The Lonely + AdaMu (Part 4)

"Kenapa dengan pesakit di bilik 3A?" aku bertanya keras.

"Dia...hilang!"


Walaupun ia hanyalah satu ayat yang mengandungi dua perkataan, aku tetap menggeletar mendengarnya. Tanganku melepaskan pen di dalam genggaman. Tubuhku jadi dingin. Baru semalam kami berbual dengan begitu mesra. Ke mana pula dia pergi?

Aku lantas menyelaraskan logik akalku dengan keadaan. Ini bukan masanya untuk aku rasa panik. Sewajarnya, aku lakukan sesuatu dan mengesahkan dahulu kehilangan Hani sebelum terus berasa panik.

"Barang dia semua ada?" aku bertanya sambil kepada jururawat Hanis di sebelahku. Aku bergegas ke bilik 3A. Langkahku diiringi rasa cemas. Lekas aku mengucapkan selawat seperti yang diajarkan oleh Mama. Aku cuba menenangkan diri.

"Barang dia semuanya tak ada, doktor. Yang ada cuma baju hospital yang dia tinggalkan." jururawat Hanis memberitahu.

"Saya nak awak cari senarai nama jururawat yang bertugas semalam. Oh ya! Jangan lupa, nama pengawal juga," aku memberi arahan sambil mengeluarkan Xperia SL berwarna merah jambu milikku dari poket kot putihku.

Jururawat Hanis terus menurut arahan setelah menganggukkan kepalanya tanda faham dengan arahanku.

Xperia SL dilekapkan ke telinga. Jari telunjuk mengetuk belakang telefon pintar itu beberapa kali. Bibir bawahku digigit. Aku cuba untuk menahan debaran di hati sambil menunggu panggilanku dijawab.



"Ya," suara yang sangat aku kenal itu menjawab.

"Ada pesakit hilang," aku memberitahu dengan suara keras tak bernada. Memang tiada formaliti aku gunakan untuk bercakap dengan lelaki ini.

"Wad dan bilik?" lelaki di dalam talian itu terus bertanya.

"Wad Kanser 1, bilik 3A," aku menjawab pantas.

Seketika, semuanya sepi. Namun, hembusan nafas masih kedengaran di hujung talian, menandakan masih orang yang dihubungi masih belum memutuskan talian.

"Hani Hayani?" dia kembali bersuara.

"Ya."

"Dia tak sepatutnya keluar sekarang. Dia belum menjelaskan sebarang bil hospital, bil ubat dan sebagainya. Lagipun, dia masih belum dibenarkan meninggalkan hospital kerana mengikut laporan yang disediakan awak, dia masih dalam pengawasan dan keadaannya agak kritikal," lancar dia menuturkannya.

"Saya dah minta seorang jururawat untuk senaraikan nama semua pengawal dan jururawat yang bertugas semalam," aku memberitahunya supaya dia tahu, sekurang-kurangnya aku sudah mengambil tindakan yang wajar.

"Bagus. Datang pejabat saya sekarang. Susah nak bincangkan hal yang sebesar ini melalui telefon," dia memberi arahan seperti mana biasa.

Aku tidak menjawab, sebaiknya terus mematikan talian dan bergerak ke pejabat Timbalan Pengarah Pengurusan seperti yang diarahkan.



Dalam masa beberapa minit, aku sudahpun berada di hadapan pintu pejabat Timbalan Pengarah Pengurusan yang merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik hospital tempat aku bekerja. Tertera namanya di situ. Asyraf Amin b. Hj. Adib.

Dia bukan orang lain pun, terdetik dalam hatiku.

Kepalanya sedang ditundukkan sedikit ke bawah, ke atas mejanya yang terbentang sesuatu yang aku dapat kenal pasti seperti sejenis laporan dari segi formatnya. Aku terus duduk sebelum dipelawa. Aku rasa dia tahu cara dan gaya aku jadi aku tak perlu bersusah hendak menjaga formaliti di hadapannya.

Dia mengangkat wajahnya dari laporan yang sedang dibaca. Kaca matanya yang berbingkai besar ditolak ke atas hidung. Di sebalik kaca matanya itu, matanya jelas merenung ke dalam mataku yang sedang merenung hujung kasutku yang berada di bawah meja.



"Sebelum apa-apa, saya minta maaf pasal pagi tadi. Saya tak sepatutnya cakap macam tu," dia memberitahu dengan suara yang kedengaran bersalah.

"Back to the business, please," aku menuturkan dengan suara yang tidak bernada. Mataku tidak beralih dari hujung kasut.

"Sheen, saya..." Asyraf cuba memperbaiki keadaan dan cuba menghilangkan suasana tegang di antara mereka. Dia tahu kelakuannya sejak kebelakangan ini bukanlah seperti yang pernah dijanjikannya dahulu pada Afsheen.

"Asyraf, saya maafkan," aku segera memotong sebelum dia melanjutkan perbualan yang berunsur peribadi itu.

"Baiklah. We go straight to the biggest matter here," Asyraf menolak laporan yang berada di hadapannya ke arahku.

"Kalau dilihat dekat sini, saya rasa, Hani tak hilang. Tapi, dia menghilangkan diri. Saya tak tahu bagaimana dia escape dari tempat ni. Saya akan semak dengan CCTV kemudian," kini, dia kembali bercakap sebagaimana seorang timbalan pengarah bercakap.



Aku merenung ke atas kertas di hadapanku. Ia merupakan laporan bil hospital Hani. Ia hanya berbayar sebahagian kecil tapi selebihnya, dibiarkan tanpa dijelaskan. Bilnya tidaklah begitu tinggi memandangkan separuh daripadanya sudahpun dibayar oleh subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

Aku menyandarkan tubuhku ke bahagian belakang kerusi beralas kusyen itu. Aku mengimbas semula perbualanku dengan Hani semalam. Ya.. Dia bukanlah seorang yang senang. Menurut ceritanya, aku yakin, membayar bil hospital itu berada di luar kemampuan Hani.

"Hani takkan mampu bayar bil hospital ni," aku memberitahunya.

"Awak berbual dengan dia ke semalam?" Asyraf bertanya.

"Ya. Sebab tu la....,"

"Tak apa. Saya faham," Asyraf memotong cepat sebelum hal semalam diungkit. Aku dapat rasakan hal itu tidak begitu menyenangkannya.

"Jadi, awak rasa, dia betul-betul larikan diri sebab tak ada duit nak bayar duit hospital?" Asyraf menyambung dengan bertanya.

"It seems so. Sebab, kalaulah dia diculik, barang dia takkan kemas sampai macam tu. Siap lipat lagi baju hospital yang dipakai. Lagipun semalam, dia nampak sedikit sedih. Dia juga macam nak halau saya je dari bilik tu," aku cuba mengimbas semula memori bersama Hani semalam. Patutlah dia beria-ia menyuruh aku balik.

"Kalau macam tu, dia mesti ada di suatu tempat yang keluarganya tahu, kan? Kalau tak balik pada keluarga, dia mungkin pergi rumah kawan-kawannya," Asyraf merehatkan badannya ke kerusi.

"Saya akan aturkan mesyuarat dengan semua pihak atasan dan berbicang dengan mereka tentang hal ni terlebih dahulu. Saya belum dapat buat apa-apa tanpa kelulusan dari pihak atasan. Tapi, untuk memastikan semuanya berjalan lancar, saya perlukan bantuan awak," Asyraf merenung mataku tepat di sebalik kaca matanya.



"Tolong apa?"

"Sementara saya cuba menerangkan keadaan kepada pihak atasan, saya nak awak cuba untuk cari di mana Hani berada sekarang. Kita hanya anggap dia telah melarikan diri tetapi keadaan mungkin jadi sebaliknya. Dia mungkin diculik atau berlaku kemalangan dan sebagainya," Asyraf menghulurkan sebuah fail nipis.

Aku menyelak helaian kertas di dalam fail tersebut. Ia merupakan butiran maklumat peribadi Hani. Tertera di atas kertas itu alamat rumah keluarga Hani dan terdapat sebuah alamat lain sebagai alamat sokongan.

"Pergi ke sana dan cuba cari Hani Hayani. Saya dah suruh setiausaha saya tadi untuk menghubungi Hani Hayani dan ahli keluarganya. Tapi, malangnya, setakat ini, belum ada jawapan dari mana-mana pihak berhubung dengan keberadaan Hani sekarang," Asyraf melihat ke arah pintunya. Sejak tadi, setiausaha Asyraf tidak langsung menjengah masuk bagi melaporkan apa-apa berkaitan dengan keadaan Hani. Jelas sekali, nombor telefon yang diberi, gagal dihubungi.

"Saya akan pergi selepas membahagikan tugasan kepada junior saya nanti. Saya pergi dulu," aku bangun dan menolak kerusi belakang. Aku mula melangkah ke pintu.



"Sheen....." suara itu memanggil. Dan aku menoleh ke arahnya.

"Pastikan telefon awak ada bateri. Saya akan call nanti. Jangan beritahu sesiapa lagi tentang hal ni," dia cuba mengukir senyum manis dan aku cuba membalasnya sebaik mungkin.

Aku meninggalkan pejabat itu.


[+] Ok.. Saya nak beitahu yang terdapat sedikit ubahsuai pada dua part sebelum ni. Iaitu pada part 1 dan pada part 3.

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.