The Lonely + AdaMu (Part 7)

Kenapa boleh jadi begitu sama? Kenapa sama? Dia kah atau orang lain? Adakah aku yang silap? Tak.. Mustahil.. Muka tu, suara tu.. Aku yakin itu dia. Tapi, selepas bertahun, takkan dia masih sama?

Dia menarik sekeping gambar keluar. Ya.. Aku yakin, dialah orangnya.



**********

"Awak kena halau keluar?" dia bertanya.

Aku hanya mengangguk. Aku sendiri macam tak percaya dengan apa yang dah berlaku. Adakah aku nampak mencurigakan?

"Mungkin dia rasa terancam kot. Yela. Bersama dengan awak, bersendirian dalam rumah. Kan sekarang banyak kes pukau, mungkin dia takut perkara yang sama jadi pada dia," Asyraf cuba menyakinkan walaupun jelas, dia sendiri meragui kenyataannya.

Kini, aku sudahpun kembali ke hospital, memakai kot putihku. Asyraf datang selepas 30 minit aku berada dalam pejabatku dengan membawa secawan white coffee untuk dirinya sendiri. Sebenarnya, kami cuba untuk kelihatan profesional di hospital. Tak mahu orang lain menganggap aku mengambil kesempatan ke atas kelebihan pangkat yang ada pada Asyraf Amin.



"Tak rasa macam awak dah banyak sangat telan caffeine ke?" aku bertanya padanya.

"Mana ada," dia cuba menafikan sambil membawa cawan plastik itu ke bibirnya.

"Pagi tadi..... Hm... Anyway, lupakan je la. Nak cakap tentang hal lain ni," aku cepat mengelak dari terus bercakap tentang dia. Tidak mahu dia tersalah anggap.

"Tentang apa?" dia bertanya. Matanya tidak memandangku tapi, tepat menikam skrin Xperia SLnya.

Ya.. Kami memiliki telefon dari jenis yang sama. Tapi, ia sebenarnya, merupakan hadiah perkahwinan kami tahun lepas dari Mama. Aku terfikir, dalam banyak-banyak benda, kenapa Mama harus hadiahkan kami telefon pintar dari jenis yang sama. Ia hanya menimbulkan satu rasa aneh dalam diriku.



"Ada contact dengan mana-mana penyiasat persendirian tak?" aku terus ke isi soalan. Tak mahu berkias.

"Awak nak buat apa?" dia kembali bertanya. Matanya beralih ke arahku. Gugup tiba-tiba.

"Saya tak boleh nak awasi rumah Mak Cik Subaidah selalu. Saya kena juga cari Hani Hayani. Keadaan dia agak serius. Saya rasa, Mak Cik Subaidah halau saya tadi, bukanlah sebab saya mengancam dia. Saya rasa, Hani memang ada dekat situ. Jadi, saya perlukan seseorang untuk mengesahkannya untuk saya," aku cuba menerangkan dengan cara paling mudah.

Cara Mak Cik Subaidah seperti dia sedang menyorokkan sesuatu. Kalau betullah Mak Cik Subaidah ada sorokkan sesuatu, perkara tersebut mestilah Hani Hayani. Dia pasti melindungi Hani Hayani. Aku dapat rasakannya.

"Awak nak upah penyiasat supaya siasat rumah Mak Cik Subaidah tu?" Asyraf bertanya seolah-olah tak percaya dengan apa yang telah didengarnya.

"Kenapa?" aku bertanya kembali.



"That is my first time to hear such an idea from you. Manalah awak pernah bagi idea macam tu. Kalau saya cakap sesuatu yang macam tu, awak akan tengok saya macam tak puas hati. Sekarang, bila awak bagi idea macam ni, saya rasa 'tercabar'," Asyraf tergelak di hujung katanya.

Main-main pula dia ni.

"Awak, saya serius ni!"

"Ya. Ok. Saya ada seseorang yang awak boleh hubungi," Asyraf menyentuh skrin Xperia SLnya dan menggerakkan jari mencari-cari sesuatu.

"Tak.. Tak.. Saya akan uruskan hal ni. Saya akan hubungi dia dan beri dia alamat rumah Hani Hayani. Awak jangan risau," dia kemudiannya memasukkan Xperia SLnya ke dalam poket kotnya. Baki white coffee dihirup lagi.

"Biarlah saya yang uruskan. Bagi je la nombor telefon orang tu," aku mendesak. Aku paling rimas jika urusanku diganggu oleh orang lain.

Kalau boleh, aku ingin menyelesaikan semuanya sendiri. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Mungkin kerana itu jugalah, aku tidak selesa bekerja bersama dengannya di hospital ini. Ia seolah-olah mengongkongku.



"This is hospital. I am your boss and I won't let my employee to settle hospital's problems on her own," dia memandangku, tajam. Memahami pandangan matanya, aku cuba untuk tidak melawan. Keadaan kami sudah cukup baik untuk dirosakkan.

"I need to go," aku akhirnya  mengalah dan mencapai stetoskop. Aku sudah sedia berdiri, menanti untuk dia keluar.

"I guess, I need to do the same," dia kemudiaannya berlalu setelah menghabiskan baki white coffee dalam cawan plastiknya. Dia berdiri dan menghalakan cawan plastiknya ke dalam tong sampah. Tapi, aku lebih dulu menghalang tangannya dari membuang cawan plastik itu.

"Buang dekat luar. Nanti orang akan ingat awak bawa minuman untuk saya," aku memberitahunya apabila wajahnya jelas kelihatan terkejut dengan tindakanku.

"Itu pun awak nak kira ke?" dia mendengus lalu bergerak meninggalkan tempat itu tanpa banyak soal.

Aku cuma mengambil langkah berjaga-jaga. Aku tak suka digosipkan.

Setelah beberapa ketika dia meninggalkan pejabatku, aku juga turut meninggalkan ruangan itu.



**********

"Assalamualaikum. Encik Kamarudin?" aku segera menghubunginya.

Aku tak mahu kes ini berlarutan. Aku harus selesaikannya secepat mungkin sebelum aku bertemu dengan pihak atasan esok. Mereka pasti takkan gembira dengan hal ni. Sekiranya hal ni sampai ke pihak media, aku bimbang, mereka akan terlebih dahulu menemuramah Hani dan menuduh hospital kerajaan ini yang bukan-bukan.

Sejujurnya, RM800 sebagai kos hospital termasuk penginapan, ubat-ubatan dan rawatan selama dua minggu tidaklah begitu mahal sebenarnya. Tapi, mungkin Hani memang tidak langsung memiliki sebarang simpanan. Aku sudah pun membayar bil tersebut sebelum sesuatu yang lebih dahsyat terjadi.



"Baiklah, terima kasih," aku memutuskan talian selepas bersetuju untuk mengemelkan alamat rumah ibu angkat Hani Hayani kepada Encik Kamarudin.

Apabila aku sudah bersedia untuk meneruskan tugasanku, Xperia SLku kembali berbunyi. Nama yang tertera di skrin, sedikit mengejutkan aku.

"Waalaikumussalam warahmatullah, Mama," aku menjawab salam yang diberikan oleh Mama.

"Hm.. Asyraf, mana isteri kamu ni? Mama call dia banyak kali, dia tak angkat," Mama bersuara tenang di hujung talian.

Ibu mertuaku. Wanita Cina yang masih kelihatan cantik sekalipun sudah berusia. Orangnya tenang dan tak mudah melenting, sedikit berbeza dengan anak tunggalnya, Afsheen.



"Dia ada kerja kot, Mama. Lagipun, dia sibuk sikit waktu-waktu macam ni. Doktor lah katakan," aku menceriakan nada suara bagi melindungi suara gementarku ketika bercakap dengannya.

"Tak apalah kalau macam tu. Mama nak beritahu kamu sesuatu," Mama berbicara dengan suara yang tegas. Kedengaran seperti Mama ingin perkatakan sesuatu yang serius.

"Apa, Mama?"

"Mama nak datang ke hospital kamu esok, tengahari. Kamu berdua susah betul nak datang rumah Mama walaupun rumah kita tak adalah jauh sangat. Jadi, Mama ingat, lebih baik Mama yang datang ke sana," Mama bersuara, tegas.

"Er... Tapi Mama..kalau Mama nak kami ke sana, kami boleh je pergi. Tak ada masalah. Mama tak perlulah bersusah payah ke sini," aku cuba menghalang Mama dari meneruskan rancangannya.



Sekiranya Mama ke hospital, Afsheen takkan maafkan dia. Dia akan dituduh kerana tak bertanggungjawab menghalang ibu mertuanya itu. Afsheen sudah cukup sensitif dengan sebarang isu yang melibatkan mereka berdua di hospital ini. Tak dapat dibayangkan reaksi Afsheen setelah dia mendapat tahu tentang kedatangan ibunya ke hospital ini.

"Mama selalu suruh kamu datang rumah Mama tapi kamu tak pernah pun datang. Mama rasa kamu berdua ni sangat sibuk. Jadi, Mama putuskan untuk pergi ke hospital. Kalau kamu tak boleh melawat Mama, biar Mama yang melawat kamu. Macam mana?"

Mama tak pernah nak mengalah. Di sebalik ketenangan tersebut, selalu sahaja ada keinginan yang keras. Aku cuba mencari akal untuk menghalang Mama. Baiklah.. Kita buat cara bisnes.



"Mama, let's make a deal," aku cuba memancing Mama.

"Make a deal? With your own mother-in-law, Asyraf Amin?" Mama menyindir. Aku tahu dia tidak memaksudkannya.

"That is my attraction, Mama," aku ketawa. Sebenarnya, aku memang bagus dalam hal-hal rundingan sebegini. Mungkin kerana itu juga, aku berjaya membawa diriku ke tempat aku hari ni.

"Ok. What is it?"



"Kami akan datang makan malam dengan Mama esok. Sebaik sahaja selesai kerja, kami akan terus balik ke rumah Mama dan kita makan sama-sama ya?"

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan, "Kalau kami tak boleh datang rumah Mama malam esok, Mama boleh datang ke hospital keesokan harinya. Macam mana?"

"I need more than that, my son-in-law," Mama tergelak di hujung talian. Ya.. Aku terlupa, Mama pun bukanlah senang sangat nak dibawa berunding.

"Ok.. We will both stay at your home by the end of this week kalau kami gagal untuk makan malam dengan Mama esok. How's that?" aku cuba membuat tawaran lagi dengan Mama. Rasanya, dia takkan menolak lagi kali ini.

"Macam tu baru tawaran yang menarik. Baiklah. Beritahu Afsheen sekali ya? Sibuk benar doktor kita seorang tu," Mama tergelak dan berbunyi ceria. Aku hanya berani buat tawaran sedemikian sebab aku tahu, aku tak ada hujung minggu nanti.



Aku ada konferens untuk dihadiri di Kuala Lumpur. Jadi, kalau esok Afsheen tak dapat ke rumah Mama, dia sahajalah yang akan menemani Mama hujung minggu nanti. Mama pasti tak kisah. Afsheen lagilah tak kisah.

Setelah memberi salam, aku memutuskan talian.


Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to The Lonely + AdaMu (Part 7)

Anonymous said...

Assalamualaikum MJ. Apa khabar? Minta maaf lambat bagi komen : ).

Alhamdulillah, Tahniah sebab MJ dah siapkan sampai bahagian ke-7. Saya tumpang gembira dengan usaha MJ. Semoga ALLAH terus beri kekuatan dan petunjukNYA untuk MJ terus menulis : )

Tentang cerita ni, alhamdulillah, nampaknya perkembangan dia nampak baik dan kemas. Menanti juga apa yang akan berlaku pada bahagian akan datang, in shaa ALLAH. Hehe..

Cuma saya sedikit keliru tadi masa baca perubahan perspektif dari perspektidf dr afsheen berubah kepada perspektif suaminya. Pelik juga saya mula mula, kenapa suami dia cakap dia adaiu mertua cina. Saya tak pasti MJ patut ubah atau tak perkara tu, tapi saya rasa itu macam satu tarikan baru cerita ni. Maknanya kita boleh tahu apa yang setiap watak fikirkan dalam diri mereka. Saya rasa biar saja lebih bagus, in shaa ALLAH. Cuma mungkin MJ boleh buat penanda yang ****** lebihn jelas kot, in shaa ALLAH, supaya jelas ada perubahan perspektif.

Tentang perubahan bahagian 1 dan 3 tu macam mana? Saya cubacari tapi sama saja. Wallahua'lam. Mungkin saya tak cari betul betul kot.

Ok. Semoga ALLAH kurniakan petnjukNYA untuk MJ supaya MJ terus menulis. Saya harap MJ terus menulis, walaupun sikit, tapi in shaa ALLAH berterusan. In shaa ALLAH saya akan bagi komen jika ada masa. Saya baca tulisan MJ tapi tak sempat nak beri pendapat dalam komen, in shaa ALLAH. Ok. Wallahua'lam.

Mimi Jazman said...

anonymous ...

waalaikumussalam warahmatullah.. alhamdulillah.. saya sihat..

terima kasih atas cadangan tersebut..

dan pasal perubahan tu, sebenarnya, perubahan kecil pada umur dr afsheen dan pd perincian emosi hani.. itu sahaja..

:)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.