Menangislah!

Kalau rasa susah nak menangis keranaNya. Sekurang-kurangnya, menangislah kerana tak dapat menangis keranaNya. [awz 10; smkay ]
Sebagai manusia, kita takkan lari daripada perasaan sedih dan kecewa, duka dan lara. Dan kadang-kadang, boleh jadi juga selalu, kita terasa macam nak menangis sepanjang masa akibat kesedihan yang melampau.

Itu semua perkara biasa. Kenapa nak malu kalau tengah menangis?

Bukankah kalau menangis tu, tandanya, hati kita lembut.

Bersyukurlah kerana dapat menangis sepuas-puasnya kerana ada orang yang tak dapat melakukan hal sedemikian. [Anonymous] 
Saya pernah menonton sebuah movie. Sangat hebat ceritanya. :)

Saya suka.

Menceritakan tentang seorang budak lelaki yang menzahirkan kekuatan dirinya walaupun selepas kehilangan ayahnya. Budak lelaki ni tidak menangis dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kesedihan. Sebaliknya, dia tetap terus melakukan semua aktiviti yang biasa dilakukan bersama ayahnya semasa ayahnya masih hidup.

By the end of the story, budak lelaki tadi seolah-olah tersedar dengan gaya hidup yang dilaluinya. Dia hidup dengan harapan ayahnya dapat kembali semula. Kemudian, dia sedar, betapa sia-sia apa yang dilakukannya kerana apa pun yang dilakukannya, ayahnya tetap takkan kembali.

Setelah lama hidup dalam keadaan yang kuat dan tabah, budak lelaki tadi akhirnya mengaku akan semua kesalahannya dan menangis sepuas-puas hati. Rupa-rupanya, budak lelaki tadi, memang mengalami masalah.

Ingat tak watak Rizwan, yang dilakonkan oleh Shahrukh Khan dalam My Name is Khan?

Ok.. Budak lelaki yang saya tengok dalam movie tu, mengalami masalah yang sama dengan Rizwan. Which is, mereka ni, ada emosi, tetapi mereka tak dapat nak tunjukkan emosi mereka dengan baik. Mereka mungkin sedih, tetapi mereka tak boleh menangis. Mereka mungkin marah, tetapi mereka tak  boleh nak tunjukkan secaa total kemarahan tu.

Jadi, bersyukurlah. Kita tidak mengalami sebarang masalah untuk menangis ketika mana kita bersedih. :)

A person who cries is not because they are not strong but because they have been strong for a long time. [Johnny Deep]

Betul tu..

Kita menangis kerana kita sudah lama menahan diri daripada menangis.
Kita menangis kerana kita dah tak tahan lagi dah nak sorokkan kesedihan kita.
Kita menangis kerana kita sangat-sangat bersedih hati.
Kita menangis kerana adakalanya, kita jatuh setelah sekian lama kita tidak jatuh. (Orang yang kerap jatuh biasanya takkan menangis lagi dah.) :)

Tak salah menangis. Nanti, kalau ada kesempatan, saya akan ulaskan lagi bagaimana kita semua seharusnya menangis. :)

In shaa Allah..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.