Review Karakter : Kim Na Na by Park Min Young in City Hunter

Assalamualaikum..

Park Min Young as Kim Na Na. 
Baiklah.. Hari ni, saya akan sambung bercerita tentang watak Kim Na Na lakonan Park Min Young dalam cerita City Hunter.

Mula-mula, saya terfikir jugak. Ada ke orang baca benda-benda macam ni? Maksud saya, ada ke orang baca review watak? I mean, ramai ke yang tengok City Hunter ni dan berapa ramai yang faham apa yang saya repekkan ni?

For the very first time in my life, terdetik perkara ni di dalam hati saya, "Peduli apa. Aku yang tulis kot. In shaa Allah bermanfaat. Buat ja la. Ada atau tak yang baca, itu belakang kira." 

:D Jadi, saya pun sambunglah menulis.

Saya harap perkara ni bermanfaat dan dapat mengubah presepsi orang ramai bila menonton sesebuah filem, movie atau drama. :)


Kim Na Na adalah seorang pengawal peribadi di Cheongwadae. Bagi menghormati ayahnya yang juga seorang pengawal peribadi di Cheongwadae, Na Na juga memutuskan untuk bekerja di situ dan mengumpul duit bagi membayar kos rawatan ayahnya yang koma selama 10 tahun. 

Sebagai seorang pengawal peribadi, Na Na memiliki judo tahap tinggi (sejenis seni mempertahankan diri). Na Na walaupun seperti gambar yang atas, nampak comel dan sweet, tetapi hatinya cekal mengharungi hidup selepas ibunya meninggal sementara ayahnya pula koma. 

Na Na tinggal di dalam sebuah rumah yang kecil yang pernah diduduki bersama ibu dan ayahnya. Na Na tidak berpindah dan tinggal di dalam rumah itu sekalipun ibu dan ayahnya sudah tiada bersama dengannya. Na Na hidup bersama dengan setiap kenangan yang dibina bersama kedua ibu bapanya.

Na Na pernah mengalami masalah seperti dihalau dari rumah, tiada tempat tinggal dan kehabisan wang. Dia juga hampir dibunuh oleh salah seorang dari Jawatankuasa Lima.


Na Na dalam cerita ini, pada mulanya sangat menyampah dengan Yoon Sung. Tapi, akhirnya, seperti yang terjadi kepada gadis-gadis lain dalam mana-mana cerita cinta, dia pasti jatuh hati pada hero iaitu Yoon Sung. (Kebetulan pula, Yoon Sung adalah Lee Min Ho jadi tak adalah susah sangat nak jatuh hati, ye tak? hehe..)

Apa yang mengagumkan ialah, walaupun Na Na menyedari akan bahaya mencintai Yoon Sung kerana Yoon Sung adalah City Hunter dan menjadi buruan ramai, Na Na tidak berputus asa. Malahan, dia menawarkan dirinya untuk menjadi seseorang yang boleh menjadi tempat pergantungan Yoon Sung. 

"Saya tak mahu bergantung pada awak. Saya nak jadi seseorang yang awak bergantung padanya." 

Na Na sangat kuat sehinggakan pada suatu ketika Yoon Sung hampir dibunuh, dialah yang bertindak melindungi Yoon Sung dan menyebabkan dirinya sendiri tercedera. Selepas terselamat, dia malahan memarahi Yoon Sung kerana Yoon Sung sentiasa ingin menyelamatkannya sedangkan dia ingin menjadi seseorang yang menyelamatkan Yoon Sung.

Na Na juga seorang yang bijak apabila setiap kali Yoon Sung hampir ditangkap oleh pendakwa raya, Na Na mengalihkan perhatian pendakwa raya bagi memberi peluang kepada Yoon Sung supaya melarikan diri. 


Na Na tidak pernah kenal erti gentar. Dia tidak panik dan sentiasa ada cara untuk menyelamatkan diri sendiri. Na Na berjaya melepaskan diri dari diculik dan diugut. Pernah sekali Na Na diculik kerana penculik tersebut ingin menjadikan Na Na sebagai umpan bagi menangkap City Hunter. Semasa diberi peluang bercakap dengan Yoon Sung semasa diculik, Na Na beritahu Yoon Sung supaya tidak datang selamatkannya kerana keadaan akan jadi bahaya kepada Yoon Sung. 

Ada juga masanya, ketika Yoon Sung dilanda kesedihan, Na Na bertindak menceriakan keadaan dan cuba berbual-bual sehingga hilang keresahan Yoon Sung. Na Na sentiasa bersedia untuk masak kepada Yoon Sung, untuk buat kopi kepada Yoon Sung dan sentiasa bersedia melindungi Yoon Sung. Dia malahan pernah berjumpa dengan ayah angkat Yoon Sung supaya melepaskan Yoon Sung dari segala dendam mereka.


Apabila Yoon Sung memberitahu Na Na bahawa mereka tidak dapat lagi bersama, Na Na tidak merungut, tak marah dan bertindak sebagai seseorang yang memahami dan dalam masa yang sama, berharap yang Yoon Sung akan berubah fikiran. 

Na Na tidak memaksa Yoon Sung supaya menerimanya, sebaliknya, Na Na hanya berpesan pada Yoon Sung supaya Yoon Sung kembali setelah segalanya tamat. Na Na kemudiannya meneruskan kehidupan seperti biasa dan sentiasa mengawasi keadaan supaya segala tingkah lakunya tidak akan menyebabkan kesusahan kepada Yoon Sung. 



Ok.. Saya tak pasti sama ada anda dah nampak atau tidak apa yang cuba saya sampaikan. Jadi, izinkan saya mencerahkan lagi keadaan. Hehe..

Watak Na Na adalah watak seorang perempuan yang kuat, tak mudah lemah, tak mudah menangis, tak mudah kecewa, tak mudah gentar, bijak dan sentiasa rasional.

Inilah peribadi seorang muslimah yang kita perlukan. Seseorang yang bukan berharap dirinya dilindungi tetapi berharap agar dirinya dapt menjadi seorang pelindung. :)

Berapa ramai muslimah sekarang yang nak melindungi instead of dilindungi

Saya sendiri mengaku, saya kadang-kadang menyampah dan benci apabila orang berharap pada saya sebaliknya, saya teringin betul nak berharap pada orang lain.



Then, saya belajar. Inilah kuasa cinta. Biar apa pun terjadi, seorang muslimah yang hebat, tidak akan sesekali menyerah pada keadaan. Biar bagaimana susah pun keadaan, mereka akan duduk dan berfikir secara rasional bagi menyelesaikan masalah. 

Semangat Na Na sangat kuat. Walaupun dipatahkan dengan  kenyataanYoon Sung bahawa mereka tidak boleh bersama, Na Na tidak berputus asa dan tetap meneruskan hidup seperti biasa dan masih merasakan keperluan dirinya bagi melindungi identiti Yoon Sung.

Ada sesetengah dari kalangan kita, para muslimah yang tidak kuat.


Apabila hilang sesuatu dari kehidupan ini, mereka mula merasakan diri mereka tak berguna, lemah dan tiada harapan lagi. Ada juga yang sanggup menyalahkan takdir dan mempersoalkan takdir sedangkan seorang muslimah itu, apabila dia kehilangan sesuatu dari hidupnya, dia tidak akan berputus asa dan tetap meneruskan hidup. 

Bagi yang belajar untuk mencintai, kalau si lelaki kata, "Tunggulah sampai saya bersedia nanti," bukankah itu sesuatu yang bagus?

Kalau benar cinta, seorang muslimah itu akan belajar berdiri atas kaki sendiri dan memperkukuhkan peribadi bagi membuktikan cinta kerana kelak, dia tidak ingin dirinya menjadi beban sebaliknya, menjadi seseorang yang mampu mengurangkan beban. 

Seorang perempuan, dia memang berhati lembut, ingin ditemani, ingin dilindungi, tetapi seorang perempuan yang kuat, mereka akan bertindak melindungi dengan hati mereka yang lembut untuk insan yang mereka temani di syurga nanti. 

:)

Sama seperti Sumayyah yang kuat menahan seksa kaum Quraisy kerana bertindak melindungi agamanya.

Sama juga dengan Rabiatul Adawiyah yang bertindak melindungi keluarganya dengan tidak bersedih setelah beliau kematian kedua ibu bapa.

Sama juga dengan Fatimah Az-Zahra yang bertindak melindungi Rasulullah saw dalam setiap garis perjuangan baginda menegakkan Islam sehingga bergelar 'ibu kepada ayahnya'.

Jadi, konklusinya, lepas ni, saya dan kamu wahai perempuan, kita jadi kuat lagi, ok?

Walau apa pun yang terjadi, Allah bersama kita. Kita sepatutnya lebih kuat lagi kerana Kim Na Na tak ada Allah to give hope on.

Tapi, kita ada Dia, yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. 



Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

7 Responses to Review Karakter : Kim Na Na by Park Min Young in City Hunter

Anonymous said...

Waalaikumussalam wrahmatullah MJ. Saya berpendapat, bukan untuk muslimah sahaja, untuk semua orang Islam termasuk lelaki muslim juga.

Point paling penting rasanya dengan tahu bahawa kita ada ALLAH. ALLAH yang memiliki kekuatan. Jadi untuk dapatkan kekuatan, kena minta daripada pemiliknya.

Wallahua'lam.

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

Tp..sy merujuk kpd perempuan la sebab..Kim Na Na ialah seorg perempuan yg berani..

Seorg lelaki muslim mmg sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk jd seseorg yg berani dan melindungi..

Ttpi..muslimah plak rmai yang x sedar bahawa muslimah yg berani ialah yg bertindak melindungi jga.. :)

Anonymous said...

Ok. Jazakillah khaira MJ atas peringatan tu.

Anonymous said...

Assalamualaikum MJ. Minta maaf ganggu. Cuma nak tanya, melindungi tu macam mana sebenarnya? Apa yang MJ faham tentang melindungi tu? Contoh, jika seoran muslimah nak bertindak lebih berani dan melindungi, apa yang sepatutnya dia lindungi? Melindungi apa yang penting baginya, atau melindungi sesuatu yang lain? Harap boleh baca pendapat MJ, in shaa ALLAH : ). Wallahua'lam

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

Waalaikumussalam warahmatullah..

Seorang muslimah harus bertindak melindungi orang di sekelilingnya.. first of all..mestilah bertindak menjaga dan melindungi diri sendiri dari mengharapkan org lain menjaga keselamatannya.. boleh juga disifatkan seperti berdikari..

muslimah juga perlu melindungi orang lain di sekeliling drpd bahaya atau sebarang perkara yg merosakkan.. termasuklah murka Allah.. :)

dia perlu lindungi apa sahaja yang terbaik untuk agamanya.. dia tak perlu lindungi sesuatu yang salah..

seorang perempuan memang dah sebati dengan perasaan sayang dan lemah lembut.. sepatutnya..dgn perasaan itulah mereka bertindak melindungi..

cthnya..seorang kakak melindungi adiknya drpd disakiti atau merasa lemah.. selalu ada dan sentiasa mencurahkan kasih sayang secukupnya untuk adiknya.. sebab..kasih sayang yang cukup juga adalah satu perlindungan bagi saya.. dan satu tindakan yang berani juga..

ada org.. mereka takut untuk melindungi dan menjadi tempat pergantungan kpd orang lain.. mereka lebih rela menjadi beban drpd menjadi tempat orang meluahkan rasa berat.. :)

itulah yang saya maksudkan.. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum MJ. Jazakillah khaira atas pendapat MJ : )

Tentang melindungi, hm.. Susah saya nak beri terangkan apa yang saya faham..

Antara perkara yang penting saya rasa tentang melindungi seseorang ialah pertama, melindungi dia dari neraka ALLAH. Saya rasa melindungi banyak berkaitan dengan kasih sayang. Dan saya rasa perlindungan yang paling penting ialah kita lindungi diri kita atau orang lain dari neraka ALLAH, yakni dengan membantu diri kita dan orang lain untuk sentiasa taat dan patuh kepada semua perintah ALLAH, supaya kita selamat dari azab api neraka di akhirat kelak, in shaa ALLAH.

Kedua, saya rasa, jika kita hendak melindungi seseorang tu dari neraka ALLAH juga, kita juga mungkin perlu bertindak untuk tidak melindungi, supaya dia dilindungi dari neraka ALLAH. Contoh, saya ambil, seorang ayah dengan anak. Seorang ayah perlu juga membimbing anaknya, dengan membiarkan mereka merasai sedikit kesusahan (contoh macam pergi membeli barang, basuh baju, sabar menghadapi ujian seperti kegagalan dan lain lain). Dengan cara ini anak akan lebih berdikari, dan lebih kuat untuk menghadapi kehidupan. Mungkin si ayah boleh memberi nasihat dan bimbingan, tetapi tak boleh bertindak sentiasa melakukan semua benda, semata mata nak melindungi anak dia juga. Ayah juga mempunyai keupayaan yang terbatas, jadi tidak mampu untuk melindungi anaknya setiap masa. Ada beza antara melindungi, dan memanjakan.

Kadang kadang, kita kena lihat, orang yang kita lindungi, menangis, atau jatuh.. Memang berat untuk kita buat macam tu, tetapi.. In shaa ALLAH, orang yang kita lindungi akan lebih kuat dan tabah. Tetapi jangan kita membiarkan mereka terus berada dalam kesedihan atau kesakitan seorang diri, kita perlu memberi sokongan kepada mereka, angkat tangan mereka, menunjukkan cara untuk bangkit dan sama sama berjalan kembali. In shaa ALLAH mungkin point ni boleh menjadi idea untuk MJ tentang cara nak membantu adik MJ.

Saya harap MJ boleh faham point point saya tadi, in shaa ALLAH. Saya tak pandai sangat nak memberi penerangan tentang hal perasaan, kehidupan seperti ini. In shaa ALLAH saya cuba perbaiki lagi. Wallahua'lam.

Mimi Jazman said...

Waalaikumussalam warahmatullah..

Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar.. :)
Rasanya saya terlepas pandang point tu.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.