Ikan Masam Manis

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Harini, saya masih lagi mampu nak menulis dan menaip sesuka hati. Hehe.. Bukanlah sesuka hati sangat pun. Jenuh jugak memikirkan apa yang paling sesuai, paling sopan nak ditulis. :)

Semalam, saya ada bercerita tentang kisah saya yang asyik terkurung dan seorang sahabat saya yang tak pernah saya habiskan masa di rumahnya.

Alhamdulillah..

Semalam, saya dapat ber-Skype dengannya dan melihat dia memasak di dapur rumahnya.

Tak pernah saya dapat berbuat demikian sebelum ini dan pengalaman ini, in shaa Allah, akan saya hargai selamanya. :)

Bila dah tengok sahabat saya ni memasak, saya pun mulalah rasa nak memasak sesuatu.

Kebanyakan kawan-kawan saya lebih minat membuat kek dan pastri. Jarang saya jumpa yang sudi nak memasak makanan Melayu moden.. Ecece.. :D

Jadi, dengan inspirasi daripada sahabat saya semalam yang memasak tomyam untuk keluarganya, saya pun mulalah mencari resepi di laman yang dicadangkannya.

myresepi.com

Dan, saya terjumpa satu resepi mudah yang well, saya teringin nak cuba.

Alhamdulillah.. Harini saya berjaya mencubanya!

:)

Klik di sini untuk gambarnya. :)

Inilah resepinya.

To those yang belum pernah buat dan tengah cari nak masak apa sambil menunggu tempoh berehat ni berakhir, anda mungkin nak cuba..

Ikan masam manis

Bahan-bahan ( 3-5 orang )
1 ekor ikan kerapu / ikan bawal
1/2 batang timun dibuang biji
4 keping nenas dipotong panjang
2 biji tomato
3 biji bawang putih
5 sudu makan cili kering / cili boh
6 sudu makan sos tomato
2 sudu sos ikan
1/2 batang lobak merah
2 bji bawang besar
1 tangkai

Cara-cara

1.Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan

2.Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya

3.Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata

4.Biar sehingga masak, padam api dapur


Well.. memang senang. Baba saya cakap sedap jugak.

Hehe.. :D
Selamat mencuba..

May Allah ease everything.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Ikan Masam Manis

Syazwina Zamre said...

waahhh . sedapnyee . xdpt tgk mimi msk :( .hehe . xpe.x ksah lahh .
btw ..tahniahhh !!!
nampak sgt menyelerakan ..msti sedap
nyum nyum :D

Mimi Jazman said...

Syazwina Zamre ...

rse macam mak kite je yg buat.. hehe.. :D
nnt kite skype lg ye..
:)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.