Hanya Seorang Manusia



Hanya seorang manusia.

Lemah, langsung tidak berdaya.



Masakan mahu bongkak di hadapanNya,




yang punya kuasa atas seluruh semesta.



Hajat di hati ingin yang terbaik,



usaha dan usaha untuk terus meningkat naik,




namun diri ini hanya manusia,




ada masa jatuh tersungkur jua.





Silap dan salah bukan langsung tiada,




diri ini hanya seorang manusia,




sana sini ada cacat celanya,




namun itu bukan alasan,




untuk tidak meneruskan usaha menjadi hambaNya.





Aku hanya seorang manusia,




aku tahu.




Kerana itu segala puji dan puja,




aku benci sang pengampu.





Terima kasih buat selama ini yang mengikutiku,




tetapi kita hakikatnya sama,




hanya seorang manusia,




maka sepatutnya kita bersama-sama,




bergerak menjadi hambaNya.





Lengkap melangkapi,




saling memberikan sokongan,




kritikan membina,




untuk membina diri dan kekuatan hati,




agar hidup terus mendapat redha Ilahi.



-Hilal Asyraf-

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.