik terus bergerak ke rak yang menyusun semua bekas yang digunakan untuk mengisi kuihnya.

Aku agak pelik dengan kenyataan Mak Cik yang ini. Sebelum ini, aku bebas ke mana-mana sesuka hatiku dan selama mana yang aku mahu memandangkan Mak Cik tidaklah begitu sukakan aku berada di rumah. Panas, katanya. Tetapi, jarang sekali aku keluar kalau bukan ada sesuatu hal yang penting seperti kes aku ke hospital tempoh hari.

 Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku sudah berjanji dengan Dr. Afsheen. Aku juga tidak boleh terus berada di rumah. Aku juga ingin tahu akan keadaan tubuhku yang sebenarnya. Dan, Dr. Afsheen juga tak mungkin berdiam diri sahaja sekiranya aku tidak muncul di hospital hari ni.



"Saya dah telefon Hazwan pagi tadi. Dia akan membantu Mak Cik sepanjang ketiadaan saya. Saya sudah beritahu segalanya pada dia. Mak Cik jangan risau," aku memberitahu walaupun aku tahu Mak Cik tidak bertanyakan apa-apa soalan tentang hal itu.

Aku segera bergerak semula ke bilikku dan mengambil kedua-dua buah begku yang sudah aku sediakan. Aku menghidupkan enjin motosikal dan terus meninggalkan rumah Mak Cik.

Seketika kemudian selepas itu, telefon bimbitku terus berbunyi. Aku rasa, aku dapat mengagak siapakah pemanggilnya lantas aku abaikan sahaja panggilan tersebut. Aku tidak langsung cuba berhenti di bahu jalan dan menjawab panggilan tersebut.

Mataku mula bergenang dengan air mata. Sungguh, ini berat, ya Allah.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------



"Saya dah sampai," tertulis mesej pesanan ringkas itu di skrin Xperia SLku. Aku hanya tersenyum memandangnya. Akhirnya....

Aku membalas dengan menyuruh Hani Hayani terus sahaja ke bilikku.

Tepat jam 9.07 pagi, Hani Hayani sudah berada di dalam bilikku. Pakaiannya sangat ringkas. Wajahnya sedikit muram dan agak kurus berbanding sejak kali terakhir dia berada di hospital.

"Boleh kita mulakan sekarang?" aku bertanya pada Hani. Dia hanya membalas dengan anggukan.



Aku memulakan pemeriksaan dengan melakukan ujian darah terhadap Hani. Kemudian, selepas meminta jururawat menghantarkan sampel darah Hani, aku meneruskan dengan ujian Chromogranin A dan MRI bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang keadaan tumor di dalam tubuh Hani. 

Aku juga menjalankan process 'staging' bagi melihat samada tumor Hani sudah merebak ataupun tidak. 

Satu persatu ujian dijalankan dan aku dapat menangkap beberapa kali Hani mengeluh berat. Mungkin kerana bimbang dan rasa tidak senang hati. Aku juga pastinya tidak akan merasa selesa sekiranya perkara yang sama dilakukan kepadaku. 



Jam 12.33, aku selesai menjalankan ujian kepada Hani Hayani. Sekarang, aku hanya perlu menunggu keputusan dari makmal. 

Hani Hayani kembali ke bilikku dengan kerusi roda dan seorang jururawat. Jururawat manis tersebut meninggalkan Hani sebaik sahaja menolaknya ke hadapan mejaku. 

"Kenapa jururawat tak bawa saya terus sahaja ke wad?" 

"Awak kata awak tak nak berada di sini," aku membalas persoalan itu. Sebenarnya, aku sudah merancang sesuatu yang lebih baik daripada hospital untuk Hani Hayani.
 


Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to The Lonely + AdaMu (Part 11)

siti aishah ebnil hajar said...

perkembangan cerita yang baik.. ^__^

Mimi Jazman said...

siti aishah ebnil hajar ...

yeke? Alhamdulillah.. terima kasih..! :D eh..siti pun bace jgak ke? :)

Annur Izz said...

mimi..cter the lonely nie mimi buat sendiri ea?..hoho..insyaAllah..mimi jazman bakal terbitkan sebuah buku..barakillah dear..

Mimi Jazman said...

Annur Izz ...

a'ah.. buat sendiri je.. :) in shaa Allah.. sebenarnya..sy lg suka tulis dekat blog berbanding terbitkan buku.. sbb..hehe.. :D mcm style je klau tulis kat blog ni.. hehe.. :D

tp..klau diberi peluang..apa salahnya kan?

Annur Izz said...

terbaiklah..insyaAllah..moga Allah bantu..mcm mn mimi cr idea plak?

Mimi Jazman said...

Annur Izz ...

aminn.. :)

mcm mana cari idea?

ekeke.. first of all..mestila dr Allah kn? hehe.. :)

melalui cerita korea sebenarnya.. bnyk sgt tengok cerita korea..tereffect plak.. hehe..

lepas tu..dok tgk rmai sgt org dok cerita ttg 'cinta',sy egt nk cba theme lain pulak.. sebab tu la..

idea yg mula2 tu sikit ja.. leas tu..topup2 la.. :D

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.