Tips Membaca

Assalamualaikum..



Setelah sekian lama tak menulis dalam Bahasa Melayu, sekarang saya rasa adalah masa paling sesuai untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Er.. Malas mungkin.. :D

Baiklah..berkenaan dengan sebuah entri saya yang sebelum ni, bertajuk Let's Read, ada seorang pembaca yang sangat baik hati telah meninggalkan komen yang bernas. Memandangkan saya dah lama tak menulis disebabkan kekeringan idea, jadi saya sendiri dengan relanya, nak menulis tentang idea yang disebut dalam komen tersebut.

:D


Seperti yang diketahui ramai, membaca adalah jambatan ilmu. Well.. Semua orang pun tahu tu. Tapi, tak ramai di antara kita yang ulat buku disebabkan banyak perkara.

Alasan paling common ialah "Tak ada masa."

Hm... Saya setuju sebab waktu saya ambil SPM tahun lepas, saya manalah ada masa nak selak-selak buku lain selain buku revision yang tebal-tebal tu ha.. :D

Tapi, sejujurnya, bila difikirkan balik, dunia hari ini sangat tidak sesuai dengan terms 'sibuk sampai tak sempat nak baca buku' kerana sekarang ini, semuanya menuntut kita supaya mempunyai pengetahuan yang lebih luas dari sekadar apa yang ada dalam silibus pembelajaran di institusi pengajian sahaja. Jadi, mahu atau tidak, kita semua sepatutnya lebih rajin membaca buku yang berada di luar bidang kita. :) Baca surat khabar dan majalah pun boleh.

Di sini, ada satu tips di mana kita boleh didik jiwa kita dengan amalan membaca walaupun di kala sibuk. In shaa Allah, saya sendiri akan lebih kerap mempraktikkan tips ni pada masa akan datang.

:)



Ambil satu buku atau majalah atau apa-apa sahajalah bahan bacaan yang sederhana tebal (mengikut kemampuan), kemudian, set masa tertentu dalam satu hari dan cuba capai target tersebut.

Contohnya...

Ambil buku Fanzuru (by Hilal Asyraf, ya..saya peminat beliau, apa boleh buat?), kemudian set 30 minit sehari untuk baca buku tersebut.

Within a few days, in shaa Allah, kita boleh habiskan buku tu.

Teknik ni boleh dipraktikkan dengan bahan bacaan yang lain seperti nota kelas, e-book, surat khabar dan lain-lain juga. Jangan lupa set masa dan capai target tersebut.

Macam saya pula, saya suka set masa yang lebih lama. Contohnya, saya suka set masa sebulan (due date saya 25 haribulan setiap bulan) untuk baca Gen-Q (jangan tanya saya kenapa lama sangat masa yang saya ambil untuk habiskan Gen-Q yang nipis tu).



Selain tu, anda juga boleh cuba bawa buku ke mana-mana sahaja anda pergi. Saya bawa buku hampir ke semua tempat yang saya pergi, walaupun sekadar pergi mengambil adik saya di sekolah atau menunggu ketika penceramah di Akademi Memandu masuk untuk menyampaikan ceramahnya yang berjalan selama 6 jam.

Saya tahu, ramai yang kadang-kadang kena ikut mak ke shopping mall padahal duit belanja dah habis, nak shopping pun tak ada duit. Nak window shopping macam bosan je sebab duit dah habis dan bla bla..

Jadi,saya cadangkan, anda bawa buku bersama dan sementara menunggu mak anda membeli-belah, membelek-belek barangan mana satu nak beli, membanding-banding harga yang biasanya makan masa yang lama, lebih baik buka buku dan baca. :)

Itulah yang saya selalu buat bila ada ahli keluarga ajak saya ke mana-mana dan saya pula hanya berniat ingin meneman.. :)

Saya tak pasti kenapa agak santai atau agak relaks penulisan kali ni, it just the mood.. Hehe.. :D

Apa-apa pun, jangan lupa ambil yang baik-baik sekiranya ada dan berdoa bersama-sama agar pembacaan kita akan dapat menambahkan ilmu di dada dan lebih dekat dengan Pencipta. :)

[+] The first ayat Al-Quran yang turun kepada baginda tercinta, Rasulullah saw adalah 'Iqra'' yang bermaksud, membaca. Jelaslah yang sebenarnya membaca tu sangatlah penting kepada kita sebagai umat Islam. :)

http://capturingcreation.tumblr.com/


Wallahua'lam.. :)

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Tips Membaca

leo chong said...

"Setelah sekian lama tak menulis dalam Bahasa Melayu, sekarang saya rasa adalah masa paling sesuai untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Er.. Malas mungkin.. :D"
seriously!!! melayu right !! no wonder la !!

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.