Tips Survival di Form 4

Assalamualaikum..

Nasihat? I am not that such a good person to give you any advice.

Tapi, menyebarkan benda yang baik tak pernah salah.

Ok, to you my dear, saya harap awak belajar dari tips-tips ni dan cuba applykan dalam kehidupan. Saya tak bagi tips ni sebab saya amalkannya dulu. Saya bagi tips ni sebab saya tak pernah amalkannya dan saya rasa bersalah sebab tak mengamalkannya. :)

Jadi, ini adalah lesson learnt from my mistakes. :D

May Allah guide you and me to a be a much better person.


First of all, jangan lupa Allah. Ingat Allah in every steps you are taking. Jangan pandang remeh terhadap hubungan dengan Allah. Manusia yang kuat hubungan dengan Allah, dia akan kuat sepanjang perjalanan hidup. Ini kerana, dia bergantung sepenuhnya pada Allah dan bukannya manusia dan di tangan Allah la terletaknya segala kekuatan.

Seperti tulisan di header Aqilah di FB,

 if Allah is all you have, you have all you need. :)


Second, jangan lupa belajar sungguh-sungguh.. Serius ni! Penting sangat ni. Kejayaan Allah yang tentukan tapi usaha tu kita yang perlu usahakan. Kalau rasa ada subjek yang susah, berikan lebih tumpuan. Untuk subjek teras, belajar betul-betul di sekolah dan ambil masa sikit untuk revise balik. Berikan lebih banyak masa pada subjek tambahan macam Add Maths, Prinsip Akaun, Syariah, Physics dan sebagainya.

Kalau perlu, ambil kelas tuisyen. Ok.. Bab memilih tempat tuisyen, jangan lupa tanya dulu pada kawan-kawan dan minta cadangan diorang tentang tempat mana yang bagus. Sebab, biasanya, kawan-kawan akan bagi cadangan yang bagus. :)

SPM agak susah berbanding PMR jadi berikan lebih banyak tumpuan dan kumpul kekuatan diri sebab SPM ni bukan guna otak sahaja, fizikal dan spiritual pun guna juga.

Pastikan kamu sentiasa bersedia dengan exam. Alert dengan tarikh-tarikh exam dan work on it.

Oh ya! Tolonglah jangan tertidur dalam kelas. Perhatian sangat penting dalam kelas. Sebab, ia takkan sama lecture seorang guru dengan bacaan kita sendiri. Bila guru menerangkan, kita kena dengar baik-baik. Untuk elakkan mengantok, ambil kerusi depan dan banyakkan minum air.

Jangan lupa, bersukan juga. Sukan boleh meningkatkan tahap fokus kamu. :D



Third, kawanlah dengan semua orang. Rajin-rajinkan diri bertanya khabar dan merapatkan ukhuwah. Anyway, itulah yang Rasulullah saw ajar pada kita. Baginda ajar kita supaya melanjutkan dakwah melalui kasih sayang kan? Belajarlah memberi. Bak kata kawan saya, erti hidup pada memberi! :D

Saya pun sedang belajar. Kita sama-sama belajar, eh?



Fourth, jangan sesekali melibatkan diri dalam aktiviti yang tak berfaedah di sekolah. Kalau boleh, jadilah seseorang dalam organisasi. Sebab, susah la nak dapat masuk IPT kalau tak ada markah kokurikulum yang bagus sebab 10% dari markah kokurikulum tu dikira tau.

Saya ingat dalam kelas saya dulu, semua kawan kelas saya mempunyai markah 7-8 peratus dalam kokurikulum. Keputusan exam mereka juga bagus. Lagipun, ia latihan kepada kita bila dah keluar dari sekolah nanti. :)

Macam mana pun, kena rajin dan berusaha lebih sikit dan sama sekali tidak boleh mengabaikan pelajaran.

Masa memang tak akan cukup, tapi yakinlah, Allah akan cukupkan untuk kita. Berdoalah selalu dan yakinlah Allah telah beri kita masa yang secukupnya. Seorang senior pernah beritahu saya supaya yakin dengan Allah, pasti Allah takkan kecewakan kita.

Jadi, yakin saja la! :D



Ada empat kesemuanya. Saya bukanlah yang terbaik dalam memberi nasihat. Saya berikan tips ini supaya anda belajar dari kesilapan saya. Menulis tentang hal ini tidak menyatakan saya lebih baik dari anda yang membaca. Sama sekali tidak.

Saya melalui perkara-perkara yang mengecewakan sewaktu di tingkatan 4. Saya juga pernah malas. Saya juga pernah berputus asa. Saya tidak mahu anda mengalami perkara yang sama dengan mengulangi kesilapan yang sama. Tetaplah berusaha dan serahkan keputusannya pada Dia. Ok? ^^

Barakallahufikum..


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Tips Survival di Form 4

Anonymous said...

Assalamualaikum

Waafiiki barakallah MJ. Jazakillah khaira atas perkongsian. In shaa ALLAH bermanfaat untuk cik aqilah.

In shaa ALLAH saya pun nak tambah sedikit tentang belajar. Saya bukan seorang yang mahir sangat tentang belajar.. Memang sangat jauh dari mahir.. Tapi in shaa ALLAH saya harap nak berkongsi apa yang guru saya ajar saya, moga moga cik aqilah atau orang lain mendapat manfaat dan boleh mengamalkannya, in shaa ALLAH : )

Tentang belajar, guru saya menekankan, supaya kita memahami konsep sesuatu ilmu, dan jangan menghafal sahaja tanpa memahami sesuatu ilmu itu. Ini penting untuk mata pelajaran aliran sains seperti kimia, fizik, biologi.

Konsep yang saya maksudkan ialah general idea, atau main idea tentang apa yang kita belajar itu. Kita mesti faham sepenuhnya sesuatu main idea tentang apa yang kita belajar tu. Sebagai contoh, saya ambil tentang konsep jenis pemkanan haiwan. General ideanya atau idea utamanya ialah herbivor ialah haiwan pemakan tumbuhan, karnivor haiwan pemakan daging, dan omnivor kedua duanya. Dari situ kita akan dapat berfikir dan mengaitkan contoh contoh haiwan dibawah setiap kategori melalui apa yang mereka makan. Contoh, harimau hanya makan daging, jadi dia termasuk dalam jenis karnivor.

Berbeza dengan hanya menghafal. Jika kita tak faham idea bahawa karnivor itu haiwan pemakan daging, maka kita akan hafal bulat bulat harimau itu karnivor, harimau itu karnivor, tanpa faham, apa itu karnivor sebenarnya. Bila exam, kita akan jadi confuse, sebab mungkin terlupa apa yang dihafal. Nanti jadi harimau herbivor pula..

In shaa ALLAH dengan guna cara faham konsep ni, kita akan dapat kaitkan lagi main idea yang kita dapat dengan acabang ilmu lain pula. Contoh, apabila kita tahu harimau itu karnivor, kita tahu mereka akan berada dalam kategori predator dalam rantaian makanan (food chain) dan bila mereka adalah predator, bilangan mereka sedikit. Kemudian boleh kita kaitkan juga, apabila bilangan mereka sedikit, apabila mereka diburu secara berleluasa, mereka akan menjadi haiwan terancam dan mungkin pupus jika tidak dikawal. In shaa ALLAH, begitulah contoh bagaimana kita mengaitkan konsep, atau main idea sesuatu ilmu itu, dengan ilmu yang lain. (Yakni dari tabiat pemakanan, kepada jenis prey predator, kepada bilangan, dan kepada ancaman kepupusan).

Jika cik aqilah hanya hafal, harimau itu karnivor, dan tak faham karnivor tu apa, tak mungkin cik aqilah boleh kaitkan idea tu dengan ilmu lain macam di atas.

Untuk faham sesuatu komsep, cik aqilah mesti betul betul faham sesuatu idea tu. Apa apa perkataan yang tak faham, cik aqilah tanya guru atau kawan, atau tengok dalam kamus, in shaa ALLAH. Pastikan cik aqilah betul betul faham makna setiap perkataan supaya cik aqilah betul betul faham apa yang dimaksudkan dengan sesuatu konsep tu.

Jika cik aqilah belajar dalam kelas, biar terus faham dalam kelas, dan jangan ditangguh tangguh. Tak faham, tanya cikgu terus. Jika tak faham juga, lepas kelas try jumpa cikgu dan tanya, in shaa ALLAH. Saya yakin, cikgu tak marah, dan cikgu suka jika cik aqilah banyak bertanya kepadanya tentang apa yang beliau ajarkan : )

Belajar dari konsep ni bukan dahaja boleh kita gunakan di sekolah, tetapi dalam semua ilmu yang kita belajar, dari kita muda, sehinggalah kita meninggal dunia, in shaa ALLAH.

Semoga ALLAH memberi manfaat untuk kita semua dan memberi kita petunjukNYA untuk kita sama sama amalkan, in shaa ALLAH. Wallahua'lam.

Aqilah Mohd Ali said...

Assalamualaikum w.b.t .

terima kasih
kepada kak mimi dan cik di taas .

terharu saya diberi peneranagn panjang sebegini . insya-Allah akan saya apilikaishkan dlaam kehidupan :)

saya amil 9 subjek , aliran sains :)

dan saya rasa tahun ni saya nak ambil SPM meskipun baru form 4 . aura exam dari form 3 masih ada melekat di sanubari .

saya akui yang SPM lebih susah daripada PMR dan lebih mencabar .

the beginning is always the hardest .

Semoga urusan kita dipermudahkan .

Manj jadda wajada :)

Semoga akak mimi dan semua rakan - rakan dimurahkan rezeki :)

-aqilah

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

itu sangat panjang..! hehe.. apa2pun..jazakallahu khair sebab sudi berkongsi.. :)

Aqilah Mohd Ali ...

Waalaikumussalam warahmatullah..

sama-sama.. sy harap awk dapat apply dalam kehidupan waktu form 4 ni.. form 4 sangat penting sebelum awak naik form 5.. :)

SPM memang lebih mencabar.. tak boleh rehat langsung.. huhu..

yes! man jadda wajada.. :D

semoga dipermudahkan urusan eh.. :)

Anonymous said...

Waalaikumussalam warahmatullah.

Selamat berusaha cik aqilah : ) semoga ALLAH mempermudahkan semua urusan cik. Begitu juga untuk mj dan semua saudara saudara semuslim yang lain.

Saya tak pasti komen panjang itu membantu atau tak, tetapi saya harap semoga ALLAH menentukan ada manfaatnya. Jangan lupa berdoa, pendek pun tak mengapa, tetapi berterusan selepas solat fardhu atau mana mana waktu yang mustajab lain dan apa apa jua perbuatan nak buat, niat kerana ALLAH. In shaa ALLAH, ALLAH akan bantu : ).

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.