Just, Take it Easy, ok?

Assalamualaikum..



Apabila berbicara tentang sahabat, saya sejujurnya memilih untuk diam.

Bila semua orang di sekeliling saya mula berbicara tentang sahabat, saya akan rasa sedikit cemburu pada mereka. Kenapa?

Sebab, saya tidak dapat menghargai seorang sahabat sebagaimana sepatutnya. Saya bukanlah yang paling baik dan paling bagus dalam bersahabat. Saya mudah melupakan seseorang.

Lagipun, saya tiada peluang seperti mana orang lain untuk menghabiskan masa bersama sahabat mereka dan berkumpul bersama. Oh ya.. Tentunya saya teringin untuk pergi mengembara bersama kawan-kawan saya.

Tapi, selalu sahaja ada halangan dan kadang-kadang, akan terjadi perkara yang mengecewakan sehingga saya pun naik fed-up untuk jumpa kawan-kawan saya lagi.

Waiting is hurting.

Oh ho.. :D



Dunia berada di hujung jari anda.

Saya sebenarnya hampir berputus asa untuk menghubungi kawan-kawan saya yang saya rasa saya patut hubungi. Jadi, ada ketikanya, saya kekal diam dan tengok sahaja tv atau baca buku atau buatlah apa-apa pun asalkan saya tak perlu hubungi kawan-kawan lain.

Hari ni, Allah berikan hadiah buat saya.

:) Alhamdulillah..



Saya tak pernah spent masa bersama kawan-kawan saya. Saya tak pernah ke rumah mereka.

Tapi, harini, buat pertama kalinya, saya dapat menghabiskan masa saya bersama seorang sahabat saya. Rumah kami tak adalah jauh pun. Boleh je kalau saya nak ke rumah dia, habiskan masa belajar masak bersama. Hehe..

Disebabkan masalah tertentu, saya tak pernah dapat pergi ke rumah dia walaupun sekali.



Pagi ni, saya hantar teks pada dia dan suruh dia on Skype.. Hehe.. :D

Sahabat saya ni tengah memasak sebenarnya, tapi dia tak tolak pula permintaan saya untuk ber-skype dengan dia. Nama pun sahabat kan? Jadi, dia memang selalu available.

Hehe..

Kami teruskan aktiviti masing-masing. Saya dengan laptop saya, dia dengan pisau purple dia. Haha!

Jadi, harini adalah hari pertama saya menghabiskan masa saya bersama sahabat saya di rumah dia secara online. Walaupun saya tak ada dekat situ, saya dapat akui dengan penuh keyakinan, yang saya sebenarnya memang dekat situ.



Sebenarnya kan...ia terpulang pada kita untuk membiarkan sahabat kita berdiri di sebelah kita atau berdiri jauh daripada kita. Kita yang membuat pilihan tu.

Dunia harini macam-macam benda yang nampak mustahil, boleh buat.

Kita ja yang whether nak atau tak.

Hehe..

Satu je saya nak pesan, berkawanlah dengan ramai orang. Akan ada juga satu ketikanya nanti, anda akan kehilangan mereka. Tentunya, tak semua mereka akan bersama kita sampai ke sudah. Tapi, in shaa Allah, setiap pertemuan, ada hikmahnya.

Just, take it easy. Ok? :)

Allah pun suruh kita berkawan. Islam pun berdiri atas jemaah. Takkan kita nak duduk sorang-sorang dan menunggu penuh harapan akan ada orang keluarkan kita daripada belenggu yang kita cipta sendiri ni? :)






Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.