Bersedia



Ada masa diri menasihati
Menghulurkan tangan pada yang meminta ditarik
Sedangkan diri sendiri masih dalam buaian kehidupan yang melekakan.

Bila diri bergerak ke hadapan
Tangan di belakang menarik bahu
Mengenggam kemas, meminta untuk tidak ditinggalkan. 

Aku sendiri mahu pergi
Tak tahan lagi mahu berdiri bersama di sini.

Tapi tak mustahil ianya payah
Ia sangat susah dan tidak akan pernah terdaya buat seorang 'saya'. 

Tangan itu merangkul lebih kemas lagi
Meminta agar aku tidak pergi
Tak, aku tahu aku harus pergi dan tak mungkin aku ingin kembali. 

Tapi, aku bimbang juga.

Hari ini, aku mungkin mampu mengagahkan diri pergi
Siapa tahu, esok aku mungkin kembali
Kepada tangan yang masih menanti mengharapkan diri.

Ianya sukar.

Hanya DIA yang tahu. 

Aku tak beri hak kepada KAMU pun untuk menilai aku! 
Bukan hak KAMU!
Jika tidak tahu, lebih baik kamu diam saja
Jika tidak bercadang untuk membantu, aku cadangkan kamu diam saja. 

Kamu fikir, aku suka kah begini?
Ditarik ke depan ke belakang sedangkan kaki masih kaku tak tahu ke mana hendak melangkah.

Aku ingin mencuba
Aku ingin mencuba melepaskan diri dari keamanan palsu ini
Aku ingin ke hadapan
Melakukan dan merentas kesakitan berganda kepayahan.

Mungkin, aku takkan dapat tidur lagi
Tapi, kalau itulah yang dituntut
Bukankah hamba yang beriman itu BERSEDIA?

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Bersedia

mohamad zaki said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.