Confused



Kita akan keliru untuk membuat keputusan. Samada untuk meneruskan atau meninggalkan. Padahal, ia baru sahaja bermula. Bimbang tak boleh bawa, bimbang juga tak istiqamah.

Tapi, itu bukan alasan yang baik nampaknya!

Itu alasan yang buruk dan tak sesuai langsung.

Bimbang tak istiqamah?

Maka, berusahalah untuk istiqamah.

Dulu, begitu banyak idea melimpah-ruah dalam fikiran sampaikan setiap hari pun ada post terkini. Tapi, sekarang, semuanya sudah sedikit berubah.

Bukan sikit, banyak sebenarnya.

Lebih senang menyendiri dan melayan fikiran sendiri daripada memikirkan permasalahan ummah.
Lebih senang menonton televisyen dan mendengar lagu daripada memikirkan apa yang perlu ditulis.

Sedangkan, tak ada komitmen lain pun.

Belajar pun tidak!

Konon nak berubah, tapi belum juga berubah.
Susah sangat-sangat sebenarnya sebab tak ada teman seperjuangan dan rasa  bersendiri pula dalam membuat perubahan.

Sudahnya, tak bersemangat terus dan kembali jadi seperti dulu.

Huhu..



Kekuatan tidak akan datang dengan sendiri sekiranya bukan kita yang membina dan mencari kekuatan tersebut.

Semua orang pun tahu, dari mana sebenarnya sumber kekuatan yang pasti. Tapi, berapa ramai la sangat yang bersedia, memohon kekuatan sepanjang masa, sepenuh hati, seikhlas mungkin dari sumber kekuatan tersebut.

Kalau terus begini, semuanya akan mati.
Bukan sahaja otak jadi tak boleh berfikir, jiwa dan hati juga akan menemui ajal kalau beginilah caranya hidup diselusuri.



Orang semua sibuk dengan dakwah, bulatan gembira, ceramah dan ukhuwah, kita masih di tampuk lama. Menunggu akan ada orang menjemput sedangkan kitalah yang sepatutnya menjemput.

Sombong tak bertempat!
Nak sombong dengan siapa pun, tak pastilah.

Mungkin pada mereka yang pernah menyakiti.
Mungkin pada mereka yang pernah meninggalkan.

Kalau macam tu, akan rugilah kita semua.

Haiiiyaaa!

Mohon dikuatkan hati dan terus berada di jalan yang pasti.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.