Penjagaan Kulit Muka

Assalamualaikum.. :)



Saya harap apa yang bakal saya tulis ni tidak akan menimbulkan sebarang perasaan 'pelik' atau 'aneh' kepada para pembaca.

Saya tahu ada yang membaca ni lelaki, jadi, kalau nak baca tu, baca je la. It can be useful for you too.. :) In shaa Allah..

Mesti pelik kan?

Intro pun dah semacam. Agak-agak, apa yang saya akan tulis sebenarnya?

Hehe.. It is nothing la.



Sebenarnya saya nak pesan kepada semua, supaya jaga kulit muka.

Sungguhla pelik. Ni first time saya tulis hal macam ni. Sebelum ni, saya selalu rasa nak tulis perkara-perkara macam ni, tapi saya selalu fikir, orang akan anggap saya yang bukan-bukan kalau saya tulis pasal ni.

Tapi, tak pa la kalau orang nak fikir yang bukan-bukan pun.

Sesuatu yang saya selalu perasan ada antara kita ni, girls, of course, tak nak jaga kecantikan kulit.

Hm.. Bagi saya, sebagai seorang perempuan la, bukan..bukan.., bagi seorang Muslim la, kita semua kena jaga kecantikan kulit wajah kita.



Saya selalu berjumpa dengan mereka yang menganggap penjagaan kulit wajah ni tak penting.

Dengan mudahnya, meletakkan wajah di bawah cahaya matahari terik. Tak cukup dengan tu, kulit wajah dibiarkan, tak dicuci, berjerawat and so on..

Memanglah hal ni sebenarnya agak kecil, tapi sejujurnya, ia akan menjadi perkara besar kalau tak jaga dari sekarang.

Saya banyak terjumpa dengan orang yang tak jaga kulit time remaja, dan apabila dah dewasa, kulit wajah tiba-tiba jadi bermasalah. Dan dari situ, mulalah self-confidence menurun, rasa malu nak keluar sebab banyak sangat jerawat dekat muka, segan nak bukak tudung walaupun depan muslimat sebab tona wajah tak sekata.

Heh.. Saya dah macam pakar kulit dari Skin Care Solution kan?

Most of us lupa yang sebenarnya, kulit wajah ni pun nikmat dari Allah. Nikmat yang kena jaga baik-baik, sama juga seperti benda yang lain.



Mari dengar kisah saya.. Hehe..

Sejak darjah lima kalau tak silap saya, Baba dah suruh Mama belikan saya pencuci muka. Kata Baba, muka kita ni kena jaga elok-elok dan jangan pandang sebelah mata sahaja.

Baba cakap, kita kena selalu cuci muka dengan pencuci yang sesuai untuk jaga kebersihan kulit. Jangan biarkan kulit ni terdedah pada cahaya matahari sangat sebab nanti cepat gelap. Dan banyak lagi tips yang Baba suruh saya buat untuk jaga kulit saya.

Even kalau Baba perasan yang kulit saya semakin gelap atau tiba-tiba timbul jerawat, Baba akan tegur. Saya pernah ingat, ada satu ketika tu, saya agak sibuk nak jaga kulit muka saya, jadi, timbullah jeragat, dengan bertambahnya dark tone pada kulit, then, Baba complain.

Baba memang macam tu. Dia sangat pentingkan penampilan.

Tapi Baba bukanlah orang yang nak cantik semata-mata. Bagi Baba, saya kena jaga kulit muka saya sebab itu adalah sebahagian daripada penampilan saya.

Dari penampilan yang bagus, barulah datangnya keyakinan. :)



Mungkin akan ada yang cakap, "dengan berwudhu' pun dah cukup kan?"

Hehe..

Well..wudhu' pun salah satu daripada tips penjagaan kulit wajah, tau?

Why?

Sebab, everytime kita nak solat, kita akan ambil wudhu', dan secara automatik, kita akan basuh muka kita. Dengan basuhan muka tu, kita sebenarnya membersihkan kulit wajah kita dari semua jenis habuk dan kotoran yang melekat pada wajah. :)



Cuma, apa salahnya kalau kita care for more kan?

Contohnya, mencuci muka dengan pencuci muka yang betul, dua kali sehari. Lebih pun tak apa.

Then, mungkin boleh cuba letakkan toner setiap kali lepas cuci muka tu.

Hm.. Lagi?

Letaklah krim pelindung sikit bila nak keluar dari rumah. Bukan sebab nak bagi muka tu putih, tapi sebab nak jaga muka tu daripada kena cahaya matahari yang terik.

Sebenarnya, kalau muka kita selalu kena cahaya matahari, muka kita bukan sahaja senang jadi lebih gelap, tapi mudah jadi berminyak, kering dan nampak kusam juga.

:)



Saya beritahu sebab saya rasa kamu semua kena peduli. Ini adalah tentang penampilan kita sebagai seorang Muslim juga. Tak salah kan kalau seorang pendakwah, tampil cantik, comel dan clean (bagi akhawat) dan kacak, smart dan clear (bagi ikhwan) ?

Tak mau la nanti semua orang tengok pendakwah ni dengan label 'mereka yang berkulit kusam'.

Hehe..



Bagi mereka yang memang dianugerahkan Allah dengan kulit yang memang dah cantik tak kira la apa jadi sekalipun, alhamdulillah..

It is an anugerah.. Hehe.. :D

Bagi yang tidak dikurniakan dengan kulit cantik berseri, kamu tetap sahaja gorgeous sebab kamu bawa agama Dia dalam diri kamu. :D Jadi, untuk menghargai kulit wajah kamu itu, jagalah dia baik-baik, ya?

:)

Moga bermanfaat.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

7 Responses to Penjagaan Kulit Muka

gadisBunga™ said...

good girl.

akak GB memang jenis yang jaga pasal benda2 ni. memanglah tak la cantik mana pun, tapi kite tau kita jaga kulit kita, kite care pasal penampilan kita. dan dari situ confidence itu timbul.

good girl. :)

Mimi Jazman said...

gadisBunga ...

hehe.. :D sy mmg good girl pun.. ekeke.. :)
fashion is all about confidence.. :)

Hawa Faqihah said...

setuju dgn akak!!!

Mimi Jazman said...

Hawa Faqihah ...

awak jage kulit muke x?? :D

Ani said...

Cuba try collagen powder dari shaklee. Memang berkesan.

faizul badri said...

Ada seorang akak bagitahu saya, jerawat, jeragat, tona kulit tak sekata, kulit berminyak dan segala macam boleh diatasi bila guna produk Dnars.....insyaALLAH MENJADI.....
http://muslimchoices.com/?p=set_kecantikan_dnars&s
Sekadar cadangan.....

ida said...

kita perempuan memang sangat peka dengan kebersihan muka kan?
Muka yang bersih boleh elak jerawat. Nice entry.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.