Review Karakter : Lee Yoon Sung by Lee Min Ho in City Hunter

Assalamualaikum..

Ok.. Dah tak serius dah.. :)


Sejak kebelakangan ni (sebenarnya, sejak tak ada kerja dok kat rumah ni), saya banyak tengok cerita Korea. Sejujurnya, saya sangat malu untuk mengakui hakikat ni sebab sebelumnya, saya dan Korea memang tak ngam. Saya hanya boleh tengok cerita yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook ja.. Hee.. Contohnya, My Girl, The Partner, Scent of A Woman dan Strong Heart (ni rancangan varieti).

Jangan tanya kenapa. Saya pernah jugak tengok dua atau tiga cerita Korea yang lain tapi biasa-biasa sahaja. Saya tak adalah berminat sangat. Tapi, kebanyakan cerita yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook sedikit berbeza dan I have to admit this, dia agak 'sweet' dan 'handsome sangat' jugak.. Hehehe..

Ni la Dong Wook
Ok.. Drop the subject.. Bukan itu yang saya nak cerita sebenarnya.

Merujuk perkara di atas, beberapa minggu yang lepas, saya start tengok cerita City Hunter yang telah disyorkan oleh kawan saya. Lakonan Lee Min Ho. Saya rasa ramai orang kenal dia sebab dia pernah top dengan cerita Boys Over Flower dulu.

Walaubagaimanapun, cerita City Hunter sangatlah berbeza dengan cerita Boys Over Flower yang saya rasa, tengok hanya suka-suka tapi tak banyak pengajaran. BOF (dyeorg panggil macam ni) bagi saya, tak banyak yang boleh diambil sebagai pedoman hidup sepertimana City Hunter.

Ni la Lee Min Ho.. Masa jadi City Hunter, dia pakai topeng tu



Saya akan buat dua review mengenai City Hunter iaitu berkaitan dengan dua watak utamanya, Lee Yoon Sung (lakonan Lee Min Ho) dan Kim Na Na (Park Min Young).

Tentang watak Lee Yoon Sung yang merupakan City Hunter...



Lee Yoon Sung adalah adalah watak utama di mana dia merupakan anak kepada seorang tentera yang terlibat dalam Operasi Balas 1983 iaitu Park Mu Yeol. Dia telah diculik dari ibunya sendiri (Gwang Hee) oleh seorang lelaki (Lee Jin Pyo) yang merupakan ayah angkatnya. Lee Jin Pyo menculik Yoon Sung daripada ibunya kerana ingin menggunakan Yoon Sung sebagai alat untuk membalas dendam kepada pembunuh yang terlibat dalam Operasi Balas 1983 yang telah membunuh seramai 20 orang tentera. 

Yoon Sung dibesarkan oleh Jin Pyo dengan penuh disiplin di Thailand dan di Amerika.

Ni masa kat Golden Triangle, Thailand.


Semasa berada di Thailand, Yoon Sung dilatih menjadi tentera di Golden Triangle. Dia telah diajar dengan segala kemahiran mempertahankan diri. Yoon Sung dilatih dengan baik sehingga menjadi seseorang yang mempunyai daya tahan yang tinggi serta tindak balas refleks yang sangat baik juga. Kalau tengok dalam cerita tu, memang nampak la betapa hebatnya si Yoon Sung ni berlawan. Dia sangat-sangat tangkas.

Ada juga disebutkan dalam cerita tu, bila Yoon Sung ni jalan atas tanah, tapak kaki dia tak kedengaran. Mungkin sebab dia dilatih untuk menjadi tentera kot kan, so, dia dah biasa jalan senyap-senyap. :)

Itu di Thailand. Sekarang kita cerita masa dia dekat Amerika pulak. Jin Pyo bukanlah orang yang mematuhi undang-undang sangat walaupun dia bekas tentera. Setelah 20 orang kawan tenteranya terbunuh, Jin Pyo bertekad untuk membalas dendam.



Jin Pyo telah membeli dokumen identiti diri dari sepasang pasangan yang dah kematian anak. Nama anak itu ialah John Lee. Nama John Lee kemudiannya dijadikan identiti Yoon Sung sebaik sahaja Yoon Sung tiba di Amerika.

Di Amerika, Yoon Sung telah dimasukkan ke dalam MIT (sebuah universiti terkenal di Amerika). Di universiti tersebut, Yoon Sung telah diajar dengan baik sehingga menjadi seorang professor muda dan akhirnya, dihantar balik ke Korea.

Mula-mula tiba di Korea.


Di Korea, Yoon Sung telah dihantar bekerja di Cheongwadae (macam White House jugak la). Sebenarnya, Jin Pyo tu yang hantar Yoon Sung supaya bekerja di situ supaya senang bagi dia mengakses maklumat-maklumat penting dari kerajaan sebab pembunuh yang dah bunuh kawan-kawan dia tu sebenarnya orang berkuasa dalam kerajaan Korea.

Pembunuh yang telah menyebabkan 20 orang mati tu ada lima orang dan mereka digelar Jawatankuasa Lima. Mereka ni telah menjadi orang berkuasa dalam kerajaan Korea tapi sangat-sangatlah jahat. Mereka dah bunuh 20 orang tentera yang tak bersalah dan kemudiannya menjadi menteri yang makan rakyat.

Ada yang ambil duit pendidikan, ada yang mencederakan pekerja di syarikat sendiri dan ada yang membiarkan tentera Korea terdedah kepada kemalangan dengan membeli senjata dan peralatan yang tidak berkualiti, ada yang makan rasuah juga.

Teruk betul kerajaan Korea dipelopori oleh Jawatankuasa Lima.



Jadi, City Hunter ( Lee Yoon Sung) ni bertindak untuk membalas dendam ke atas kematian ayahnya dalam Operasi Balas 1983 seperti yang diarahkan oleh ayah angkatnya, Jin Pyo.

Di sinilah pengajarannya.



Dari awal, kita tengok cara didikan Jin Pyo sangat tegas terhadap Yoon Sung tapi kasih sayang Jin Pyo terhadap Yoon Sung memang tak berbelah bagila. Dia tak sanggup pun nak tengok Yoon Sung cedera tapi memandangkan dendam dia lebih kuat, jadi, Jin Pyo paksa juga Yoon Sung tengok dia sebagai seorang yang jahat.

Ok.. Just imagine eh..

Kalau la..orang Islam kita, diberi didikan seperti Yoon Sung. Matlamat Yoon Sung dari kecil cukup jelas, iaitu nak bunuh pembunuh ayah dia.

Kita orang Islam, pun ada matlamat yang jelas iaitu nak menjadi HAMBA ALLAH dan KHALIFAH ALLAH. 

Kalau kita dididik dengan matlamat yang jelas seperti mana Yoon Sung, setiap hari diingatkan dengan matlamat yang kita ingin capai, in shaa Allah, Islam akan bangkit kembali. :) Kita takkan merasa lemah sebab depan mata kita hanya ada satu matlamat. Kita akan paksa segala kemampuan diri supaya mampu untuk melakukan semua perkara, supaya mampu mendapatkan ilmu sebanyak boleh sebagai persediaan diri bagi menghadapi ujian yang lebih besar. 

Yoon Sung bukan sahaja tentera yang hebat malahan juga seorang professor yang sangat bijak. Yoon Sung menggunakan semua kebijaksanaan dan kehebatan yang ada untuk mencari kebenaran serta membantu rakyat Korea yang susah.

Inilah kualiti seorang mujahid yang diperlukan. Cuma, kita didik dia dengan ilmu agama yang lebih lagi. Jadikan dia seorang tentera, seorang tahfiz dan seorang professor sekaligus, memiliki hati yang baik. 

Amacam?? Handsome tak?? Lagi la hensem kan?? Hehe..



Nampak tak? Nampak tak kepentingan kejelasan matlamat tu?

:)

Apa lagi, jelaskanlah matlamat anda! :)

Macam yang kita tengok Sultan Muhammad Al-Fateh dulu pun macam tu. Mak ayah Sultan Muhammad Al-Fateh ni memang dah tetapkan matlamat yang jelas terhadap anak mereka iaitu ingin menjadikan beliau, seorang penakluk Konstantinopel.

Maka, mak dan ayah Sultan Muhammad memberikan segala didikan yang mereka rasa perlu untuk menjadikan beliau seorang penakluk terkemuka. Dari ilmu agama, sampailah kepada ilmu ketenteraan dan sebagainya.

Resultnya, lahirlah seorang penakluk terkemuka yang lemah-lembut yang baik, yang disebut oleh Rasulullah saw sebagai seorang Khalifah yang baik yang memiliki rakyat dan tentera yang baik.

Matlamat perlu jelas, bukan??

Siapa cakap cerita Korea sia-sia? Hehe.. Kalau pandai, pasti nampak hikmah di sebalik sebuah cerita tu. :) Pandai-pandailah eh..

Semoga bermanfaat.. :)


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Review Karakter : Lee Yoon Sung by Lee Min Ho in City Hunter

Anonymous said...

Waalaikumussalam warahmatullah MJ. Barakallahufiik : ). Jazakillah khaira atas peringatan yang tentang pentingnya jelas matlamat kita dalam kehidupan ini, iaitu untuk menjadi hamba dan khalifah ALLAH.

In shaa ALLAH dengan adanya matlamat yang jelas, ALLAH akan selamatkan kita daripada kesesatan dan sentiasa tertumpu dan menuju ke arah tersebut. Andaikata kita tergelincir, in shaa ALLAH kita boleh berpatah balik atau bangun dan sammbung smula perjalanan kita untuk mencapai matlamat kita itu. Wallahua'lam.

Anonymous said...

Em.. Dulu saya minat juga tengok cerita city hunter ni : ). Sebab cerita korea berlainan dengan cerita melayu atau inggeris. Cerita inggeris, banyak cerita yang sombong, seolah olah mereka yang terbaik.. Cerita melayu saya kurang minat, sebab bagi saya tak banyak pengajaran berguna (kecuali drama drama kehidupan seperti di tv1).

Cerita korea seperti city hunter, menarik sebab jalan cerita dia yang kompleks dan best. Juga, cerita korea, menunjukkan nilai nilai budaya mereka yang bersopan santun. Tidak seperti cerita inggeris..

Barakallahufiik MJ sebab perkongsian yang in shaa ALLAH bermanfaat ni : ).

Wallahua'lam.

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

Waiyyak.. :)

Sy plak prefer apa2 shj cerita dr negara mana kecuali malaysia dan indonesia.. bkan sbb x bagus ke apa..tp..sy pedulikn cara penyampaian sesebuah cerita tu.. :)

em betul tu.. baru sy perasan.. hehe..

recently, sy ada tgk running man.. sy sedar jgak dgn sikap dan cara org korea yg sgt senang ckp terima kasih dan minta maaf..dgn penuh bersungguh2... hehe.. :D

semoga dpt manfaatnya.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.