ISLAM dan BAIK adalah DIRI kita yang SEBENAR

Assalamualaikum.. :)



Setelah sekian lama saya tak menulis secara bebas dari CERITA saya tu, saya kembali menulis. :)

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menulis. Moga dapat dimanfaatkan oleh yang membaca dan yang menulis juga. :)

Ada satu kata-kata yang sebenarnya saya tak pernah setuju dari dulu. Saya dah pernah sebut pun dulu tapi rasanya dah lama sangat dah saya sebut. Jadi, saya nak sebut lagi. Hehe.. :D

Be yourself and the one who accept you yourself is a real friend. 

Betul ke macam tu?



Sebenarnya, betul. Dulu, saya cakap ayat ni salah. Tapi, selepas baca buku Untuk Kita Pendosa dari Hilal Asyraf, saya rasa, ayat ni ada benarnya. :)

Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah. Ibu bapanya dan suasana pembesarannya yang menjadikannya sebagai seorang Yahudi, Nasrani dan Majusi. [HR Bukhari dan Muslim]

Ayat bayi itu lahir di atas fitrah bermaksud, setiap baby yang lahir ke dunia ni sebenarnya lahir dalam keadaan beriman kepada Allah swt. Setiap bayi lahir dalam keadaan beragama Islam.

Agama FITRAH = ISLAM. 
ISLAM = BAIK.  



Jadi, diri kita yang sebenarnya adalah ISLAM dan BAIK! :D

Bila kita disuruh menjadi diri kita sendiri, itu bermakna, kita kena patuh pada syarak dan jadi BAIK sebab itulah diri kita yang sebenarnya.

ISLAMIK dan BAIK itulah sebenarnya diri kita. Kita bukan hipokrit bila kita cuba berubah menjadi lebih baik. Sebaliknya, bila kita cuba jadi baik, itu bermakna, kita sedang mencari diri kita balik.

Bila kita cuba berubah jadi lebih BAIK, kita akan dengar mulut-mulut yang terlebih 'caring' cakap pada kita,

"Kau takyah jadi BAIK sangat la. Hipokrit namanya ni." 

Janganlah marah dengan mereka. Mereka hanya belum faham dan kalau mereka tak faham, jadi kerja kita pula la kan untuk buat mereka faham?? :D

Jangan putus asa eh?? Kita sama-sama bergerak. Moga Allah redha.. :)


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to ISLAM dan BAIK adalah DIRI kita yang SEBENAR

Anonymous said...

Assalamualaikum MJ. Minta maaf bertanya. Boleh saya tahu kenapa MJ tak setuju dengan kata kata Be yourself and whoever accepts you is a true friend?

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

Waalaikumussalam warahmatullah.. in shaa Allah..jawapannya di sini..

http://mimijazman.blogspot.com/2011/01/dont-love-me.html

Anonymous said...

Jazakillah khaira atas penerangan. Wallahua'lam. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan MJ untuk berusaha lagi. Tadi saya ada ke singgah instagram MJ. Ada satu gambar perempuan macam tak sesuai diletakkan di situ.. Yang baju warna merah. Terpulang pada MJ untuk setuju atau tidak. Saya cuma ingin membantu.. Sebab saya taknak orang lain memandang perempuan dalam gambar tu dengan pandangan yang tidak baik. MJ boleh delete comment ni jika mahu.

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

Jazakallahu khair atas peringatan.. Saya dah delete gambar tersebut.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.