Saya Tahu Bagaimana Rasanya

London mempunyai dua orang sahabat baik, Paris dan Francis. *ekeke..* 

London, Paris dan Francis telah berkawan baik sejak sekolah rendah lagi. Mereka sentiasa bersama dan boleh dikatakan, hidup mereka juga mempunyai corak kehidupan yang sama. Mereka sudah terbiasa makan bersama, melepak bersama, solat bersama, bercerita bersama, menangis bersama dan bolehlah sekiranya saya simpulkan, mereka ini HIDUP bersama.

Seorang sahaja yang derita, semua akan menderita sama.



Kerana persahabatan yang utuh itu, mereka seperti takkan pergi menjauhi antara satu sama lain. Seolah-olah, sudah ada satu janji setia yang tertulis tanpa mereka menyedarinya.

Akhirnya, ketiga-tiga sahabat ini berpindah masuk ke sekolah baru. Ya.. Dengan ujian dan rasa seperti terpinggir oleh mereka yang lain kerana title 'baru' mereka, London, Paris dan Francis semakin kuat dan teguh dalam persahabatan mereka.

Mereka tidak kisah apa pendapat orang lain tentang mereka. Mereka akan tetap bersama sampai ke sudahnya juga. 



Setahun berlalu, dan dunia mereka mula berubah. Terasa mereka seolah-olah bergerak menjauhi antara satu sama lain.

Bermula dengan Francis yang bertemu dengan kawan-kawan baru. Katanya, ingin memulakan kehidupan baru. Dia memulakan setapak menjauhi London dan Paris dengan mengadu masalahnya pada kawan-kawan lain dan bukan kawan-kawannya sendiri.

London dan Paris mula terasa seolah-olah ditinggalkan dan dipinggirkan. Kehilangan Francis terasa getarannya. Mereka bagaikan kehilangan salah satu daripada anggota badan mereka. Tetapi, tangisan disorokkan. 


London cuba memahami keadaan Francis dan cuba membantu Paris dengan beban perasaannya. Dia setia bersama Paris dan telah berikrar dalam diri, akan setia sampai hujungnya nanti. Dia juga terseksa dan pedih. Dia juga merasa kehilangan.

Tapi, bagi London, tak guna lagi dia cuba untuk mengembalikan Francis. Francis sudah menemui kawan-kawan baru yang akan membantunya dalam kehidupannya yang sukar. London teguhkan hati. Dia tahu, dia masih ada Paris, jadi dia akan bersama dengan Paris. Dia takkan dapat membantu Paris sekiranya dia juga menangis dan menunjukkan kelemahannya.

London dan Paris mula berlapang dada dan menerima ketiadaan Francis. London dan Paris cuba berdiri bersama dan cuba untuk betahan bersama. 

Buat seketika, semuanya kelihatan baik-baik sahaja.



Tapi, siapa sangka, ujian Dia kali ini, benar-benar untuk London.

Paris mula menjauhkan diri. Setapak selangkah seiring bersama Francis. Paris bersama-sama dengan Francis, bersama kawan-kawan Francis yang baru. Dan bagi Paris, inilah sahabat-sahabat yang dinanti-nantikannya. Dia juga seolah-olah menemui jalan hidup baru.

Dan, kini, tinggallah London bersendirian.

Kesunyian itu kekal
Rasanya seperti takkan terpecah lagi kesunyian itu
Kepedihan dan kesakitan bagaikan mencucuk lebih dalam
Duri derita yag tak tertanggung
Bagai membelah jantung yang sedia berdarah -London-
Tetapi, teguhnya hati London, dia tidak menangis. Dia sedar kedudukan dirinya pada mata Paris dan Francis. London sedar betapa bodohnya dirinya andai kata dia membiarkan semua itu membunuh dirinya. London dalam keadaan sesak nafas dan himpit dada, cuba bangun dari kesunyian itu.

Dia yakin dia tidak bersendirian. Tak guna menangis pada mereka yang sudah pergi meninggalkan. Dia juga nampaknya, perlu bergerak menuju ke hadapan, meninggalkan segala kenangan manis dan perit bersama Paris dan Francis. Mungkin, mereka akan mengenangnya suatu hari nanti, tapi dia takkan pernah mampu memandang semula semua kenangan itu.



London cuba bernafas sendiri. Menyedari yang dia masih memiliki keluarga dan kawan-kawan lain yang masih boleh menemaninya, London cuba kuatkan dirinya dan kekal tersenyum.

Dalam tangisan, aku cuba tersenyum
Pada perihnya kehidupan, aku akan cuba ketawa
Kerana hidupku bukan genggaman mereka!
Ianya milik Dia..
Mengapa harus aku pandang pada hakikat yang pedih
Sedangkan dunia dan impian masih luas terbentang untukku -London-
London yakin Allah, Yang Memberi Balasan pada tangisannya yang disorokkan. London yakin, hidupnya tidak akan tergadai hanya atas nama persahabatan. Dia akan bertahan. Allah tidak akan mensia-siakan ketabahannya itu.

*********************************************************************************



Orang akan kata saya sedang mengkritik dan tidak membela mereka.

Oh..! Sudah tentu saya tidak membela mereka.

Kerana bagi saya, sikap London ini yang harus saya pandang dan jadikan iktibar. Kuatnya dia dalam kehidupan ini. Dia pun bukanlah kuat sangat, tapi dia tidak menunjukkan penderitaannya pada sesiapa. Dia sakit dan kecewa, tapi tangisannya, disimpan buat diri sendiri sahaja.

Sejujurnya, saya tahu, saya berpengalaman. Jadi, saya berharap dapat membantu.



Saya membenci diri saya kerana pengkhianatan saya terhadap sahabat saya sendiri.
Saya membenci diri saya kerana pengkhianatan mereka terhadap sahabat mereka sendiri.

Memikirkan saya yang pernah mengabaikan perasaan beberapa orang sahabat saya, saya merasakan saya tidak layak merasa sedih dan kecewa apabila ada beberapa orang daripada sahabat saya, mula mengabaikan perasaan saya.

What goes around, comes around. 



Mereka akan berjanji setia, seolah-olah duduk, berdiri bersama, mati pun bersama!

Tapi, sudah dijanjikan pun, manusia, mereka takkan bersama kita selamanya hatta sekuat mana pun mereka cuba bertahan untuk kita. Akan sampai juga waktunya, mereka akan mengkhianati kepercayaan dan kasih sayang yang kita berikan pada mereka.

Jadi, kenapa?

Kenapa harus bersedih pada hakikat yang pasti?



Yang kamu boleh lakukan hanyalah bersabar dan tampil kuat.

Saya kenal seseorang seperti London. Yang hatinya nipis, tapi cuba dikuatkan. Dan kini, dia sudahpun  kebal dengan tikaman pisau mahupun pedang derita dunia. Saya kagum dengannya.

Saya belum pernah melihat seseorang sepertinya. Yang tangisannya, benar-benar untuk dirinya sendiri.

Apa kata kita jadi seperti dia? 

Kuat dan kebal dari tikaman pedang dunia. Biar manusia meninggalkan kita, kita yakin Dia takkan pernah tinggalkan kita walau dalam keadaan apa sekalipun. Selagi nafas dikandung badan, kita gantungkan segalanya pada Dia.



Kerana Dia lebih tahu apa yang layak dan baik buat kita.

Kalau benar kita bersabar, Dia takkan persiakan kita.

Sesungguhnya, Allah tidak memungkiri janji. 

Kita akan rasa marah kerana diabaikan.
Kita akan rasa sakit kerana ditinggalkan.

Tapi, biarlah sakit itu meratah jiwa dan bukannya semangat kita. Kita perlu kuat menghadapi keadaan yang memeritkan seperti ini.

Hidup ini bukan untuk mereka pun,
tapi untuk Dia sahaja!

Please, smile.. 



 
 

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.