Maafkan Saya

Assalamualaikum.



Mungkin disebabkan sudah terbiasa dengan gaya hidup seorang yang terperap di rumah dan hanya keluar bersama keluarga, saya jadi pelik apabila ada beberapa orang rakan saya yang dengan mudahnya merancang pergi ke sana sini.

Sebenarnya, kalau difikirkan semula, ia tidaklah begitu pelik. Perkara biasa bagi semua gadis remaja.

Disebabkan saya tidak dibesarkan dalam suasana yang sebegitu, ia menjadikan saya sedikit jakun dan kurang bersosial melainkan bersama ahli keluarga.

Saya menulis ini adalah untuk meminta maaf pada seorang sahabat saya.



Saya jarang dapat menghabiskan masa bersamanya sepertimana 'girlfriends' yang lain selalu buat. Dia sendiri pernah mengajak saya bersiar-siar bersama ke tempat-tempat di mana kawan-kawan yang lain biasa pergi. Shopping mall, of course.

Bukanlah nak berbelanja sangat pun. Memandangkan saya dan kawan saya ini kaki buku, saya dapat rasakan, satu-satunya aktiviti kami nanti ialah melepak di kedai buku, mencari buku dan membaca buku.

Paling tidak pun, sibuk tengok alat tulis yang comel-comel walaupun dah habis sekolah.

Ataupun bersembang, update segala cerita terbaru.

Kami mungkin boleh dikategorikan sebagai budak perempuan biasa yang tak selalu membeli-belah baju, tak cerewet pakai apa pun asalkan tutup aurat dan macam-macam lagi la. Kami bukanlah kaki beli tudung, shopping make-up ke apa-apa ke.

You know, we are just fine girls.

Hehe.. :D

Alhamdulillah..



Bagaimanapun, saya ingin meminta maaf pada sahabat saya itu kerana tidak dapat meluangkan masa, melakar kenangan sepertimana kawan-kawan yang lain. Saya tahu, dia teringin juga melakukan semua aktiviti itu.

Saya juga, kadang-kadang.

Memanglah cemburu tengok kawan-kawan yang lain, easily hang out bersama. Merantau sana-sini. Sedangkan, saya tidak diberi kelebihan itu.

Cuma..di sini, saya ingin beritahu kamu, sahabat saya, yang persahabatan kita ini istimewa.

Ini bukan semata-mata persahabatan 'hang out like BFFs' yang lain, ini ukhuwah. Antara kita ini ukhuwah. Yang tertautnya hati kerana kasih sayang atas nama Ilahi.

Kita masing-masing ingin menjadi lebih baik. Saling sama-sama ingin memperbetulkan antara satu sama lain.

Saya harap kamu tidak leka. Saya juga berharap saya tidak leka bersama kamu.

Saya harap saya boleh bersama dengan kamu hingga ke 'akhirnya' bukan setakat di 'sini', semata-mata. Saya tahu saya tidaklah sempurna atau sebaik kawan-kawan yang lain, tapi saya ingin juga mencuba dan menjadi seseorang yang lebih baik daripada diri saya hari ini.

Saya harap dapat bawa kamu bersama. Sebab kamulah yang berdiri bersama saya, mengetahui susah dan senang saya.

Tak mengapalah kita tak dapat 'hang out' seperti mereka itu di 'sini'. Sekurang-kurangnya, itu boleh dijadikan satu 'anjakan' buat kita bersama. Kalau kat 'sini' kita tak boleh 'hang out' bersama, marilah kita berusaha menggapai redhaNya, supaya kelak, kita boleh 'hang out' bersama di 'sana'.

Sweet kan?

Saya tahu tu.. :D

Saya nak pujuk hati saya. Saya nak pujuk hati kamu juga.



Saya nak beritahu...

Saya ada seorang sahabat, yang dari dulu sampai sekarang, walaupun apa yang datang, kami masih tak lupa antara satu sama lain. Walaupun jarang sangatlah nak telefon, sebulan sekali pun payah, hati kami masih saling mendoakan. Kami tak dekat langsung, malah susah senang kami tak diketahui pun.

Dia tak tahu saya susah. Saya tak tahu bila dia senang. Kami masing-maisng sibuk.

Tapi, hati kami bertaut. Dalam doa, biar jauh, kami sentiasa ingat antara satu sama lain.

Dia tidak lupa pada saya, yang dulu pernah berkongsi masa silam dengan dia.
Saya juga tidak lupa pada dia, yang dulu pernah berkongsi saat menangis bersama saya.

Saya harap begitulah juga kita nanti.



Biar mata tidak bertemu asalkan terus mengingati dalam doa.

Rasulullah saw pun ada pesan bahawa sesiapa yang mendoakan untuk kebaikan sahabatnya di belakang sahabat itu, malaikat akan mendoakan kebaikan buatnya sama seperti yang didoakan untuk sahabatnya itu. 

Maafkan saya kerana mungkin saya tak dapat jadi sahabat kamu yang dapat meninggalkan banyak kenangan manis untuk kamu.

Apapun, ingatlah saya selalu waktu kamu susah. Kerana, saya rasa itulah keistimewaan saya berbanding yang lain.

I want to stand there when you fall to catch you before you reach down. :)

In shaa Allah.

:)

Saya harap Allah akan terus tautkan hati kita bersama di jalanNya. :)


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.