Kalaulah, 'You Just Try to Understand'

This thing, won't be hard for you nor me.

Kebanyakan kita selalu memberontak dan meikirkan masalah diri sendiri sahaja. Bila orang cakap buruk pasal kita, bila orang pinggirkan kita, kita akan set otak kita dan cakap pada diri, "Dyeorang saja ja nak tinggalkan aku."

"Hidup aku ni tak adil. Aku selalu tak ada sesiapa untuk jaga perasaan aku."

"Dyeorang ingat dyeorang je ke yang ada hati dan perasaan?"

"Can't they just accept me for who I am?"

See?



Kita hanya melihat diri kita yang terseksa. Kita hanya melihat betapa terlukanya kita dalam kehidupan ni. Kita hanya nampak penderitaan yang kita tanggung selama ni.

Tapi..

Kita lupa..

Ada orang yang hari-hari dia menangis tapi dia tak cerita. Ada orang yang hari-hari menanggung sakit tapi orang tak tau. Ada orang yang hari-hari dengar mak bapak gaduh tengking kiri kanan tapi dia diam.

Kita lupa yang sebenarnya, kita semua pun ada segala macam jenis penderitaan.

Dia yang buat kita, kita yang dia buat, dua-dua pun menderita. Cuma, ada yang memilih untuk diam dan menangis pada Dia sahaja berbanding tunjuk pada seisi dunia betapa pedihnya kehidupannya.



Kita rasa, mereka bahagia, sedangkan sebenarnya, mereka juga derita. Kita hanya tak nampak.

Kita ada masalah dengan kawan-kawan.
Mereka memanglah tak ada masalah dengan kawan-kawan, tapi mereka ada masalah keluarga, masalah kewangan dan pelbagai jenis lagi masalah dalam dunia ni.

Macam mana kita boleh suruh orang pujuk hati dan perasaan kita sahaja sedangkan mereka pun ada hati dan perasaan untuk dijaga juga.

Kita bajet suruh orang faham kita, for once, pernah tak tanya diri sendiri, kita ni faham orang sangat dah ka sampai orang nak kena faham semua kehendak hati kita?

Why?

Kenapa tidak kita yang memilih untuk berdiam dan mengadu hanya pada Dia?



Hari ini, kita sakit, esok lusa pasti Dia ubatkan.

Kenapa nak bawa luka tu jauh-jauh sangat? Kenapa nak robek parut tu agar berdarah kembali?

Yang dah berlalu, biarkan berlalu. Percayakan Dia, kan?
Habis, kenapa harus buat macam tu?
Rasa tak cukup?
Hati tak puas lagi kah?

Mungkin barangkali, hati kita yang bermasalah.

Tak pernah puas.
Tak pernah nak cuba untuk faham.

Kadang-kadang, mak ayah ada hal lain nak dibuat. Kadang-kadang, kawan-kawan yang rasa susah nak get along dengan kita. Kadang-kadang, adik-adik yang rasa kita ni garang.

Tapi, kita rasa, mak ayah yang salah sebab tak tepati janji. Kita rasa, kawan-kawan pinggirkan kita. Kita rasa, adik-adik tak sukakan kita.

Sedangkan, mereka pun menderita jugak, ada masalah peribadi jugak yang menyebabkan mereka jadi begitu.



Allah tidak menciptakan kita satu-satunya manusia di muka bumi ini. Allah takdirkan kita untuk melalui semua penderitaan itu, kesakitan itu kerana Dia mahu kita lebih berdikari dan hanya mengadu padaNya.

Allah ciptakan kita semua agar kita mengenali antara satu sama lain. Tapi, kalau kita tak sibuk nak kenal orang, kenapa orang nak sibuk kenal kita pula? Bukankah kita yang harus mengabaikan perasaan derita kita? Bukankah kita yang gila sangat nak tuju syurgaNya?

Kalau gila sangat nak masuk SANA tu, kita kenalah gadaikan segala perasaan teraniaya ni. Sebab, kita takkan mampu bangkit kalau masih biarkan diri sendiri terus hanyut dalam perasaan kesedihan.

Kamu beritahu pada semua, kamu yakin, jadi, kalau dah yakin sangat sangat dah, kenapa nak menangis dan bercerita sedih lagi?

Simpan sahaja supaya hanya Dia yang tahu.



Susah ya?

Tak susah kalau Kamu Hanya Cuba Untuk Memahami kerana lambat-laun, kamu akan memahaminya juga.






Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Kalaulah, 'You Just Try to Understand'

nur amirah said...

your post cure my heart. tq !

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.